Saturday 31 May 2014

berita terkini_kes rogol dua remaja di Ketereh Kelantan



Berita terkini kes rogol 2 pelajar wanita dengan 38 lelaki di Kelantan. Kes melibatkan dua remaja bawah umur dirogol telah menggemparkan negara apatah lagi melibatkan 38 orang lelaki (perogol) dalam insiden berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam 20 Mei 2014 di sebuah rumah kosong di Ketereh Kelantan. Salah seorang daripada mangsa telah membuat laporan polis pada 26 Mei 2014 dan terbukti terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. Hasil siasatan polis terkini telah menahan kumpulan suspek yang merogol mangsa secara bergilir-gilir. Untuk info, kedua-dua mangsa juga masih lagi berusia 15 tahun dan masih belajar di Tingkatan 3.
Gambar Mangsa Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan
rogol
Nota: Identiti mangsa tidak didedahkan demi menjaga maruah dan masa depan pelajar berkenaan
Salinan Laporan Rasmi Polis Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan
laporan-1 laporan-2 laporan-3

Wednesday 28 May 2014

SAMBUNGAN TRIP VIETNAM LAGI


salah satu cara orang vietnam mencari duit belanja..anda pasti terkejut dengan ape yang berlaku..keran di malaysia sekiranya berlaku..maka malaysia memang berada di bawah termiskin..so..jangan jadikan malaysia macam negara mereka

 
nampak divider yang dilekatkan paper lama itu...Hahah..jgn duduk..sekiranya duduk anda akan dikenakan bayaran..hihii..selepas duduk..pelapik paper itu akan dibuang dan diganti dengan paper lain pula...dasyatkan..kiranya paper itu macam kerusi la...sapa duduk kene bayar..padahal ini adalah sebuah taman rekreasi untuk rakyat vietnam sihatkan badan....
Bagai2 cara mereka mencari duit bagi meneruskan kelangsungan hidup.....................................

SAMBUNGAN TRIP KE VIETNAM


    Grup yang sporting dan mesra mereka ini semua..tgk baby tu steady aje


   Dalam pejabat pos

MENYAMBUNG KEMBALI TRIP KE VIETNAM

Kami sampai di lapangan terbang antarabangsa Ho chi minh city kira-kira jam 3.00 ptg waktu vietnam

 sekitar lapangan terbang bandar ho chi minh

Ketibaan kami disambut oleh seorang pemandu pelancong warga vietnam bernama le an atau nama glamour ang sahaja..hihhii..Seorang yang ramah..mudah tersenyum berbanding lelaki vietnam yang lain kerana majoriti lelaki vietnam bermuka masam..payah nak jumpa yang senyum bila jumpa warga luar yang datang melawat negara mereka...Kiranya macam tidak mesra pelancong la depe semua ni...haru biru..muka masalah banyak deep ni..hahahaha

 Itu dia Ang tgh sibuk menerangkan akan tempat2 yang bakal kami lawati....Kami sampai di Ho chi minh city ini sahaja..kami terus ke tempat lawatan..tanpa rehat yang lama..kira jangan buang masa koz duk negara orang kene selalu berjlan..penat,letih letak blkang aje...hiiihiiii
semangat untuk terokai negara orang masing-masing bersemangat..tidak kira tua muda..baby pon semngat jugak...

Tapi,kami mintak balik hotel dulu jgak untuk letak barang dan cuci muka...hihi..kami menginap di hotel Aragon hotel berdekatan dengan pasar benh tham market


