BAYI lelaki berusia sembilan bulan, Muhammad Ashraf Ikhwan yang koma setelah tercampak keluar dari kereta Nissan Grand Livina, dilarikan seorang remaja di Dungun minggu lalu akan dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi.
Menurut bapa bayi itu, Abdul Pirhat Karim, 34, anak sulungnya itu akan dipindahkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara dengan menggunakan pesawat sewa khas pada tengah hari INI.
"Kami membuat keputusan untuk membawa Ashraf ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi dari doktor pakar kanak-kanak di salah sebuah hospital pakar di sana.
"Proses pemindahan Ashraf akan dibuat setelah mendapatkan pelepasan doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,’’
Adik Ashraf itu akan diterbangkan dengan pesawat sewaan khas yang terbang dari Kuala Terengganu ke Subang.
Ketika ditanya keadaan semasa anaknya itu, Abdul Pirhat berkata, Ashraf masih belum sedar sepenuhnya tapi berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Tambah Abdul Pirhat, anaknya masih berada di bawah pengaruh ubat kerana trauma dan demam panas.
Minggu lalu, seorang remaja melarikan kereta dinaiki Abdul Pirhat sekeluarga di Dungun yang telah menyebabkan Ashraf tercampak keluar dari kereta apabila kereta tersebut hilang kawalan.
Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi – Ajil itu telah menyebabkan Abdul Pirhat dan isterinya, Mastura Che Awang, 31 cedera manakala anak mereka koma ekoran gegaran di bahagian kepala. --
Semoga perjalanan ke Kuala Lumpur Berjalan dengan Lancar,Kami sentiasa memberi sokongan penuh dari pihak keluarga Che Mastura bt Che Awang dan Pirhat Karim,Doa kami sentiasa bersama anda sekeluarga.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua