Gambar Kilang Roti Sunshine Di Ipoh Jijik Dan Kotor
Showing posts with label Panas. Show all posts
Showing posts with label Panas. Show all posts
Wednesday, 16 July 2014
Sunday, 15 June 2014
LAGI GAMBAR BERHUBUNG KILANG BIHUN(MEE HOON)CAP MASJID-MENJIJIKAN
Proses Kilang Bihun (Mee Hoon) Cap Masjid milik Van Loong Bee Hoon SDN
BHD kotor dan jijik cetus kontroversi. Menerusi laman sosial, telah
tersebar secara viral beberapa keping gambar pemprosesan bihun cap
masjid yang cukup meloyakan. Dapat dilihat bihun tersebut diproses tanpa
mengikut prosedur kebersihan yang betul dan persekitaran yang sangat
kotor. Saksi juga mendakwa lokasi kilang tersebut terletak di Jalan Ipoh
KL berdekatan dengan pasar borong Selayang.
Komen Pengguna Di Laman Sosial
Gambar Kilang Bihun Cap Masjid Kotor Dan Jijik Cetus Kontroversi
Penjelasan JAKIM Isu Kilang Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal
Susulan kes bihun kotor dan jijik, pihak JAKIM menegaskan bahawa Logo
Halal palsu digunakan oleh Syarikut Bihun tersebut untuk mengaburi
pengguna islam. JAKIM turut mengesahkan bahawa syarikat pengeluar Bihun
terbabit adalah bukan pemegang sijil halal Malaysia dan tidak pernah
mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM.
Saturday, 31 May 2014
berita terkini_kes rogol dua remaja di Ketereh Kelantan
Berita terkini kes rogol 2 pelajar wanita dengan 38 lelaki di Kelantan.
Kes melibatkan dua remaja bawah umur dirogol telah menggemparkan negara
apatah lagi melibatkan 38 orang lelaki (perogol) dalam insiden
berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku pada 7.30 malam 20 Mei 2014 di
sebuah rumah kosong di Ketereh Kelantan. Salah seorang daripada mangsa
telah membuat laporan polis pada 26 Mei 2014 dan terbukti terdapat kesan
koyakan pada kemaluan mangsa. Hasil siasatan polis terkini telah
menahan kumpulan suspek yang merogol mangsa secara bergilir-gilir. Untuk
info, kedua-dua mangsa juga masih lagi berusia 15 tahun dan masih
belajar di Tingkatan 3.
Gambar Mangsa Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan
Nota: Identiti mangsa tidak didedahkan demi menjaga maruah dan masa depan pelajar berkenaan
Salinan Laporan Rasmi Polis Kes Rogol 38 Lelaki Di Kelantan
Saturday, 24 May 2014
PENGGEMAR COKLAT CADBURY DI MALAYSIA MENGAMBIL TINDAKAN BOIKOT TERHADAP COKLAT CADBURY YANG DISAHKAN TIDAK HALAL
Pengguna muslim terutamanya di Malaysia mengambil tindakan boikot produk
Cadbury yang disahkan tak halal. Menerusi laman sosial, jutaan rakyat
yang beragama islam meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap
syarikat coklat Cadbury yang sanggup menggunakan bahan Porcein (Lemak
Babi) dalam dua produk coklat syarikat terbabit. Pengguna berasa
seolah-olah tertipu dan dianiayai kerana syarikat itu kurang sensitiviti
terhadap pengguna islam. Menerusi kenyataan rasmi dari Cadbury,
langsung tiada permohonan maaf daripada syarikat terbabit melainkan
memanggil semula produk yang tercemar dari pasaran tempatan. Susulan
kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM berhubung pengesanan DNA
babi, pihak JAKIM telah mengambil tindakan dengan menarik balik sijil
halal syarikat terbabit yang berkuat kuasa serta merta.
Pengguna Mengamuk Boikot Produk Cadbury
Saturday, 15 February 2014
BORANG PERMOHONAN DAFTAR SKIM MYHOME BANTUAN RUMAH PERTAMA 2014
Borang daftar permohonan Skim MyHome bantuan rumah pertama 2014. MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
Fakta Bantuan Skim MyHome
- Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
- Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
- Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
- Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Terhad kepada 10,000 unit rumah
Syarat Kelayakan Skim MyHome
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada pembeli rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
- Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
- Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
- Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
- Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
- Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Borang Permohonan Skim MyHome
Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
Tarikh Permohonan Skim MyHome
Mulai 1 April 2014
Saturday, 8 February 2014
TARIKH PEMBAYARAN BRIM 3.0 2014
Tarikh pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014. Menerusi makluman rasmi kerajaan, duit BRIM akan diagihkan mulai 22 Februari 2014. Pemberian bantuan BR1M 2014 tersebut akan diagihkan secara berperingkat ke akaun pengguna. Terdahulu, permohonan BR1M secara online telah dibuka pada 23 Disember 2013 dan telah ditutup pada 31 Januari 2014. BR1M 3.0 buat pertama kalinya dibayar secara terus ke akaun bank penerima.
Tarikh Pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Mulai 22 Februari 2014 secara berperingkat.
Kenyataan Media Pembayaran BR1M 3.0
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilancarkan pada 22 Februari 2014. Manakala pengagihan di peringkat Parlimen pula akan dilaksanakan pada 23 Februari 2014- kata Datuk Seri Najib Razak.
Semakan Status Permohonan BR1M 3.0 Online 2014
Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT.
Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014
Pembayaran BR1M 2014 akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pemohon yang layak menerima BR1M.
ISU MYDIN JUAL SELUAR DALAM GAMBAR MASJID
Isu Mydin jual seluar dalam gambar masjid tersebar dilaman sosial. Insiden itu dilaporkan oleh seorang pengguna menerusi laman sosial dimana produk seluar dalam kanak-kanak yang mempersendakan islam dijual di pasaraya Mydin cawangan Jasin, Negeri Sembilan. Seluar dalam tersebut mengandungi cetakan gambar sebuah masjid dan dua orang lelaki memakai baju melayu lengkap dan jelas menyentuh sensitiviti umat islam. Ekoran insiden itu, ramai pengguna menerusi laman sosial mengecam produk tersebut kerana masjid merupakan tempat suci umat islam beribadah dan tidak harus dicetak atas seluar dalam.

Komen Pengguna Dilaman Sosial


Penjelasan Pihak Mydin Isu Jual Seluar Dalam Gambar Masjid
Susulan laporan tersebut, pihak Mydin telah mengeluarkan produk terbabit dari semua cawangan Mydin. ThunderStorm SDN BHD selaku pembekal produk tersebut turut meminta maaf kepada semua pengguna islam di Malaysia. Pihaknya turut memberi penjelasan bahawa mereka tiada niat untuk mempersendakan islam.


Wednesday, 5 February 2014
PENCERAHAN TENTANG KADAR HARGA TARIF BARU PREMIUM INSURANS KENDERAAN
Kadar harga tarif baru premium insurans kenderaan (kereta atau motor) tahun 2014. Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baru tarif insurans kenderaan untuk tahun 2014, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23. Tarif baru itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari 2014, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula. Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.
Kadar Harga Tarif Baru Insurans Kenderaan 2014
Nota Penting: (Dalam kurungan) adalah tarif 2013 manakala tanpa kurungan adalah tarif terkini 2014
Faktor Kenaikan Insurans Kenderaan 2014
- Tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat.
- Kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.
- Memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.
Tarikh Berkuatkuasa Kadar Insurans Baru Kenderaan 2014
Tarif terbaru itu akan berkuatkuasa mulai 15 Februari 2014.
Tuesday, 4 February 2014
BERITA KENAIKAN INSURANS MOTOR 15 PERATUS MULAI 15 FEB 2014
adakah benar berita ini?minta pencerahan....
Berita terkini insuran kenderaan kereta naik 15 peratus mulai 15 Februari 2014. Antara punca utama kenaikan insuran kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat dengan begitu ketara. Di samping itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat. Surat rasmi ini daripada persatuan Malaysian Takaful Association bertajuk “New Motor Cover Framework – Gradual Premium Adjustment” juga turut memaklumkan akan kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014.
Insuran Kenderaan Kereta Naik Mulai 15 Februari 2014
Sumber: Berita Insuran Kenderaan Kereta Naik Mulai 15 Februari 2014 | melvister.com
PERJELASAN ISU NOMBAR AKAUN BARU 10 DIGIT CIMB
Penjelasan isu nombor akaun baru 10 Digit CIMB Bank. Ramai yang tertanya mengenai adakah nombor akaun lama CIMB masih boleh digunakan setelah pihak CIMB menukar nombor akaun pengguna secara automatik. Menerusi penjelasan dari pihak CIMB, nombor akaun lama masih boleh lagi digunapakai seperti biasa namun pengguna dinasihatkan supaya menggunakan nombor akaun 10 digit CIMB yang baru. Terdahulu, CIMB telah menjalani proses naik taraf sistem selama tiga hari mulai 31 Januari 2014 hingga 3 Februari 2014.
Antara Pertanyaan Isu Nombor Akaun Baru CIMB Bank
1. Nombor akaun CIMB yang lama boleh guna tak?
Jawapan: Nombor akaun lama anda masih boleh diterima dan digunakan seperti dulu. Nombor akaun baru sahaja yang akan tertera di ATM, CIMB Clicks dan penyata anda.
Monday, 3 February 2014
GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU KOTA KINABALU
Gegaran gempa bumi di Ranau Kota Kinabalu KK Sabah pada 1 Februari 2014. Dilaman sosial, ramai pengguna yang menetap disekitar kawasan Ranau, Inanam dan Tuaran mendakwa bahawa mereka merasai gegaran yang berlaku sekitar jam 7.35 petang tadi. Menerusi makluman dari Jabatan Metereologi Malaysia, dakwaan itu adalah benar dimana sebuah gempa bumi berskala 4.8 Richter telah berlaku dan dirasai terutamanya di Ranau. Gegaran akibat gempa bumi itu dipercayai berpusat dari 16km arah Timur Laut Ranau, Sabah.
Kenyataan Rasmi Jabatan Metereologi Malaysia
Kenyataan Saksi Isu Gegaran Di Sabah Menerusi Laman Sosial
Kenyataan Akhbar Gempa Bumi Di Sabah

