Kanser Payudara – Fakta & Statistik
Pandangan
menyeluruh
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser
Payudara di Malaysia – Faktanya
Bagi
bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002
& 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9%
masing-masing daripada jumlah kanser wanita.
Anggaran
oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000)
melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707
kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara
kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan
ASR 41.9 per 100,000 orang.Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser
Payudara di Singapura
Daftar
Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan
wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan
peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968
ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam
julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden
mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50
tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada
kadar yang lebih perlahan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Punca: Vital Statistics Malaysia
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser Payu
dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
(1993-2003)
Dari tahun
1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital
Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan
bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser
payudara pada 1993.
Kanser
payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2%
daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser
dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau
bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat
kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh
populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan
tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap
lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang
lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.
Ini adalah
kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita
mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi
mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal
pasti seawal mungkin.
Adalah
dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih
agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di
kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau
bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk
menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan
Orang Asia dan Orang kulit putih).
|
Monday, 15 April 2013
Sekadar Berkongsi
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua