Tuesday 29 January 2013

Sambungan Dari Perubatan Barah cara Tradisional

Salam semua...

Disini saya ingin menyambung kembali akan perubatan barah secara tradisional ini....
Dalam Entry sebelum ini...saya terlupa untuk memberi sedikit profil tentang pengamal perubatan ini iaitu Haji Che Awang Bin Chik...InsyaAllah, dalam Entry ini akan saya kembangkan sedikit akan salasilah keluarga Haji Che Awang.

Untuk pengetahuan semua..Haji Che Awang dilahirkan di Kampung Periok,Chabang Empat Tumpat Kelantan....Beliau adalah anak tunggal dalam keluarga...Beliau Mempunyai 8 orang anak dan seorang isteri.....

Cara beliau berubat adalah dengan menggunakan ayat2 suci Al-Quran....dan sedikit tepung tawar dan air tawar untuk disapu pada tempat yang sakit...Rumah beliau sentiasa dikunjungi oleh org ramai yang ingin mendapatkan rawatan...saya syorkan kalau anda tidak mahu menunggu lama sila datang selain hari jumaat..Ini adalah kerana  Hari Jumaat sentiasa di penuhi orang ramai yang ingin berubat,mungkin anda terpaksa menunggu lama.....

P/s....untuk Entry seterusnya saya akan upload gambar Haji Che awang dan bagaimana situasi cara  rawatan yang beliau lakukan.

Monday 28 January 2013

PERUBATAN BARAH CARA-CARA TRADISIONAL DAN LAIN-LAIN

Salam rakyat Malaysia...

Setelah 3 Hari Bercuti....Blog pon sama bercuti disebabkan Demam..hihihii...
Pada minggu ini saya ingin mengetengahkan tentang perubatan barah secara tradisional...
Saya mengenali pengamal perubatan ini secara mendalam sekali...beliau seorang peramal perubatan yang amat berdedikasi sehingga pesakit yang datang berasa selesa kerana beliau sentiasa tersenyum dan menyambut pesakit yang datang dengan hati yang terbuka....Beliau adalah Haji Che Awang Bin Chik atau pok su wil..berasal dari Chabang Empat,Tumpat Kelantan.


20130128_170238.jpg


Beliau pakar dalam mengubati barah pembunuh utama wanita negara malaysia iaitu barah payudara
Saya ada juga bertanya kepada para pesakit yang datang tentang keberkesanan perubatan ini...pesakit  menyatakan sakit makin berkurang...Alhamdullillah..ada pesakit yang datang mengakui akan keberkesananya dan telah datang kembali dengan tujuan yang sama.
selain dari itu pengamal perubatan ini juga boleh mengubati lain2 barah iaitu barah usus...barah dalam rahim..sakit gigi...begok...bengkak gusi...dan banyak lagi lah...

Pesakit beliau tidak hanya penduduk sekitar tetapi merata di malaysia ini....
Para wanita yang mempunyai penyakit barah payudara usah berasa malu untuk berubat kerana sudah ramai yang hadir mengatakan sudah berasa beransur hilang rasa sakit....
tidak salah jikalau mahu mencuba perubatan tradisional ini berbanding perubatan moden...
kerana perubatan moden terlalu banyak kesan sampinganya..
perubatan tradisional ini hanya berpantang makan dari makanan yang sejuk-sejuk..Untuk mengetahui ape jenis makanan itu kenalah bertanya kepada Haji sendiri....
"setiap penyakit itu ada ubatnya"kita lah yang kene berusaha untuk mencarinya...

p/s......................Saya akan mengemaskini kan lagi Kisah Cara pengamal perubatan barah cara tradisional ini.






Monday 21 January 2013

Sebuah Filem Hebat.....

Prebet Lapok....

Sebuah filem sekitar tahun 80an yang berjaya menaikkan semangat patriotik Rakyat Malaysia



Filem arahan Aziz Satar ini dilakonkan oleh A.R Badul dan Tawil...dua kombinasi yang serasi dengan lakonan tawil yang bersahaja....

Kepada Penonton alaf baru cuba-cuba lah menonton filem ini kerana ia amat bermutu,penuh dengan nasihat dan amat berguna untuk dijadikan pedoman dan pembakar semangat.



Suara Panggilan ku
Dengarlah suara panggilan ku
Marilah warganegara
Tugas utama tugas mulia
Menjadi tentera kita

Marilah pemudi pemudaku
Bersatu bertambah mutu
Menjunjung titah rukun negara
Itulah tugas tentera

Marilah kita berikrar
Bersatu dan berbakti
Tentera di darat laut udara
Marilah contohi

Lihatlah di sini tanah air ku
Di sini kita berjumpa
Warganegara para belia
Bersatu dalam tentera


(Ulang rangkap 2, 3 & 4)

rukun negara, titah baginda, panji-panji mulia .....


Hoi Kawan-kawan

Hoi kawan-kawan
Apa guna duduk diam saja
Senangkan hati
Ayuh mari menyanyi

Hoi kawan-kawan
Jangan takut jadi tentera
Baik di darat atau laut
Udara tentera bersedia

Jikalau kita dalam tentera
Mestilah bersiap sedia
Jangan lah asyik ingat bini
Musuh datang kau kentut cabut lari

Hoi dengar kawan
Jangan muram termenung-menung
Adat kekasih kena tinggal
Kini kau dah pula jadi baral

Hoi mari kita
Bergembira beramai-ramai
Pergi berjuang
Pertahankan tanah yang permai

Hoi ayuh kawan
Terus maju hayunkan tangan
Berbaris kita tegak sedia
Menghancurkan musuh negara

Bila ku sudah tamat nanti
Tentu ku naik pangkat lagi
Tapi ingat bila jumpa musuh
Jangan kecut jangan cuba nak cabut

Hoi kawan-kawan
Mari kita senangkan hati
Mari menyanyi bergembira
Jadi tentera yang berjasa
Berbaris kita tegak sedia
Menghancurkan musuh negara!!!!



Kuala Lumpur suatu Masa.....

Kuala Lumpur Sebelum Kegemilangan.....

 Kuala Lumpur sebelum mencapai kemajuan pesat.....


Kuala Lumpur ketika masih muda....masih baru...




Kuala Lumpur Kini.....




kuala lumpur 2011 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Sunday 20 January 2013

Martika

Sekiranya Malaysia Diserang Alien atau UFO......



Martika

Sebuah Novel hasil karya lamia aimal...iaitu Martika
Sebuah novel yang unik kerana ia merupakan kisah percintaan dua insan...tetapi berlatar belakangkan negara malaysia diserang alien atau makhluk asing
Negara diserang oleh alien ketika martika keluar rumah untuk membeli belah...
kiranya martika ni macam heroin la....bertemu plak sorang mamat didalam pasaraya tersebut..
kisah percintaan mereka bermula ketika malaysia bergolak dengan kehadiran alien..

Novel ini adalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka...Boleh didapati di DAWAMA sdn.Bhd.
Masa Mencari Novel ini..Hanya terdapat 2 Naskah sahaja lagi..satu Sudah saya perolehi...Jadinya Tinggal satu aje lah lagi...

Novel ini endingnya hepi Ending .....


"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

JIBAM
"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

begitulah tagline novel Jibam yang ditulis oleh Ujang ni, sangat menyentuh hati sesiapa yang membacanya..mula kenal novel jibam masa tingkatan 4..masa tu  kongsi baca dengan kawan2 sekelas...seminggu sorang pinjam...novel jibam ni bukan sebarangan Novel...novel yang penuh dengan pengajaran,pengalaman dan pedoman.....



tapi apa yang aku dapat dari tagline ni adalah sebenarnya seperti memberitahu akan jangan la terlalu cepat menghukum sesorang tanpa usul periksa..Kelak makan diri sendiri...Manusia yang terlalu tamakkan harta dunia sehingga sanggup membunuh rakan sendiri demi kepentingan peribadi....sanggup menuduh.menghina,mengeji akan kekurangan jibam sehingga dia sendiri yang mengalaminya...suasana di kg belulang juga banyak mengingatkan kita pada zaman penerokaan hutan untuk dijadikan kampung atau tanah rancangan...syabas jibam..sebuah novel untuk para remaja untuk motivasi kan diri.

Sinopsis



Suman berpindah ke penempatan baru, meneroka tanah2 oleh kerana mahu lari dari realiti pahit yang bercanggahan dengan agama bilamana dia dianggap dukun yang hebat oleh orang kampungnya sebelum ini, mampu menghilangkan luka dengan amalan2 tertentu. Tidak mahu menjadi riak dan takbur, dia berpindah, namun di kampung barunya, Piah, isterinya, telah melahirkan anak, namun anak ketiganya ini berbeza dengan anak2 yang sebelum ini, 'istimewa' adalah perkataan yang tepat untuk anaknya ini. Tuk Ngah Sudin, kawan baiknya yang dibawa menumpang ditanah yang diteroka, pada mulanya bersyukur, kemudian telah berniat jahat untuk merampas tanah rakannya itu demi dibuat harta peninggalan buat anaknya, dan rancangannya berhasil, dia telah membunuh rakannya itu dengan menolaknya jatuh ke lereng yang penuh dengan buluh2 tajam, membunuh rakannya itu serta merta. Dengan bantuan anaknya yang juga pegawai daerah, kebanyakan tanah2 Suman telah diletakkan dibawah namanya di dalam geran, menjadikan dia pemilik tanah2 tersebut. Beberapa tahun selepas itu, Kadir aak Suman yang kedua mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan ingin mengesyaki ayahnya itu hilang gara2 Tuk Ngah Sudin, Fakir, anak sulung Suman pula tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut, di dalam kepalanya hanyalah ada Miah, anak Tuk Ngah Sudin yang ingin dikahwininya walaupun terpaksa menggadai tanah ayahnya untuk belanja kahwin. Jibam, anak bongsu Suman pula tidak habis2 di tindas oleh orang kampung, dipukul, dibuli, dibelasah semahu2nya kerana kecacatannya oleh insan2 yang dahulunya menumpang ditanah Suman seperti Usin Singai, Tuk Ngah Sudin. Namun segala misteri kehilangan Suman terjawab, apabila Usup Kidung, rakan baik Suman, menemui mayatnya jauh di dalam hutan, namun bukti - bukti yang dijumpai tentang penglibatan Tuk Ngah Sudin tidak dihebohkan, kerana mahu mengelakkan dari pertumpahan darah berlaku antara Tuk Ngah Sudin dan anak2 Suman, Fakir dan Kadir. Tuk Ngah Sudin yang semakin tidak waras akibat rasa takutnya terhadap rahsianya yang akan terbongkar akhirnya gila dan menjadi kawan baik Jibam yang dahulu dibenci, kini Jibam tidak lagi berseorangan
 
Novel terbaik dari Ujang buat semua....amik pengajaran dan jadikan pedoman..
 

Saturday 19 January 2013

Ulama Terengganu

 Haji Abdul Rahman Limbong



Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi yang sangat menarik dan warak. Beliau juga seorang ulama pejuang menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Sumber sejarah menerangkan bahawa ayahanda beliau berasal dari keturunan Patani. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak dapat dipastikan. Tapi dari sekian banyak maklumat dan rujukan dapat dipastikan beliau dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M.
Semasa kecilnya, seperti kanak-kanak lain, beliau dihantar oleh ayahandanya untuk mendalami pengajian agama Dan sememangnya di zamannya, perkembangan Islam cukup pesat. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima pendidikan agama. Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi beliau menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain di Makkah. Setelah dewasa, beliau dibawa semula kembali ke Terengganu. Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian yang begitu banyak di zaman itu mendorong beliau untuk mendalami lagi pengajian agama. Di antara pondok-pondok yang terdapat di jajahan Terengganu, pondok Tokku Palohlah yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelajar. Timbullah keinganan beliau untuk mengaji di pondok Tokku Paloh. Sebelum itu, sebagai persiapan ke pondok Tokku Paloh, beliau terlebih dahulu berguru kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga
dalam pelajaran nahu saraf dan feqah. Dan beliau dikatakan hanya mengambil masa selama kira-kira dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaran tersebut.

Dikatakan juga bahawa Haji Abdul Rahman Limbong sebagai seorang murid yang agak luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dengan itu beliau mampu untuk mengajar murid-murid Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Dan sememangnya sejak kecil lagi telah terlihat pada diri beliau tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah.
Setelah tamat mengaji kepada Haji Yaakob Paya Bunga, beliau mengaji pula kepada Haji Wan Musa. Dengan ilmu yang telah diperolehi dari Haji Yaakob Paya Bunga dan Haji Wan Musa, barulah beliau mula untuk merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari tempat kediaman beliau, terpaksalah beliau berulang alik menaiki perahu. Semuanya ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mendalami lagi pengetahuan agama. Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman beliau sebelum mereka terkenal sebagai seorang ulama terkemuka.
Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya menjadi khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas sebagai menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di kolah surau dan sebagainya. Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama sufi demi peningkatan rohani. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya mereka menjadi tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka. Dan ini juga merupakan salah satu proses pendidikan tasauf demi untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa.
Lama kelamaan, kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh. Timbul rasa kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya untuk belajar. Dan akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku Paloh dan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain.
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa. Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Segala suruhan serta arahan guru-gurunya, dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera. Apabila berhadapan dengan tuan gurunya, Tokku Paloh, beliau tidak pernah untuk mengangkat muka, betapalah pula untuk bertentangan mata. Kerana semuanya ini merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin.

Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta baik akhlaknya, maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh begitu sayang dan kasih terhadap beliau. Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. Dan akhirnya ternyata bahawa Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta perjuangan yang dilaksanakan oleh Tokku Paloh.

Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh, membuat kerja yang berbagai-bagai, maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa pun. Dan apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya di celah-celah atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain.
Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah, maka dengan tidak secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan tarekat tersebut. Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai satu tarekat yang cukup terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Di gugusan Kepulauan Melayu, tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan memenuhi pondok-pondok pengajian di masa itu. Dan oleh kerana itu, peranan tarekat ini cukup besar sekali dalam pembentukan masyarakat Islam di sebelah sini.
Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah, lahirlah pada diri beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud, merendah diri, berakhlak tinggi dan sebagainya. Di antara sikap beliau ialah tidak suka menonjolkan diri walaupun beliau boleh dikatakan sebagai murid yang terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh kerana itu kita dapat difahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari murid-murid Tokku Paloh yang lain. Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala pelajaran secara bersendirian. Keadaan seumpama ini adalah melambangkan keperibadian seorang yang layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Sebab itu tidak hairan mengapa orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang ramai.

Bila Berjalan Jauh Pandangan....Tengok Kiri Dan Kanan kutiplah Pengalaman....

Wakaf Che Yeh Mewarnai di Malam Hari.....



Sesiapa yang berkunjung ke Kota Bharu pastikan tidak terlepas peluang ke Wakaf Che Yeh kerana disitu bakal menyajikan pelbagai keperluan baik dari pakaian harian....pelbagai kasut...buah-buahan...sayur-sayuran dan banyak lagi....



Berada di Wakaf Che Yeh ini sama la dengan uptown atau downtown di kuala lumpur....bezanya harga disini jauh lagi murah dan boleh tawar-menawar.....


wakaf che yeh juga tidak terlepas dengan warna warni dan ceritanya....sekiranya berkunjung sila hati-hati dengan dompet dan beg tangan anda kerana jenayah ragut seringkali berlaku....
selain itu,parking disini juga berbayar Rm2....ada yang haram dan halal...jadinya pandai-pandailah memilih.....



Kawasan sekitarnya juga terdapat banyak restoran bagi mengisi perut yang kelaparan apabila penat berjalan......jadinya kepada pengunjung pilih la mana yang berkenan....



Tuesday 15 January 2013

Asal Usul Nama Kampung Chendering


Menurut kata-kata orang tua terdahulu:-

Nama asal usul Mukim Chendering diambil dari perkataan "China Ring". Mengikut cerita lisan, pada sewaktu dahulu seorang pedagang berbangsa Cina yang dipanggil Ring telah dijumpai di hujung tanjung dekat dengan pantai. Daripada perbualan dari mulut ke mulut,lama ke lamaan nama pedagang cina tersebut telah menjadi cendering"cina mana.....tu la cina ring"kata orang-orang tua terdahulu.

Monday 14 January 2013

Perjalanan


Bila Berkunjung ke Chendering rugi kalau tidak pekena nasi dagang.....

Kalau mahu makan nasi dagang paling popular di Negeri Terengganu Nie...Cari la Mak Ngah Nasi Dagang..
Kedainya bersebelahan Masjid Sultan Ismail di Chendering.
Kepuasan sebenar akan terbukti......




masjid Sultan Ismail Chendering ( kini sudah boleh digunakan )


Berkunjunglah ke Chendering........Panorama Menarik Menanti semua....

chendering dahulu

Zaman Kegemilangan Bus Mini






Untuk ke Chendering Dari Bandar Kuala Terengganu sila amik bas No.13....Tambang Hanya 50cent....sentisa penuh sampai tangga....sekarang semua dah tiada lagi....


Kenangan dulu-dulu anak bangsa alaf baru pasti tidak merasa berhimpit-himpit dalam sebuah bus mini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...