ISU NASI LEMAK PENERBANGAN MAS CETUS KONTROVERSI
Isu nasi lemak penerbangan MAS cetus kontroversi. Semua ini bermula apabila Chef Wan yang dalam penerbangan menuju ke Bangkok dihidangkan dengan Nasi Lemak yang serba kekurangan. Chef Wan turut kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis. Ianya cukup memalukan kerana ianya dihidangkan oleh syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dan makanan tersebut melambangkan identiti negara kepada pelancong asing.
Kenyataan Chef Wan Menerusi Facebook Pada 29 Januari 2014
Penjelasan MAS Isu Nasi Lemak
MAS dalam satu kenyataannya, Pihak MAS akan terus mempertingkatkan mutu penyediaan makanan mereka. Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi berkenaan ketika penerbangan ke Bangkok dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan Malaysia Airlines.
Komen Pramugara MAS Hangatkan Lagi Kontroversi
Seorang pramugara MAS menghangatkan lagi kontroversi apabila membidas kenyataan Chef Wan yang mengkritik isu penyediaan tidak sempurna nasi lemak MAS. Menurutnya, krew penerbangan tidak sempat potong timun kerana kekangan masa.

Sunday, 2 February 2014
BERITA PALSU SINARAN COSMOS MEMASUKI BUMI PADA 30 JANUARI 2014
Berita palsu sinaran cosmos atau kosmos memasuki bumi pada 30 Januari 2014. Laporan mesej berantai itu mendakwa bahawa sinaran kosmos akan memasuki bumi pada sekitar jam 12.30 pagi hingga 3.30 pagi dan membahayakan orang awam. Untuk pengetahuan, pihak NASA atau BBC tidak pernah mengeluarkan dakwaan tersebut pada ketika ini. Menerusi siasatan lanjut, artikel itu dipercayai disebarkan sejak 27 September 2013 yang lalu. Kenyataan rasmi pihak media antarabangsa turut mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Individu yang tidak bertanggungjawab telah mengolah berita tersebut untuk kepentingan tertentu.
Antara Petikan Tersebar Dilaman Sosial
Petikan Berita Palsu Sinaran Cosmos Memasuki Bumi 30 Januari 2014
Malam ni pada pukul 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dari marikh. Sila matikan telefon pada waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya.
Antara Contoh Petikan Asli Isu Sinaran Cosmos (Hoax)
Maksud Sebenar Sinar Kosmos
Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Istilah “sinar” sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.
Saturday, 28 December 2013
BERITA PALSU IKAN NAIK PELANTAR MINYAK SEKITAR PERAIRAN TERENGGANU TERSEBAR
Berita palsu ikan naik Pelantar Minyak sekitar perairan di Terengganu tersebar. Pada 25 Disember 2013, kecoh dilaman sosial apabila telah berlakunya fenomena ribuan ikan naik ke pelantar minyak justeru menggemparkan pekerja disitu. Menerusi khabar tersebut yang disertakan sekeping foto, dilaporkan ikan lumba-lumba, ketam dan segala kehidupan laut lari ke persisiran pantai di Terengganu.
Hasil siasatan mendakwa gambar yang tersebar sangat meragukan berikutan imej yang kabur dan langsung tidak kelihatan kelibat ribuan ikan seperti yang dilaporkan. Selain itu, tiada bukti yang kukuh seperti rakaman video dan sebagainya untuk menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Laporan Yang Tersebar Ikan Naik Di Pelantar Minyak Di Terengganu
Berita Palsu Ikan Naik Pelantar Minyak Di Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)