Sunday 2 February 2014

KADAR DIVIDEN TABUNG HAJI 2013 DIBAYAR MULAI 2014



Dividen dan bonus Tabung Haji pada kewangan akhir tahun 2013 akan dibayar mulai tahun 2014. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

TAbung-haji
Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional. Tabung Haji turut mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendeposit

Fakta Pendapatan Tabung Haji 2013
  • Pendapatan keseluruhan Tabung Haji bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
  • Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
  • Tabung Haji mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
  • Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.

1 comment:

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...