Seterusnya kami ke Tempat lawatan pertama iaitu pejabat pos terbesar di vietnam

antara ahli rombongan yang mesra dan sporting..best..terbaikk



Tuesday 27 May 2014

JOM MELIHAT PLANET ZUHAL,MUSYTARI DAN MARIKH


  • Agensi Angkasa Negara  
  •                   Agensi Angkasa Negara
KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang untuk melihat planet Zuhal, Musytari dan Marikh melalui teleskop dengan menyertai program 'Sidewalk Astronomy Night 2014' anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa), di sini Sabtu ini.
Angkasa dalam satu kenyataan malam ini berkata sebanyak lima teleskop akan disediakan pihaknya di Tepian Tasik, Taman Tasik Titiwangsa, di sini. 
"Pada malam itu juga orang ramai berpeluang untuk mencerap permukaan bulan yang pada ketika ini berada dalam fasa bulan baharu," kata Angkasa.     Program dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan bermula pada pukul 8 malam hingga 10 malam.
Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Angkasa turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai teleskop sendiri supaya membawa alat itu pada malam berkenaan.
Di samping melihat planet dan bulan, pengunjung juga bakal diberi taklimat berkenaan objek cakerawala yang dilihat serta boleh menyertai kuiz dan aktiviti dikenali sebagai 'space glow in the dark'. - Bernama

So,Buat Mr abduh..keluarkan segala peralatan teleskop bagi melihat planet2 ini...walaupon kamu dah expert dalam hal planet ini..hihih..hamba akan cuba keluarkan teleskop hamba walupon ia model lama....harap nampakla planet malam sabtu ini....

SAMBUNGAN TRIP KE VIETNAM


Setalah sampai di KLIA, kami menunggu untuk penerbangan ke Ho Chi Minh pula yang dijangka pada 12.30 tengahari..So,dalam duk menunggu tu banyaklah aktiviti suaikenal antara satu sama lain....Mana yang belum kenal sama2 ah berkenalan...


Banyak ragam la...bila menunggu ini...Kami terbang ke Vietnam pada pukul 12.30 tengari
masing-masing excited dalam perjalan pergi ini...Ini adalah kerana majoriti antara kami ni belum sampai lagi di negara komunis ini.....

Ops sebelum terlupa...yang baju hijau tu adalah pemandu pelancong kami..wakil dari ash travel agency..hanya mahu dikenali sebagai kak nim...ramah orangnya,dan yang penting sporting...(maaf kak nim..gambar ni agak kabur koz bateri untuk flash sudah kehabisan)
p/S..KITA STOP SINI DULU...Bersambung lagi..hihihih








Monday 26 May 2014

TRIP KE HO CHI MINH CITY 4D 3N

Salam....
Kali ni trip jalan-jalan ke bandar Ho Chi Minh City selama 4 hari 3 malam....Vietnam sebuah negara yang hanya mempunyai satu parti sahaja iaitu parti sosialisme...maka rakyatnya tiada pilihan dalam membuat bantahan akan sebarang perancangan dari pihak kerajaan,maka paham2 lah yer keadaan rakyatnya yang miskin dan berusaha mencari sesuap nasi...pelvagai kerja yang dilakukan rakyat mereka..nanti saya akan tunjukkan kerja yang kita tidak pernah lihat di malaysia ini..bagaimana rakyat vietnam mencari duit sehinggakan kita berasa dasyatnya pemerintahan sebuah negara komunis ini.
Oklah..trip ini disertai seramai 22 orang dari Pejabat tanah dan Jajahan Kuala krai serta Yb Jajahan Kuala Krai....
Saya hanya sertai sebgai tiket dari wife tersayang yang bekerja dengan Pejabat tanah Kuala Krai...
Kami mengambil ASH-HAR TRAVEL N TOUR sebagi guide kami dan menguruskan semua dokumentasi perjalanan ke sana...
Kami seramai 22 orang bertolak dari lapangan terbang sultan yahya petra Kota Bharu Ke kuala lumpur pada jam 09.30 pagi dan sampai di klia kira-kira jam 10.15 pagi.....

               check in bagasi dahulu..beg kosong aje kot..hihi
sms orang rumah la tu....hihihihi
Penerbangan ke Ho Chi Minh dijadualkan pada Jam 12.30tghari dari Klia...so,Time lepak2 dan mencari makan dahulu..koz perut mula bekeroncong waktu ini..hihi...
                                                             sempat lagi posing sesudah sampai di klia...




                                                   antara yang bawa anak-anak sekali..
iman dan isteri pon x terlepas dari mengambil gambar kenangan..comel iman ini....

P/s-bersambung.........


