Sunday 21 April 2013

BORANG PEMOHONAN PPA1M PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA

Borang permohonan PPA1M perumahan penjawat awam 1Malaysia Online. Kepada semua kakitangan awam, anda kini boleh memiliki rumah pertama dengan kos mampu milik. Berikut adalah maklumat penting dan cara mohon rumah 1Malaysia bagi kakitangan kerajaan.

penjawat-awam

Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Kaedah Perlaksanaan
Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara.

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
syarat-2

Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
syarat

Contoh Rumah PPA1M

Contoh Rumah Presint 17
rumah-1

Contoh Rumah Presint 11
rumah-2

Contoh Rumah Presint 5
rumah-3

Borang Permohonan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia
Untuk mendapatkan borang sila klik Borang Online Perumaham Penjawat Awam 1Malaysia

Cara Hantar Borang PPA1M
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup bagi skim pembangunan PPA1M Fasa pertama adalah sehingga 9 Mei 2013

Kerana Beliau Seorang Ayah



KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana ...
yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
 

Khas Untuk Wanita

Kanser Serviks


Apakah itu kanser servik?
  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

PENJAGAAN GIGI SEAWAL USIA

Penjagaan gigi dan gusiAspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.


Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.


Panduan Penjagaan Oral

Baru lahir hingga 24 bulan
Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

� Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.

� Mengatur tabiat makan anak anda.

� Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.

� Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

� Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

� Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

� Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.



Umur 2-6 tahun
Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

� Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.

� Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun

� Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

� Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

� Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.

� Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.



Kanak-kanak dari semua peringkat umur
Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
� Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.



Masalah oral yang umum

Plak dan kalkulus
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".

Penyakit Periodontal
Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.


Karies gigi
Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.

Penjagaan sendiri
� Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.

� Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.

� Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.

� Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.

� Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.

� Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.

� Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.

� Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.

� Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.

� Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.

� Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.

� Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.



Memberus gigi
Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:

� Pemegang yang mudah dikendalikan.

� Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.

� Permukaan berus yang padat.

� Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.



Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.


Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:

� Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.

� Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.

� Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.

� Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.



Kaedah-Kaedah Memberus
1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.

2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.

3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.



Teknik memberus yang betul

� Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.

� Bersihkan permukaan dalam gigi atas.

� Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.

� Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.



Teknik flos
Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

Teknik flos yang berkesan
� Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).

� Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.

� Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.

� Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.

� Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.



Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?
� Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.

� Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.

� Gigi berlubang.
� Gusi berdarah semasa memberus gigi.
� Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.
� Gusi menyusut.
� Gigi longgar.
� Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).
� Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).
� Nafas terus-terusan berbau.
� Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.

Saturday 20 April 2013

UNTUK YANG TINGGAL DI PUTRAJAYA SAHAJA BAGAIMANA DENGAN LAIN-LAIN NEGERI

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata masih banyak perkara yang sedang ditimbang dan akan dilaksanakan kerajaan semata-mata untuk menjaga kebajikan para penjawat awam di Malaysia ketika ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan selama ini menjadi bukti keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kebajikan para penjawat awam.

Beliau berkata Cuepacs berharap wujud kesinambungan dalam pentadbiran negara, agar apa yang dilaksanakan kerajaan selama ini dalam soal menambah baik aspek kebajikan para penjawat awam seperti pengenalan skim saraan transformatif, taraf perkhidmatan kakitangan, pergerakan gaji, kenaikan pangkat, pemberian bonus dan sebagainya, akan dapat diteruskan lagi.

"Pelancaran PPA1M hari ini juga menunjukkan bahawa kerajaan mendengar kehendak penjawat awam, memang ini yang kita mahukan, subsidi kerajaan kepada penjawat awam untuk beli rumah," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) oleh Perdana Menteri di sini Khamis.

PPA1M merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik khusus buat penjawat awam di bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Omar berkata ketika ini tidak ada sebab bagi para penjawat awam untuk tercicir daripada landasan sokongan terhadap kerajaan berdasarkan kepada apa yang telah diberikan kepada mereka selama ini.

Beliau berkata sejak lima tahun kebelakangan ini, Cuepacs mendapati kira-kira 22 perkara baru diperkenalkan kerajaan khusus untuk menjaga kebajikan para penjawat awam semata-mata.

