Wednesday, 5 February 2014

PENCERAHAN TENTANG KADAR HARGA TARIF BARU PREMIUM INSURANS KENDERAAN


Kadar harga tarif baru premium insurans kenderaan (kereta atau motor) tahun 2014. Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baru tarif insurans kenderaan untuk tahun 2014, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23. Tarif baru itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari 2014, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula. Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Kadar Harga Tarif Baru Insurans Kenderaan 2014
tarif

Nota Penting: (Dalam kurungan) adalah tarif 2013 manakala tanpa kurungan adalah tarif terkini 2014

Faktor Kenaikan Insurans Kenderaan 2014
  • Tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat.
  • Kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.
  • Memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.
Tarikh Berkuatkuasa Kadar Insurans Baru Kenderaan 2014
Tarif terbaru itu akan berkuatkuasa mulai 15 Februari 2014.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...