Sunday 29 June 2014

sambungan...KISAH DI VIETNAM!

Salam Ramadhan buat semua...

Kekangan masa dan terdapat pelbagai atviti ditambah dengan kerja di pejabat lagi membuatkan masa untuk menulis terbantut sekejap....Mood hilang..hihiihiih..
Oklah kita sambung lagi kisah trip ke vietnam pada bulan yang lepas...
setelah penat berjalan ke sana sini...maka di hari kahir berada di bumi vietnam ini..kami mula berkemas mana yang patut la...
Mana-mana barang yang tak muat dah untuk dimasukkan dalam beg,terpaksalah mencari beg yang lain...al maklumlah shoping sakan sangat kan...mana yang bawak dua..dah jadi tiga..mana yang bawak empat beg...dah jadi lima...Adatlah tu..Bukan selalu dapat shoping sakan kan...

besiap sedai untuk ke airport untuk balik malaysia..Ni depan hotel halogon ni...time ni tak dok pulok geng jual yang mari promo..maybe mereka dah tahu..kita dah habis banyak duit kot...hihihi

sampai di airport..nampak penuh troli...tak ke haru jadinya...
snap lu sekeping dua with wife....

 So inilah grup kami ke vietnam ini...kecuali li an tu je..koz dia asal vietnam..hihihi,Terima kasih pada mana yang sponsor kunjungan kami ini..penulis ingin mintak maaf buat semua YB yang saya upload gambar YB tanpa kebenaran..hihihihi..YB yang sporting dekat di hati rakyat...
Kalu ada sumur di ladang,
Boleh hamba tumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita jumpa lagi....

Itulah sedikit bingkisan trip ke vietnam...Tahun depan kemana plak kita YB?hihihiihih...
sekian terima kasih semua.

 


Saturday 28 June 2014

KADAR RASMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014 BAGI SETIAP NEGERI

Kadar rasmi bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam Rukun Islam, umat islam adalah diwajibkan untuk menunaikan Zakat bagi yang berkemampuan. Bayaran zakat juga dihendaklah dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan Syawal. Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan atau keluarga miskin yang layak sahaja.
zakat
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri Di Malaysia
Zakat Fitrah 2014 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.
NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014(TERKINI) (RM)
Perlis6.006.50
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.70
Johor5.00/8.00*belum diumumkan
Pahang7.007.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*7.00
Kelantan7.00 7.00
Sarawak6.506.50
Sabah7.00 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00 7.00

Nota: Kadar Bayaran Zakat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
  • Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  2. Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

KISAH SEBENAR ORANG BUNIAN SOLAT DI GUNUNG JERAI KEDAH

Berita palsu orang bunian atau jin solat di Gunung Jerai Kedah tersebar. Laman sosial sejak kebelakangan ini telah digemparkan dengan penemuan foto 3 orang tahfiz berbaju putih sedang solat. Menurut pemilik gambar yang merupakan kakitangan TM, mereka yakin ketika ditempat kejadian kawasan itu sunyi dan tiada orang lain selain mereka. Namun, sebaik sahaja pulang ke rumah, pemilik foto tersebut terkejut dengan kelibat tiga orang tahfiz sedang solat. Menerusi Facebook Paranormal Team, laman itu pula telah berkongsikan bahawa budak tahfiz tersebut adalah penduduk disitu.
palsu palsu-2

Saturday 21 June 2014

BILA LETIH...MACAM NI LAH KEADAANYA....

Bila dah letih..Macam ni ler gambaranya...huhuhuhuh...Bot Dah naik..Perahu dah belayar...
So...Naik je Bus untuk balik ke Hotel....
G ni lah keadaanya....hihihi..jangan marah semuanya...

Hihihi...Letih sgt kot ni.....


Wednesday 18 June 2014

NAGA DI KULIM : VIDEO PALSU

Berita palsu rakaman video penemuan Naga di Kulim Kedah tersebar. Pada 17 Jun 2014, pengguna dilaman sosial digemparkan dengan insiden rakaman objek terbang yang menyerupai seekor naga. Untuk pengetahuan, video yang tersebar secara viral itu adalah palsu kerana menggunakan teknik kesan visual khas (Special effect). Boleh dilihat pergerakan makluk yang terbang itu agak janggal dan kekok. Selain itu, video asal rakaman tersebut dipercayai dimuat naik dilaman youtube sejak 21 Oktober 2013 yang kononnya berlaku di England dan bukannya di Kulim Kedah. Namun apa yang pasti, rakaman yang mendakwa insiden berlaku di England adalah tidak benar sama sekali.
naga
Rakaman Video Naga Di Kulim Kedah Tersebar
Video Asal Rakaman Naga Di England (Palsu)
Rakaman yang sama dikatakan berlaku di England juga adalah tidak benar sama sekali.
video lama

NAIK PERAHU LEPAS MAKAN

Bila dah makan buah..Kami dibawa pula menaiki perahu melalui kawasan paya dan pohon nipah..
bolehla..Rata-rata kami orang kg..sudah biasa kami naiki perahu yg kecil ni...So..x de la rasa teruja sangat..hihihihihihii

tengah tunggu giliran untuk naik bot
Nampak..sempat lagi posing
Para Nelayan pulang setelah cuci mata
Banyak Hasil Barangkali..Hepi Je Nampak....hihihihi
Ni tekong Bot Kito...ahhahahahhahaKonar Leper
Yang Bawa Baby tu...Dah macam orang Vietnam Kan..hahahahha....batik2...hihihih
Jangan Mare et....Sory Boh.....