Menurutnya, beliau berpendapat pentadbiran sedia ada perlu dikekalkan selepas pilihan raya bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam perjuangan menjaga kebajikan para penjawat awam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut serta pada sidang media itu berkata PPA1M dilancarkan di Putrajaya kerana kerajaan faham dengan kehendak masyarakat setempat yang mahukan peluang memiliki rumah dan bermastautin di sini.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi parlimen Putrajaya sekali lagi baru-baru ini berkata kira-kira 90 peratus penduduk Putrajaya adalah penjawat awam, dan menurutnya beliau memang mendengar dan faham dengan permintaan ramai penjawat awam di sini yang berhasrat memiliki terus unit rumah kerajaan yang didiami mereka.

Katanya beliau telah menerangkan bahawa unit itu disediakan khusus untuk penjawat awam yang bertugas di sini, dan kerajaan yang prihatin mendengar hasrat mereka untuk memiliki rumah di Putrajaya, menawarkan PPA1M sebagai jawapannya.

Wednesday 17 April 2013

SESUAI UNTUK SEBUAH GAZEBO


Atap nipah
 merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun nipah. Kediaman atap nipah boleh didapati di kampung-kampung di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Hingga kurun kesembilan belas, bangunan-bangunan awam yang penting seperti kuil turut dibina menggunakan cara ini. Kediaman atap nipah telah digunakan sebagai ilham untuk sistem bersifat rentas pengalihan udara untuk Newtown Suites, oleh WOHA Architects, Singapura.
Pada asasnya atap nipah terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun nipah bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pokok bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini, kerana sukar untuk mendapatkan bahan tersebut tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap.
Setiap atap nipah biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi. Bagi menambahkan ketahanan daun nipah yang akan dijadikan atap, daun nipah perlu direndam di dalam air sungai selama sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu sebelum disusun untuk dijadikan atap.
Atap nipah yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi / "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai / "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.

Penggunaannya

Atap nipah merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada binaan tradisional di Malaysia pada masa dahulu.[1] Atap ini agak cepat rosak dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti dengan cara disisip antara kepingan yang rosak. Selain daun nipah, daun rumbia juga turut digunakan bagi menghasilkan atap rumbia.
Pada era 1950 - 1970-an istilah atap nipah atau rumbia membawa erti orang miskin, yang dapat dilihat dalam buku berjudul Atap Genting Atap Rumbia.






 Kelebihan

Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting. Tetapi ia perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakn kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.

CUTI UNTUK KELANTAN,TERENGGANU DAN KEDAH SEMPENA PRU13




Pm umum cuti umum bagi negeri kelantan, terengganu dan kedah pada 5 Mei 2013 sempena PRU13. Di Malaysia, tiga negeri ini mempunyai hari bekerja yang berbeza dengan negeia lain. Negeri tersebut memulakan hari bekerja pada hari ahad. Oleh itu, bagi mengelakkan ketidakadilan, PM Datuk Seri Najib telah menyelaraskan cuti umum pada Ahad tersebut seperti negeri lain.

pru 13

Ini dapat memastikan bahawa semua pengundi berdaftar di tiga negeri tersebut dapat mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan undi setelah diberikan cuti umum pada Ahad.

Monday 15 April 2013

Khas Untuk Lelaki

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki


Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

Sekadar Berkongsi

Kanser Payudara – Fakta & Statistik

Pandangan menyeluruh
Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.


Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.

Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.

Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).

Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)

Dipersembahkan dalam bentuk lain:

  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)
Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)


  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Kanser Payudara di Singapura
Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.



Bilangan Kematian Di Kalangan Wanita Akibat Kanser

Jenis Kanser


1994

1995

1998

Payudara


260

320

339

Paru-paru


244

254

272

Serviks


165

142

177

Usus besar


128

164

149

Leukemia


128

142

139

Perut


99

105

103

Hati


98

102

106

Ovari


88

95

102

Nota: hanya 1/3 daripada semua kematian di Malaysia disahkan


Punca: Vital Statistics Malaysia

Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)

Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.


Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.


Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.

Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...