             

Saturday 24 May 2014

PENGGEMAR COKLAT CADBURY DI MALAYSIA MENGAMBIL TINDAKAN BOIKOT TERHADAP COKLAT CADBURY YANG DISAHKAN TIDAK HALAL


Pengguna muslim terutamanya di Malaysia mengambil tindakan boikot produk Cadbury yang disahkan tak halal. Menerusi laman sosial, jutaan rakyat yang beragama islam meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat coklat Cadbury yang sanggup menggunakan bahan Porcein (Lemak Babi) dalam dua produk coklat syarikat terbabit. Pengguna berasa seolah-olah tertipu dan dianiayai kerana syarikat itu kurang sensitiviti terhadap pengguna islam. Menerusi kenyataan rasmi dari Cadbury, langsung tiada permohonan maaf daripada syarikat terbabit melainkan memanggil semula produk yang tercemar dari pasaran tempatan. Susulan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM berhubung pengesanan DNA babi, pihak JAKIM telah mengambil tindakan dengan menarik balik sijil halal syarikat terbabit yang berkuat kuasa serta merta.
 
cadbury malaysia
Pengguna Mengamuk Boikot Produk Cadbury
komen-1 komen-2

KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ABPBH 2014



Keputusan rasmi pemenang ABPBH 2013 pada 24 Mei 2014. Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Kali ke 27 bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Putrajaya PICC. Sebanyak 15 kategori utama dipertandingkan dalam malam kemuncak ABPBH 2013. Antara pengacara malam ABPBH adalah gandingan Fara Fauzana, Amy Mastura dan Kumpulan Shiro yang meriahkan lagi suasana malam gilang gemilang ABPBH 2013. Siaran langsung ABPBH 2013 turut disiarkan secara ekslusif menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam.
abpbh-2013
Live Streaming ABPBH 2013 Pada 24 Mei 2014 Online
Keputusan Pemenang ABPBH 2013 Pada 24 Mei 2014

Artis Baharu Lelaki Popular
  • Achey -Bintang Mencari Bintang (BMB)
Artis Komedi Wanita Popular
  • Jihan Musa- Raja Lawak
Artis Duo Berkumpulan Popular
  • Stacy dan Akim Ahmad
Pengacara TV Lelaki Popular
  • Dato AC Mizal
Penyampai Radio Wanita Popular
  • Fara Fauzana- Hot FM
Artis Baharu Wanita Popular
  • Zara Zya
Pengacara TV Wanita Popular
  • Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular
  • Johan Raja Lawak
Pelakon TV Wanita Popular
  • Siti Saleha
Pelakon Lelaki Komedi Popular
  • Jep Sepahtu
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
  • Dato’ Rahim Razali
Penyanyi Wanita Popular
  • Stacy AF
Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Aaron Aziz
Penyanyi Lelaki Popular
  • Hafiz AF
Pelakon Filem Wanita Popular
  • Siti Saleja
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
  • Aaron Aziz
aaron
Keputusan Penuh: Tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz selaku Juara ABPBH 2013

Sunday 18 May 2014

CARI DIMANA SILAP



BIAR GAMBAR BERKATA-KATA


 DIMANAKAH KESILAPANYA...??/???????

GAMBAR WANITA SOLAT ATAS JALAN JEJAMBAT



Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Mendakwa mendapat 'hidayah' untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan.

Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

CUTI SEKOLAH KEMBALI - JOM SEMAK


cuti sekolah pertengahan tahun 2014
Buat pertama kalinya , cuti sekolah pertengahan tahun 2014 kali bermula pada pertengahan minggu.
Cuti sekolah bermula pada 27 Mei 2014 ( hari Selasa ) bagi negeri yang cuti hujung minggunya hari Jumaat sehingga 14 Jun 2014 ( hari Sabtu ) berjumlah 19 hari.  Kalau sekolah yang bercuti hujung minggu hari Ahad, cuti sekolah pertengahan tahun 2014 bermula pada hari Rabu 28 Mei 2014 sehingga 15 Jun 2014 ( hari Ahad ) juga berjumlah 19 hari.
Ini adalah sejarah cuti sekolah tidak bermula pada hujung minggu seperti kebiasaan.  Mak-mak kena alert dengan jadual ini.   Kalau di Kedah, Kelantan , Terengganu dan Johor cuti bermula 27 Mei 2014 hari Selasa.

