Wednesday, 12 March 2014

BERITA DARI KUALA KRAI KELANTAN.....



KOTA BHARU - Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta di KM58 Jalan Kota Baharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai, awal hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, Mohd Razali Awang Besar, 63, dari Felda Kemahang, Tanah Merah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa dirempuh sebuah kereta Proton Wira ketika sedang menyeberangi jalan untuk menaiki sebuah bas, sebaik selesai menunaikan solat subuh di sebuah masjid.






"Mangsa telah keluar dari masjid berkenaan untuk menaiki bas sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah Gua Musang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Siasatan awal mendapati mangsa ingin menghadiri perjumpaan peneroka Felda di Gua Musang, hari ini.
  Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...