Tuesday 17 June 2014

LEPAS MAKAN MADU..KITA MAKAN PULA BUAH-BUAHAN


Madu dah rasa..so..kami dibawa pula makan buah-buahan tempatan...
Tapi..bukan makan buah saje tau..sambil makan kami dihiburkan dengan nyayian dari gadis2 dan mak2 gadis vietnam..hahahah..koz ada jugak makcik sorang..Hahahahah....




yg pakai tudung tu bkn warga vietnam et..hihihihi


Lepas depe Nyanyi tu ada la bakul bergerak untuk derma kat depe ni....bg ke anak dara ajer ler..hahaha..hok muda aje ler....
Depe nie gemar pegang tangan orang jantan..gelenyar bleh tahan..HIHIHII


Monday 16 June 2014

MAKAN MADU BERSAMA LIMAU NIPIS....

Bersambung lagi kita..

Bila dah Makan Gula-gula kelapa dara..dan membeli minyak kelapa dara di kawasan yang mula2 kami mendarat..kami dibawa melalui kawasan gerai yang menjual bermacam cenderhati..selepas duit dh dilaburkan distu..kami dibawa ke tempat makan madu bersama limau nipis...ketibaan kami disambut dengan lebah...Hahahahahh

tak berani dekat..silap ari bulan masuk wad...hihihi

smart bohjeng kito.....Tu si Azli tenung sape et?anak dara vietnam ke?jangan tenung lama2...hihi
hadooo...dan lagi boh kito....maybe yang ni dimaksudkan madu kot..hahahahhaha

Sunday 15 June 2014

LAGI GAMBAR BERHUBUNG KILANG BIHUN(MEE HOON)CAP MASJID-MENJIJIKAN

Proses Kilang Bihun (Mee Hoon) Cap Masjid milik Van Loong Bee Hoon SDN BHD kotor dan jijik cetus kontroversi. Menerusi laman sosial, telah tersebar secara viral beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap masjid yang cukup meloyakan. Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat kotor. Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh KL berdekatan dengan pasar borong Selayang.
bihun cap masjid 3
Komen Pengguna Di Laman Sosial
jakim
Gambar Kilang Bihun Cap Masjid Kotor Dan Jijik Cetus Kontroversi
bihun
bihun cap masjid 2  bihun cap masjid 4 bihun cap masjid bihun masjid
kilang 2 
kilang
Penjelasan JAKIM Isu Kilang Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal
Susulan kes bihun kotor dan jijik, pihak JAKIM menegaskan bahawa Logo Halal palsu digunakan oleh Syarikut Bihun tersebut untuk mengaburi pengguna islam. JAKIM turut mengesahkan bahawa syarikat pengeluar Bihun terbabit adalah bukan pemegang sijil halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM.
penafian jakim

GEMPAR!!!! KISAH ANAK PATUNG SERAM DI SINGAPURA

Kisah anak patung seram di Singapura tersebar di Twitter. Menerusi laman sosial, kini trending cerita penemuan anak patung dengan mata ditutup menggunakan kain yang tertera kalimah Allah di sebatang pokok di Hougang Singapura. Pemilik patung seram tersebut merupakan salah seorang pengguna laman twitter dengan nama akaun“Narcosis (S_chadenfreude)”. Tinjaun terkini pihak kami mendapati pemilik akaun twitter tersebut sudah dipadam. Berdasarkan maklumat rasmi, pemilik patung berkenaan merupakan salah seorang pengemar mengumpul koleksi patung antik.
kisah-anak-patung-seram
Petikan Komen Pemilik Di Laman Twitter
Menurut pemilik, patung tersebut didapati bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lantas dia telah menutup mata patung berkenaan dengan ayat kalimah Allah dan meletakkannya di sebatang pokok. Tambahnya lagi, dia berbuat demikian supaya patung itu tidak mengikutinya lagi atau sesiapapun. Selain itu, dia turut mendakwa memiliki lebih kurang 10 patung antik berkenaan. Namun, salah satu daripada patung tersebut agak luar biasa dan berpuaka.
pemilik patung 1
 pemilik patung 2
 patung 3
komen-3
Gambar Penemuan Patung Seram Di Singapura
Beberapa keping foto yang tersebar dilaman sosial menunjukkan penemuan patung berkenaan disebatang pokok di Hougang Singapura.

gambar patung seram
patung
patung 2
Koleksi Patung Oleh Pemilik Akaun Twitter “Narcosis (S_chadenfreude)”
Berikut adalah koleksi patung antik yang diambil dari gambar twitter pemilik patung berkenaan. Menurutnya, kesemua patung tersebut bertindak sebagai pelindung atau ” guardian’ dirinya.
koleksi
Fakta Kes Penemuan Anak Patung Seram Di Singapura
  1. Pemilik patung menggunakan akaun twitter “Narcosis (S_chadenfreude)“.
  2. Pemilik anak patung tersebut merupakan seorang gadis remaja yang beragama muslim/ Islam. Dia juga mendakwa mempunyai 10 koleksi anak patung antik.
  3. Pemilik itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemilik patung itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sebagai pelindung dirinya.
  4. Salah sebuah rancangan TV Singapura iaitu Ghost Files Singapore tertarik dengan kisah tersebut dan cuba menghubungi pemilik patung berkenaan. Namun, pemilik patung tersebut terus memadam akaun apabila diminta untuk wawancara.
  5. Keesokkan harinya, seorang Ustaz dari masjid berdekatan telah melawat patung berkenaan namun tiada kejadian aneh atau mistik dilaporkan berlaku.
kes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...