Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Pocong di rakam dekat bilik mayat Hospital ( 3 Gambar )





Kulim : Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.



Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya.

Tuesday, 7 October 2014

SERAM!! Kisah Hantu Di White House Yang Diceritakan Sendiri Anak Bush..



WHITE House di Washington merupakan pejabat dan kediaman Presiden Amerika Syarikat. Semenjak White House mula diduduki pada tahun 1800, terdapat banyak khabar angin kisah seram menghantui Pejabat dan Kediaman Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Pada satu program perbualan yang dikendalikan oleh Jay Leno, Jenna anak kepada Presiden Bush memberitahu bahawa suasana menakutkan itu berlaku dekat pendiangan di dalam bilik tidurnya di White House.

Jenna yang berumur 27 tahun dan merupakan seorang guru dan kini menjadi koresponden pendidikan untuk program televisyen Today Show berkata: "Saya mendengar suara hantu. Semasa saya sedang tidur, tiba-tiba saya mendengar muzik tahun 1920-an."

"Saya dapat mendengarnya. Saya berlari memasuki bilik kakak saya. Dia (kakaknya) seperti tidak percaya (apa yang didengarinya).

"Pada minggu berikutnya, kami tidur bersama di dalam bilik saya. Telefon kemudian berdering menyebabkan kami terjaga."

Menurutnya, mereka kemudian tidur semula tetapi bunyi muzik kedengaran dari tempat pendiangan.

"Kami melompat ke atas katil dan kemudian bertanya kepada kakitangan di tempat pendiangan.

"Kami cuba untuk menjadikannya rasional tetapi mereka (kakitangan White House) menyatakan bunyi itu kedengaran pada setiap masa," kata Jenna dalam program itu baru-baru ini.

JENNA yang ditemu bual oleh Leno dalam satu program perbualan memberitahu dia mendengar suara hantu di White House.

Jenna dan keluarganya tinggal di White House dari 2001 hingga 2009.

Namun, dia mengaku tidak pernah melihat hantu bekas Presiden AS, Abraham Lincoln yang dikatakan kerap berkeliaran di White House.

Hantu Lincoln dilaporkan berjalan di tangga tingkat dua, mengetuk pintu dan berdiri dekat beberapa buah tingkap.

Bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill turut enggan tidur di bilik Lincoln selepas dia melihat hantu bekas presiden AS itu di bilik tersebut.

Bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah menyatakan mengenai suasana menakutkan di White House semasa tinggal di kediaman tersebut semasa suaminya Bill Clinton menjadi presiden.

Hillary memberitahu program Rosie O'Donnell Show: "Anda tahu, mungkin terdapat hantu di sana (White House). Ia merupakan sebuah rumah besar yang lama dan apabila lampu tidak dipasang dan gelap, sebarang pergerakan akan mendapat perhatian anda."

Harry Truman yang pernah tinggal di White House semasa menjadi presiden pernah menulis mengenai hantu di kediaman tersebut.

"Pada pukul 4 pagi, saya terjaga kerana terdapat ketukan di pintu bilik tidur. Tidak ada sesiapa di situ (pintu).

"Celaka! Tempat ini berhantu," kata Truman.

Selain daripada itu terdapat banyak kisah-kisah seram yang berlaku di White House.

Hantu Dolley Madison, isteri kepada James Madison, sering muncul di Taman Bunga Ros yang dia ditanam. Ada juga yang dilaporkan kelibat Hantu Kucing di ruangan bawah tanah Rumah Putih yang jarang dilihat. Apabila ia muncul, ia meramalkan bencana negara. Seorang pengawal Rumah Putih melihat ia seminggu sebelum kejatuhan pasaran saham pada 1929 dan ia juga dilaporkan dilihat sebelum pembunuhan Kennedy pada tahun 1963.

Hantu Abigail Adams 'telah dilihat tergantung di dobi di Bilik Timur - dia muncul kerap semasa pentadbiran Taft dan selewat 2002 dan sering disertai dengan bau sabun dobi.

Lincoln sendiri memberitahu isterinya dia bermimpi pembunuhan sendiri tiga hari sebelum ia benar-benar berlaku. Isteri Calvin Coolidge melaporkan melihat hantu Lincoln berdiri di tetingkap Pejabat Oval, tangan tergenggam di belakangnya merenung ke luar tingkap (seperti anak perempuan Reagan melihat seorang tokoh di dalam kelibat yang sama.) Valet Franklin Roosevelt berlari menjerit dari Rumah Putih selepas melihat hantu Lincoln. Eleanor Roosevelt, Ladybird Johnson dan anak perempuan Gerald Ford Susan semua merasakan kehadiran Lincoln berhampiran perapian di Bilik Tidur Lincoln ini.

Sunday, 14 September 2014

Kelibat Misteri Muncul di Kemalangan Maut Pulau Indah




Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.



Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu lembaga misteri di sidemirror nya.




Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea.

Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Monday, 11 August 2014

LELAKI TIDAK SEDAR ADA WANITA MENUMPANG DIRUMAHNYA



Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 ‘s channel.




Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe. Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.

Tuesday, 1 July 2014

GAMBAR MISTERI KEMALANGAN DI LPT





Gambar kemalangan membabitkan peronda LPT di Ajil. Dalam bulatan menunjukkan imej yang dikatakan entiti yang sedang melihat kemalangan itu.





KUALA TERENGGANU – “Imej pelik yang muncul dalam gambar mungkin imbasan daripada persekitaran sehingga menampakkan ia seolah-olah entiti yang sering dikaitkan dengan makhluk halus,” kata Penasihat Kelab Fotografi dan Multimedia Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (K’Fomia), Mokhtar Ishak.
Mokhtar memberitahu, cahaya matahari juga boleh menghasilkan imbasan lain dan dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan munculnya imej pelik hasil imbasan tersebut.

Selain faktor persekitaran katanya, aplikasi melalui telefon dengan imej-imej menakutkan yang sedia ada dalam gajet juga boleh disunting dengan mudah untuk menghasilkan gambar seram.

“Imbasan yang berlaku ini menyebabkan muncul gambar sesuatu dan kadang-kadang kita tak sedar. Debu dan unggas juga boleh mempengaruhi gambar di lensa. Begitu juga dengan software dalam telefon bimbit yang boleh menghasilkan orang tua yang menakutkan dan sebagainya.

“Imbasan sebegini boleh menyebabkan muncul imaginasi dalam fikiran kita, seperti kita lihat awan berupa wajah seseorang tetapi orang lain pula tengok bentuk lain,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gambar yang tersebar dalam internet yang memperlihatkan seolah-olah dua entiti sedang memerhatikan kes kemalangan maut melibatkan kereta peronda Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Ajil, Jumaat lalu, beliau yakin ia bukanlah makhluk halus seperti digambarkan.

Pada masa sama, beliau tidak menolak bahawa imej tersebut memang kelihatan seperti orang yang sedang memerhatikan insiden tersebut.

Mengulas lanjut, Mokhtar yang merupakan jurugambar Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra UMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan imej tersebut asli atau tidak kerana resolusi imej yang dipaparkan dalam internet adalah kecil.

“Kalau dalam keadaan biasa, saya tak percaya mengenai makhluk halus yang muncul dalam gambar walaupun kita tidak menafikan kewujudannya.

“Sejak saya terlibat dalam bidang fotografi selama 19 tahun, tidak pernah berlaku kejadian sedemikian kecuali hasil daripada imbasan. Makhluk halus wujud tapi di alam lain dan mereka tak boleh berinteraksi secara langsung dengan kita lebih-lebih lagi menzahirkan diri mereka dalam gambar yang diambil,” katanya.

Saturday, 28 June 2014

KISAH SEBENAR ORANG BUNIAN SOLAT DI GUNUNG JERAI KEDAH

Berita palsu orang bunian atau jin solat di Gunung Jerai Kedah tersebar. Laman sosial sejak kebelakangan ini telah digemparkan dengan penemuan foto 3 orang tahfiz berbaju putih sedang solat. Menurut pemilik gambar yang merupakan kakitangan TM, mereka yakin ketika ditempat kejadian kawasan itu sunyi dan tiada orang lain selain mereka. Namun, sebaik sahaja pulang ke rumah, pemilik foto tersebut terkejut dengan kelibat tiga orang tahfiz sedang solat. Menerusi Facebook Paranormal Team, laman itu pula telah berkongsikan bahawa budak tahfiz tersebut adalah penduduk disitu.
palsu palsu-2

Sunday, 15 June 2014

GEMPAR!!!! KISAH ANAK PATUNG SERAM DI SINGAPURA

Kisah anak patung seram di Singapura tersebar di Twitter. Menerusi laman sosial, kini trending cerita penemuan anak patung dengan mata ditutup menggunakan kain yang tertera kalimah Allah di sebatang pokok di Hougang Singapura. Pemilik patung seram tersebut merupakan salah seorang pengguna laman twitter dengan nama akaun“Narcosis (S_chadenfreude)”. Tinjaun terkini pihak kami mendapati pemilik akaun twitter tersebut sudah dipadam. Berdasarkan maklumat rasmi, pemilik patung berkenaan merupakan salah seorang pengemar mengumpul koleksi patung antik.
kisah-anak-patung-seram
Petikan Komen Pemilik Di Laman Twitter
Menurut pemilik, patung tersebut didapati bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lantas dia telah menutup mata patung berkenaan dengan ayat kalimah Allah dan meletakkannya di sebatang pokok. Tambahnya lagi, dia berbuat demikian supaya patung itu tidak mengikutinya lagi atau sesiapapun. Selain itu, dia turut mendakwa memiliki lebih kurang 10 patung antik berkenaan. Namun, salah satu daripada patung tersebut agak luar biasa dan berpuaka.
pemilik patung 1
 pemilik patung 2
 patung 3
komen-3
Gambar Penemuan Patung Seram Di Singapura
Beberapa keping foto yang tersebar dilaman sosial menunjukkan penemuan patung berkenaan disebatang pokok di Hougang Singapura.

gambar patung seram
patung
patung 2
Koleksi Patung Oleh Pemilik Akaun Twitter “Narcosis (S_chadenfreude)”
Berikut adalah koleksi patung antik yang diambil dari gambar twitter pemilik patung berkenaan. Menurutnya, kesemua patung tersebut bertindak sebagai pelindung atau ” guardian’ dirinya.
koleksi
Fakta Kes Penemuan Anak Patung Seram Di Singapura
  1. Pemilik patung menggunakan akaun twitter “Narcosis (S_chadenfreude)“.
  2. Pemilik anak patung tersebut merupakan seorang gadis remaja yang beragama muslim/ Islam. Dia juga mendakwa mempunyai 10 koleksi anak patung antik.
  3. Pemilik itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemilik patung itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sebagai pelindung dirinya.
  4. Salah sebuah rancangan TV Singapura iaitu Ghost Files Singapore tertarik dengan kisah tersebut dan cuba menghubungi pemilik patung berkenaan. Namun, pemilik patung tersebut terus memadam akaun apabila diminta untuk wawancara.
  5. Keesokkan harinya, seorang Ustaz dari masjid berdekatan telah melawat patung berkenaan namun tiada kejadian aneh atau mistik dilaporkan berlaku.
kes

Sunday, 18 May 2014

GAMBAR WANITA SOLAT ATAS JALAN JEJAMBAT



Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Mendakwa mendapat 'hidayah' untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan.

Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Monday, 12 May 2014

POKOK CENGAL PALING TUA DAN PALING BESAR DIDUNIA



Tahukah Anda pembaca, pokok cengal paling tua dan paling besar didunia berada di Malaysia, Terletak di Daerah Dungun Dan berada di mukim Pasir Raja Dungun dan berada di Hulu Chemerong.
Penulis amat berbangga kerana telah terbukti Hutan Dara kita masih ada untuk tatapan anak cucu cicit kita esok-esok..Khazanah alam yang tidak terhingga nilainya ini....sekiranya hilang,maka tiadalah bukit bukau,gunung ganang anak sungai yang jernih,air terjun yang sentiasa dan tanpa henti mengalirkan air yang bersih dan jernih.







Dengan pangkal pokok cengal ini selebar 16 pemeluk lelaki dewasa,Cuba Bayangkan.....

Tuesday, 29 April 2014

WUJUDKAH PONTIANAK??????




  • Pontianak Jalan Sungai Ular?Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.
 1 / 2 
SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.


Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Saturday, 26 April 2014

GEMPAR - POCONG DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG



  • Pocong di tengah jambatan kedua?Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.
 1 / 1 
BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Sunday, 20 April 2014

METEOR TERBAKAR DIRUSIA






MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta.
Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin.
Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap.
"Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube.
"Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya. - Agensi

Monday, 7 April 2014

KEDAH DILANDA MUSIM BUNGA SAKURA



Gambar kedah kini dilanda musim bunga seperti Sakura pada bulan April 2014. Orang ramai kini boleh menikmati keindahan musim bunga sakura seperti di negara Jepun dengan hanya berkunjung ke negeri Kedah. Fenomena “musim bunga sakura” ini tumbuh mekar selepas musim kemarau yang panjang melanda Kedah. Selain negeri Kedah, beberapa negeri lain di Malaysia turut mengalami musim bunga yang sama.

Gambar Kedah Dilanda “Musim Bunga Sakura” 2014








Tuesday, 18 March 2014

MISTERI TELAGA TUJUH DI KEDAH



  • Telaga Tujuh penuh misteriKewujudan telaga tujuh di Kampung Bukit Teriak kini masih misteri dan dikatakan dahulu telaga kecil di dalamnya mampu mengeluarkan air tujuh warna. Gamabr kecil : Milah.
 1 / 1 
POKOK SENA - Kewujudannya penuh misteri tetapi telaga itu dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Telaga tujuh yang terletak di Kampung Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas, dekat sini sering dikunjungi orang ramai.

Penduduk, Milah Mat, 70, berkata, ia telah wujud sebelum dia dan keluarganya berpindah ke situ sejak 50 tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut cerita penduduk awal di situ, ia adalah milik hantu pari yang turun dari Bukit Teriak berdekatan dengan kampung itu.

Katanya, telaga itu tidak pernah kering tetapi penduduk di situ tidak pernah menggunakannya kerana bimbang jika sesuatu akan berlaku. Telaga itu dikatakan sedalam tiga meter dan terdapat batu hampar di bawahnya.

“Bagaimanapun, keunikan telaga ini ialah ia mempunyai tujuh telaga kecil di tepi dalam telaga itu dan kedalamannya tidak siapa dapat mengetahuinya.

"Pernah penduduk di sini turun dan melihat kedalaman telaga tujuh itu, tetapi tidak berani memasukinya kerana terlalu gelap dan dalam,” katanya.

Milah berkata, pernah pada zaman 70-an cucunya turun untuk mencuci telaga itu yang dipenuhi dengan lumpur dan selepas membersihkannya, didapati tujuh telaga kecil di dalamnya dan mengeluarkan air tujuh warna.

“Pada masa itu penduduk sendiri melihat misteri air telaga itu dan ada dalam kalangan mereka turut mengambilnya untuk disimpan sebagai kenangan. Bagaimanapun hari ini tiada siapa berani melakukannya lagi,” katanya.
Menurutnya, kedudukannya yang terletak di tanah tinggi dan terdapat beberapa anak tangga hingga ke arah Bukit Teriak juga turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu dan kini masih menjadi misteri.

“Walaupun telaga tujuh itu masih lagi misteri kewujudannya tetapi kami sekeluarga sentiasa memantau supaya tidak ada sebarang kejadian khurafat dilakukan di telaga itu. Kami juga tidak mahu pihak tidak bertanggungjawab menjadi telaga itu sebagai
tempat pemujaan,” katanya.

PEKEBUN TERJUMPA RANGKA PESAWAT JEPUN




  • Terkejut jumpa rangka pesawat dalam payaMajid menunjukkan bom yang ditemui ketika membersihkan hutan di Air Hitam, kelmarin.
 1 / 1 
MUAR – Seorang pemandu jentera berat terkejut menjumpai satu rangka pesawat, empat bom dan ratusan peluru lama yang dipercayai masih hidup dipercayai peninggalan tentera Jepun dalam kawasan hutan berhampiran Air Hitam, kelmarin.

Majid Parman, 46, berkata, kesemua bahan itu ditemui ketika dia dan beberapa rakannya membersihkan kawasan itu untuk dijadikan kebun.

Menurutnya, dia menyedari kewujudan bahan berkenaan apabila melihat satu objek pelik dalam paya.

"Saya terdorong mendekati kawasan tersebut dan terkejut mendapati ia adalah rangka pesawat yang sudah terbakar mungkin akibat aktiviti pembakaran membersihkan hutan.

“Tidak jauh dari rangka itu terdapat empat butir bom berukuran 0.5 meter dan ratusan peluru berselerak di atas tanah,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak berani menyentuh bom tersebut kerana khuatir akan meletup dan mengancam nyawanya serta rakan.

Katanya, dia percaya kesemua barangan itu pernah ditemuinya empat tahun lalu di lokasi sama ketika melakukan kerja pembersihan kebun miliknya di kawasan berhampiran.

“Ketika itu rangka ditemui dalam keadaan baik dengan cat masih sempurna dan terdapat lambang tentera Jepun pada sayap pesawat.

“Pada masa itu saya ada membuat laporan polis memaklumkan penemuan berkenaan,” katanya.

Majid memberitahu, masih ramai yang tidak mengetahui penemuan tersebut kerana lokasinya kira-kira 15 kilometer dari jalan utama selain perlu melalui tiga kampung.
Tambahnya lagi, dia memohon pihak berkuasa melakukan sesuatu terhadap bahan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Monday, 17 March 2014

CERITA ANEH DARI KUALA KRAI




  • Penduduk gempar objek berkilauan di langitPemandu kereta sewa menunjukkan tempat mereka melihat objek seperti kertas dan berkilauan, petang kelmarin.
 1 / 1 
KUALA KRAI - Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila mendakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.

Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya.

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa  barangan daripada ketinggian seperti itu.
Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.
Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.

“Objek ini sesekali kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut, dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.

Rakannya, Hasan Husin, 56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya sebelum ini.

Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH  SWT yang mahu manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.
Menurutnya, jalan berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian luar biasa itu.

Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.

Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya terlindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang dari pandangan kurang dari satu jam.

Wednesday, 29 January 2014

DINOSAUR PERNAH WUJUD DI JERTIH...





Jertih:Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.
Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit.
Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.

Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok.

Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.
Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti.

Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.

Monday, 27 January 2014

AIR TERJUN HILANG DIDALAM LUBANG MISTERI




Air terjun dalam gambar ni terletak di daerah Minnesota. Nampak macam air2 terjun yang lain tapi apa yang pelik pada air terjun ni sangat misteri. Air yang mengalir dari air terjun di sebelah kanan akan terus ke bawah dan kolam tetapi air yang di sebelah kiri gambar ni akan hilang dalam lubang tersebut.
Lubang misteri ni dikenali dengan Devil's Kettle. Air yang masuk dalam lubang ni tidak diketahui kemana mengalir. Ada yang cuba melemparkan pewarna dan barang2 untuk mengetahui dimana air ni akan mengalir tetapi belum ditemui alirannya. Tak mungkin ke alam lain. Sampai sekarang barang2 yang dilemparkan belum dijumpai lagi.

Cuba bayangkan korang termasuk dalam lubang ni dan sedar2 ada kat alam lain.

GAMBAR SERAM WANITA BERTUDUNG DI JETI JTLM PULAI TIOMAN



Gambar seram seorang wanita bertudung berdiri di Jeti JTLM pulau tioman. Seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di sini, tidak menyangka gambar yang diambil oleh rakannya ketika berada di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin, turut mempunyai imej yang pelik.

 
Anuar Safie, 38, berkata, imej menyerupai seorang wanita itu dirakamkan pada pukul 8 malam kelmarin oleh salah seorang rakannya sebelum mereka keluar menjalankan operasi penguatkuasaan di jeti berkenaan.
Menurutnya, semasa berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga itu sebelum rakannya memberitahu terdapat imej mencurigakan di belakang sebelah kanan wajahnya apabila merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurutnya, selepas imej berpakaian putih itu dirakamkan, dia dan rakannya terus terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilaluinya kepada rakan-rakan lain pada keesokannya. Anuar yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun dalam agensi itu mengakui telah beberapa kali menemui lembaga tersebut di depan matanya.

Tuesday, 7 January 2014

GAMBAR JENAZAH BAYI YANG DIKATAKAN TERAPUNG APABILA DIPINDAHKAN



ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

 
Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.
 
 


 
 
Ada yang kata, imej kaki di celah kelangkang Abdul Ghani ‘menguatkan’ lagi yang foto itu telah diubahsuai.
Tetapi, kalau diperhatikan, kaki itu adalah kaki seorang kanak-kanak lelaki yang berbaju belang (ada dibulatkan dalam gambar di bawah). Jadinya andaian orang ramai tentang kesilapan teknik super impose tu salah.
 
 
 

 
 
 
“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...