Saturday 17 May 2014

KEDAI KOPI CANGKUNG-TERENGGANU


KEDAI 1 MALAYSIA DEPAN WISMA PERSEKUTUAN TERENGGANU





 Tokey kedai yang berbaju petak-petak sebelah amoi yer...mesra orangnya..hanya mahu dikenali sebagai Cheek...Menariknya disni..Kuih muihnya..nasi lemak dan kuih2 lain...pakai amik sendiri dan hanya perlu pilih kegemaran anda...

Pelbagai peringkat usia yang datang ke kdai kopi ini....
dengan tokeynya yang bersahaja...santai..dan mesra....
Waktu pagi dan tenghari adalah waktu sibuk..pelanggan adalah rata-rata di kalangan kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri serta pejabat2 berdekatan...

Pelanggannya terdapat pelbagai bangsa..melayu ada...cina ada...india jarang2..bangla kadang2..hihihihihi..
Tokey kedai ni..Kadang2...ikut mood jugak...kena masa kita belum order lagi..baru aje duduk..tiba2 air dah sampai..kita belum membuat pesanan lagi..tak ke haru biru jadinya..hihii..Beginilah ragam kedai kopi...hihii..
 Nampak macam satu family pelanggan kedai  ini..padahal masing2 tidak mengenali antara satu sama lain..
Sape2 tension..bleh ah berkunjung ke kdai ini,pasti tension anda
akan hilang dan boleh la sambung kerja..hihihii




Wednesday 14 May 2014

SENARAI NEGERI YANG BERCUTI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ 2014



Senarai negeri cuti peristiwa Israk Dan Mikraj 2014 di Malaysia. Hanya negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sahaja yang akan mengambil cuti umum sempena peristiwa Israk dan Mikraj yang jatuh pada 27 Mei 2014 bersamaan dengan 27 Rejab 1435H. Negeri yang lain dan tidak dinyatakan akan menjalani rutin hari bekerja seperti biasa.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin7GDtOx0wIp8nClX3gvWOGTapVz9GiR3utUpxmZ3SkRXT1pnbnQOzkO6AZih2ZZ7w-thqPLUYjxUeFB_RQU4LUYjgESM1MLAfuNEWFnNZ2b6N9GJeNBtUd3fGRKlKT3d-ulIaAYtKPJk/s1600/a...jpg
Tarikh Israk Dan Mikraj 2014 Malaysia
27 Mei 2014
Senarai Negeri Cuti Israk Dan Mikraj 2014 Malaysia
Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis Sahaja

Tuesday 13 May 2014

BUMBUNG SEKOLAH RUNTUH




Bumbung SMK Seri Nilam runtuh  
  • Bahagian bumbung SMK Seri Nilam yang runtuh petang semalam.
KUALA TERENGGANU – Episod runtuh di Terengganu belum berakhir apabila satu lagi kejadian bumbung runtuh berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kerana pelajar berada di surau sekolah bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, punca bumbung bangunan tiga tingkat itu runtuh berkemungkinan disebabkan oleh kekudanya yang telah reput.

“Saya difahamkan bangunan itu berusia hampir 10 tahun dan mungkin punca runtuh disebabkan kayu pada bahagian bumbung sudah reput.

“Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika itu pelajar sedang menunaikan solat Zohor.

"Serpihan besar runtuhan bumbung juga tidak jatuh terus ke bawah menyebabkan kenderaan guru yang diletakkan di bawah turut terselamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, buat masa ini pihaknya akan mengosongkan bangunan dan kawasan sekitar demi keselamatan warga sekolah.

“Tindakan segera akan dilakukan bersama pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini supaya tidak mengganggu proses pembelajaran di sekolah,” katanya.

