Tuesday, 18 March 2014

PEKEBUN TERJUMPA RANGKA PESAWAT JEPUN




  • Terkejut jumpa rangka pesawat dalam payaMajid menunjukkan bom yang ditemui ketika membersihkan hutan di Air Hitam, kelmarin.
 1 / 1 
MUAR – Seorang pemandu jentera berat terkejut menjumpai satu rangka pesawat, empat bom dan ratusan peluru lama yang dipercayai masih hidup dipercayai peninggalan tentera Jepun dalam kawasan hutan berhampiran Air Hitam, kelmarin.

Majid Parman, 46, berkata, kesemua bahan itu ditemui ketika dia dan beberapa rakannya membersihkan kawasan itu untuk dijadikan kebun.

Menurutnya, dia menyedari kewujudan bahan berkenaan apabila melihat satu objek pelik dalam paya.

"Saya terdorong mendekati kawasan tersebut dan terkejut mendapati ia adalah rangka pesawat yang sudah terbakar mungkin akibat aktiviti pembakaran membersihkan hutan.

“Tidak jauh dari rangka itu terdapat empat butir bom berukuran 0.5 meter dan ratusan peluru berselerak di atas tanah,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak berani menyentuh bom tersebut kerana khuatir akan meletup dan mengancam nyawanya serta rakan.

Katanya, dia percaya kesemua barangan itu pernah ditemuinya empat tahun lalu di lokasi sama ketika melakukan kerja pembersihan kebun miliknya di kawasan berhampiran.

“Ketika itu rangka ditemui dalam keadaan baik dengan cat masih sempurna dan terdapat lambang tentera Jepun pada sayap pesawat.

“Pada masa itu saya ada membuat laporan polis memaklumkan penemuan berkenaan,” katanya.

Majid memberitahu, masih ramai yang tidak mengetahui penemuan tersebut kerana lokasinya kira-kira 15 kilometer dari jalan utama selain perlu melalui tiga kampung.
Tambahnya lagi, dia memohon pihak berkuasa melakukan sesuatu terhadap bahan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...