Tuesday 16 June 2015

Dimanakah Lokasi agak-agak....



  • Satelit dijangka jatuh, mungkin di Malaysia  
  • Satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM).
SHAH ALAM - Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.

Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.

“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,

“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan,  TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.

“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.

“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!... rekod terdahulu satelit yang  jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.

“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.

“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi... ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia  sekarang.

“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi .

“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir  tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.

Saturday 13 June 2015

Tak tahan masalah air


Tak tahan masalah air

  • Tak tahan masalah air  
  • Abdul Halim (duduk) bersama penduduk kampung yang cuba menadah air paip tetapi bekalan terputus sejak sebulan lalu.
KOTA BHARU - Penduduk di Kampung Sungai Limbat, Peringat, di sini, tidak tahan lagi berdepan  masalah bekalan air bersih yang berlarutan hampir sebulan lalu.

Masalah itu menyebabkan 200 penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air bersih di telaga dan ada juga yang mandi di masjid ekoran bekalan air paip yang kering-kontang, dan menyukarkan urusan harian.

Seorang penduduk, Abdul Halim Ariffin, 52, berkata, masalah itu tidak berkesudahan walaupun telah diajukan kepada pihak berkenaan.

“Kami buntu dengan masalah ini yang menyebabkan kami sukar mendapatkan bekalan air bersih untuk mandi, memasak, membasuh dan melakukan urusan seharian.

“Hampir setiap hari saya terpaksa mendapatkan bekalan air di kawasan telaga yang juga hampir kering memandangkan cuaca sekarang amat panas," katanya.

Menurutnya, lebih memeritkan ketika musim kenduri kahwin yang turut memaksa penduduk membeli bekalan air mineral untuk menyediakan minuman dan untuk membasuh.

Seorang lagi penduduk kampung, Lee Chun Tin, 61, berkata, masalah air kali ini amat memeritkan dan perlu tindakan segera untuk menyelesaikannya.

“Kami sudah tidak tahan kerana masalah ini berlarutan selama sebulan tanpa apa-apa tindakan.

“Ia melibatkan 20 rumah di kampung ini. Kami terpaksa mengangkut air bersih dan bimbang jika masalah ini berterusan, lebih-lebih lagi jika berlaku kematian. Harap masalah ini segera diatasi oleh pihak berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir Mohamad Hanafi Mahmud memaklumkan telah menerima laporan dan pihaknya berusaha mengatasi masalah tersebut.

“Masalah ini berlaku ekoran musim kemarau. Kami berusaha agih penghantaran bekalan air ke kawasan bermasalah semaksimum mungkin,” katanya. Dipetik Dari Sinar Harian

Monday 8 June 2015

Turun berat badan, Dapat Hadiah



Turun berat badan, dapat hadiah


  • berat badan 






KUALA TERENGGANU - Masalah berat badan yang berlebihan begitu membimbangkan di Malaysia dan tidak terkecuali di Terengganu.
Susulan itu, MySihat melalui penganjuran Program Cabaran 14 Minggu, Amboi Slimnya kendalian Kelab Riadah dan Rekreasi Taman Awam Batu Burok (Kertab) membuka peluang kepada seluruh warga Terengganu untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet sihat yang bakal bermula Julai hingga Oktober ini.

Setiausaha Kertab, Md Hassan Ibrahim berkata, masalah itu tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana akan memudaratkan diri sendiri pada masa akan datang sekiranya tidak diatasi dengan betul.

“Melalui program ini, peserta dijangka seramai 50 orang terdiri daripada lelaki dan wanita akan didedahkan dengan pelbagai info kesihatan dan juga aktiviti riadah yang memberi manfaat untuk menjalani kehidupan sihat.

“Program berbentuk pertandingan ini adalah untuk menggalakkan persaingan secara sihat dalam menurunkan berat badan dan menawarkan hadiah wang tunai yang agak lumayan,” jelasnya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurut Hassan, program berkenaan hanya dijalankan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu di pekarangan Taman Rekreasi Batu Burok.

Penganjuran yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu itu sudah masuk kali keempat ekoran mendapat sambutan hebat daripada orang ramai terutama wanita.

“Keutamaan diberi kepada mereka yang belum pernah menyertainya bagi mencari peserta baru yang berhadapan dengan masalah berat badan,” katanya.

Bagi mereka yang berminat mengambil bahagian boleh datang ke pejabat urusetia Kertab di T-Craft, Galeri A, Padang Negara bagi membuat pendaftaran atau sebarang pertanyaan bermula sekarang.

“Pendaftaran sudah pun bermula dan akan berakhir pertengahan Jun nanti manakala latihan pertama akan diadakan pada 31 Julai ini,” katanya lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...