Monday 12 May 2014

POKOK CENGAL PALING TUA DAN PALING BESAR DIDUNIA



Tahukah Anda pembaca, pokok cengal paling tua dan paling besar didunia berada di Malaysia, Terletak di Daerah Dungun Dan berada di mukim Pasir Raja Dungun dan berada di Hulu Chemerong.
Penulis amat berbangga kerana telah terbukti Hutan Dara kita masih ada untuk tatapan anak cucu cicit kita esok-esok..Khazanah alam yang tidak terhingga nilainya ini....sekiranya hilang,maka tiadalah bukit bukau,gunung ganang anak sungai yang jernih,air terjun yang sentiasa dan tanpa henti mengalirkan air yang bersih dan jernih.







Dengan pangkal pokok cengal ini selebar 16 pemeluk lelaki dewasa,Cuba Bayangkan.....

Sunday 11 May 2014

TITIK PALING SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA



TITIK PALING SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA


1
Benua Asia yang meliputi Arab Saudi di bahagian barat, Russia di utara, Kepulauan Maldives di selatan, dan Jepun di timur merupakan benua yang terbesar di dunia, meliputi 55.8 juta kilometer persegi atau satu pertiga daratan dunia. Terdapat beberapa wilayah yang termasuk dalam Benua Asia, iaitu Asia Tengah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Benua Asia mempunyai penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60 peratus daripada jumlah penduduk dunia.
Di Benua Asia terletak Banjaran Himalaya yang terpanjang di dunia; Gunung Everest  yang tertinggi di dunia; Tasik Baikal yang terdalam di dunia; Laut Mati yang mempunyai air paling masin di dunia; Laut Kaspia iaitu tasik air masin terbesar di dunia, dan Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang di dunia.
Benua Asia bermula dari garis bujur 28° Timur di Turki sehingga 170° Barat di Semenanjung Kamchatka dan dari garis lintang 10° Selatan sehingga 75° Utara. Benua Asia direntasi oleh Garisan Artik, Garisan Sartan dan Garisan Khatulistiwa.
Titik paling akhir Benua Asia terletak di Tanjung Piai, dalam daerah Pontian, Johor, pada latitud 01.16° Utara dan longitude 103.30.46° Timur .
            Tanjung Piai terletak kira-kira 75 kilometer dari Bandar Raya Johor Bahru. Untuk sampai ke sini, jika perjalanan anda melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluar ke Simpang Renggam menuju ke Benut. Teruskan perjalanan ke Pontian, kemudian ke Kukup. Setelah sampai di Kukup, ikut arah papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai. Pada masa ini tiada perkhidmatan bas ekspres yang disediakan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Perkhidmatan teksi boleh didapati dari stesen bas Pontian.
           
Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai pokok paku piai. Hutan bakau yang luas di sini digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Hutan bakau ini membentuk koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dengan tanah lembap Sungai Pulai.
Keseluruhan kawasan Taman Negara Tanjung Piai meliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur. Terdapat hampir 30 spesis tumbuhan bakau di sini. Di sini dikatakan terdapat lima spesies burung air dan tujuh spesies burung pantai.
Pokok bakau melindungi pesisiran pantai daripada hakisan dan menghindari banjir, di samping memberikan perlindungan dan pembiakan ikan, ketam, udang, pelbagai jenis molaska dan binatang-binatang lain. Burung-burung hijrah akan singgah di hutan bakau untuk berehat dan mendapatkan makanan sebelum terbang semula ke kawasan yang ditujui.
Kini, Tanjung Piai diisytiharkan sebagai Taman Negara memandangkan di sini terdapat kekayaan khazanah alam semula jadi iaitu hutan, hutan paya bakau serta pelbagai spesies flora dan fauna. Taman ini juga menjadi tempat kediaman pelbagai jenis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.
Sebelum diisytiharkan sebagai Taman Negara, Tanjung Piai adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai dan digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.
Taman ini juga telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Ramsar mengambil sempena nama sebuah bandar di Iran yang menjadi tuan rumah Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa yang pertama pada tahun 1971. Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memulihara tanah lembap yang merupakan tempat berehat dan mencari makanan bagi burung-burung hijrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...