Monday 4 November 2013

PAKEJ BIL ASTRO MENINGKAT NAIK MULAI 24 NOVEMBER 2013


Pakej bil Astro meningkat naik lagi mulai 24 November 2013. Menerusi laman rasmi Astro, hanya dua pakej sahaja yang akan dikenakan cas tambahan iaitu Pakej Keluarga (Family) dan pakej Sukan (Sport).

Tambahan harga bagi Pakej Keluarga adalah sebanyak RM2 sebulan manakala Pakej Sukan ditambah sebanyak RM6 sebulan. Astro menyatakan bahawa kenaikan tersebut adalah untuk memberikan servis dan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka. Cas atau kadar tambahan bil terbaru ini akan berkuatkuasa mulai 24 November 2013 bagi setiap pelanggan Astro yang melanggan pakej tersebut.

Kadar Kenaikan Bil Pakej Keluarga
Family Pack: Tambahan RM2 Sebulan

pakej-family

Kadar Kenaikan Bil Pakej Sukan
Sports Pack: Tambahan RM6 sebulan

pakej-sport

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...