Turun berat badan, Dapat Hadiah
Turun berat badan, dapat hadiah
-
KUALA TERENGGANU - Masalah berat badan yang berlebihan begitu membimbangkan di Malaysia dan tidak terkecuali di Terengganu.
Susulan itu, MySihat melalui penganjuran Program Cabaran 14 Minggu,
Amboi Slimnya kendalian Kelab Riadah dan Rekreasi Taman Awam Batu Burok
(Kertab) membuka peluang kepada seluruh warga Terengganu untuk
menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet sihat yang bakal bermula
Julai hingga Oktober ini.
Setiausaha Kertab, Md Hassan Ibrahim berkata, masalah itu tidak
seharusnya dibiarkan berterusan kerana akan memudaratkan diri sendiri
pada masa akan datang sekiranya tidak diatasi dengan betul.
“Melalui program ini, peserta dijangka seramai 50 orang terdiri
daripada lelaki dan wanita akan didedahkan dengan pelbagai info
kesihatan dan juga aktiviti riadah yang memberi manfaat untuk menjalani
kehidupan sihat.
“Program berbentuk pertandingan ini adalah untuk menggalakkan
persaingan secara sihat dalam menurunkan berat badan dan menawarkan
hadiah wang tunai yang agak lumayan,” jelasnya kepada Sinar Harian, di
sini.
Menurut Hassan, program berkenaan hanya dijalankan pada setiap hujung
minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu di pekarangan Taman Rekreasi
Batu Burok.
Penganjuran yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah
Kuala Terengganu itu sudah masuk kali keempat ekoran mendapat sambutan
hebat daripada orang ramai terutama wanita.
“Keutamaan diberi kepada mereka yang belum pernah menyertainya bagi
mencari peserta baru yang berhadapan dengan masalah berat badan,”
katanya.
Bagi mereka yang berminat mengambil bahagian boleh datang ke pejabat
urusetia Kertab di T-Craft, Galeri A, Padang Negara bagi membuat
pendaftaran atau sebarang pertanyaan bermula sekarang.
“Pendaftaran sudah pun bermula dan akan berakhir pertengahan Jun nanti
manakala latihan pertama akan diadakan pada 31 Julai ini,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua