Tuesday 29 April 2014

GARIS PANDUAN BARU BAUCER BUKU 1 MALAYSIA





  • baucar buku
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja, berkuatkuasa pada 1 Mei depan.

Menurut Kementerian Pendidikan, langkah ini diambil selaras garis panduan yang baharu dan bagi memastikan pemberian BB1M mencapai matlamatnya.

"Selain itu, kelonggaran yang  membolehkan mahasiswa mengguna sebanyak 20 peratus daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku turut dimansuhkan.

"Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan BB1M dan menghargai aduan berkenaan penyalahgunaan daripada orang ramai," katanya yang dipetik dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan memperkenalkan BB1M sejak 2012 bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga kini, BB1M dimanfaatkan lebih 3.9 juta mahasiswa pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia dengan peruntukan RM890 juta.

Bagi tahun 2014, peruntukan sejumlah RM325 juta diluluskan kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta mahasiswa.

Sementara itu, kenyataan itu turut menambah, garis panduan tersebut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku iaitu mana-mana pekedai buku yang didapati bersalah menyalahgunakan BB1M akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut.

Langkah ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan BB1M.

"Adalah diharapkan tidak akan berlaku kekeliruan di antara pekedai buku dan mahasiswa dalam pindaan garis panduan BB1M ini.

"Garis panduan ini dapat memudahkan kedua-dua pihak dan diguna dengan sebaiknya selaras dengan objektif BB1M," katanya.

Maklumat lanjut mengenai pindaan garis panduan tersebut boleh didapati melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan www.moe.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia BB1M melalui e-mel bb1m@moe.gov.my.

WUJUDKAH PONTIANAK??????




  • Pontianak Jalan Sungai Ular?Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.
 1 / 2 
SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.


Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Monday 28 April 2014

KAPAL TERBANG JATUH LAGI...





Kelihatan kapal terbang hampir terbelah dua selepas terjatuh. - Foto ihsan pembaca Sinar Harian oleh KOPERAL RADUAN AYOB

SHAH ALAM - Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia  Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit.




Sunday 27 April 2014

SALAM HARI ISNIN....SELAMAT BEKERJA


SALAM BUAT SEMUA WARGA...TEMPUHI HARI ISNIN DENGAN PENUH BERHEMAH





SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA PEKERJA-PEKERJA DI MALAYSIA - 1 MEI 2014 CUTI UMUM



Cuti umum khamis 1 Mei 2014 sempena Hari Pekerja di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam hari kelepasan AM, hari pekerja atau dikenali sebagai hari buruh yang diraikan pada setiap 1 Mei merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Hari pekerja diraikan bagi menghargai jasa seorang pekerja dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, pihak kami ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh individu yang bergelar pekerja di Malaysia.

hari

Saturday 26 April 2014

JOM MINUM PETANG.... KETUPAT SOTONG TERENGGANU

KETUPAT SOTONG

Suatu Nama Yang Cukup Mengiurkan,Mengkecurkan air liur pabila terpandang akan menu terbaik ini.

Dengan sotongnya yang amat lembut ditambah dengan pulut yang masak ranum di dalam sotong tersebut...dan apabila di sekalikan dengan santan kelapa pasti akan membuatkan ia nampak berlemak....Wow!!!!!!!!!!!!!!!!...Itulah ketupat sotong..Hidangan menu petang bersama Teh o Panas....Pasti Ingatan akan tertumpu pada menu sahaja...



Jom Layannnn....




GEMPAR - POCONG DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG



  • Pocong di tengah jambatan kedua?Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.
 1 / 1 
BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

SUBHANALLAH!!!...GAMBAR KUBUR BERCAHAYA-RENUNGAN UNTUK SEMUA




Gambar kubur jenazah Haslinatul Adlin Binti Abdullah Halimi bercahaya milik pesakit kanser telah menggemparkan pengguna dilaman sosial. Insiden dipercayai berlaku ketika majlis pengebumian Allahyarhammah Hasnilatul Adilin di Tanah Perkuburan Changkat Jering, Perak. Punca kematian adalah disebabkan barah payudara dan mangsa meninggal dunia pada 20 April 2014 yang lalu. Menariknya, kuburnya dikatakan bercahaya sewaktu jenazah hendak dikebumikan dan foto insiden pengebumian tersebut telah mendapat perhatian umum dilaman sosial.

Gambar Kubur Pesakit Kanser Bercahaya



Thursday 24 April 2014

KEMANAKAH SIFAT KEMANUSIAN....



ZALIMNYA MANUSIA




LOS ANGELES - Seekor burung undan yang cedera selepas kantung pada paruh haiwan itu dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab berjaya diselamatkan oleh Badan Penyelamat Burung Antarabangsa.
Burung itu dijumpai dalam keadaan lemah di Long Beach di sini pada 16 April lalu.
Badan Penyelamat Burung Antarabangsa percaya kantung haiwan itu dipotong dengan pisau atau objek tajam menyebabkan ia tidak dapat mencari makanan.
Pihak berkuasa California kini menawarkan ganjaran sebanyak AS$2,500 (RM8,170) kepada individu yang dapat memberi maklumat berhubung mereka yang melakukan perbuatan tersebut. - AP


Wednesday 23 April 2014

SEJUK MATA MEMANDANG


INDAHNYA...NYAMANYA...SEJUKNYA MATA MELIHAT


 Indahnya Ciptaan-Mu ya Allah.........


GELAGAT SELASA


SELASA YANG BEGITU BERSEMANGAT BEKERJA










Tuesday 22 April 2014

OPERASI BAS DUA TINGKAT DITANGGUHKAN




Putrajaya: Operasi bas dua tingkat akan ditangguhkan sementara waktu bermula bulan depan membabitkan enam laluan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Menurutnya, enam laluan berkenaan termasuk Genting Highland, Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Frazer, Gunung Jerai dan Bukit Larut. 

SEKADAR GAMBAR HIASAN


"Kita akan menyerahkan notis pemberitahuan kepada syarikat bas yang berkenaan dalam tempoh dua minggu. 

"Penangguhan ini adalah sehingga kajian dan kelemahan berhubung isu bas dua tingkat selesai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, semua pemandu bas ekspres perlu menjalani ujian air kencing bermula hari ini.

Katanya, ujian berkenaan akan dibuat setiap hari di terminal bas di seluruh negara.

BEBAS KEWANGAN- APE PERASAAN?

PASTIKAN LANGKAH KITA TEPAT










Sunday 20 April 2014

GELAGAT ISNIN

SELAMAT HARI ISNIN.....

Jom Bekerja-Bersemangat bekerja di pagi isnin

Jangan Lupe bersarapan




METEOR TERBAKAR DIRUSIA






MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta.
Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin.
Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap.
"Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube.
"Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya. - Agensi

DIMANAKAH KESILAPAN KITA ATAU FAKTOR LAIN-IA BERMUSIM-PENGUATKUASAAN JUGA BERMUSIM











i-BRIM




Apakah i-BR1M? 
i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan 
membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat 
kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh 
konsortium pengendali Takaful. 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M? 
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala 
penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M. 

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M? 
Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ 
kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut. 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat? 
Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di: 


a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my 
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my 

c. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian 

www.hasil.gov.my
I Brim Berkuat kuasa dari 1 Januari 2014- 31 Disember 2014





Wednesday 16 April 2014

SUAI KENAL SESAMA BLOGGER




Alhamdulillah, semalam telah selamat sesi suaikenal antara Blogger dengan anakchendering
Banyak yang dibualkan,serta bertanya khabar.....
Semuanya gembira dengan perjumpaan ini.....
Bersama-sama berbincang dalam meneruskan lagi aktivi sampingan di masa akan datang


Hanya sekeping Gambar aje yg sempat diambil disebabkan bateri hp telah kehabisan
akan terus diupload apabila blogger yang hadir akan share lagi gambar dari blog masing2

SESI PERJUMPAAN TT DENGAN BLOGGER








   Ngetea Kito Male Nie!!!!!!!

 SeSi PerjumPaan Antara Blogger Www.AnakChendering.Blogspot.com

Pada

16/04/2014
Bertempat : Restoran Ayu-Didalam Noor Arfa Batik,Chendering
Berhampiran Sungai Kuala Ibai.

Jam : 10 Malam

p/s : Bawak Anak Bini sekali..Bleh suai Kenal antara Blogger......hihihih

ZALIMNYA MANUSIA....SEDIH MELIHAT PENYU-PENYU YANG HAMPIR PUPUS NI DIBUNUH KEJAM



Gambar penyu dibunuh kejam di sekitar kepulauan Bum-Bum dan Kulapuan, Semporna Sabah. Menerusi laman sosial, kecoh dengan penyebaran beberapa keping foto yang mendakwa beberapa ekor penyu telah dibunuh kejam demi kepentingan tertentu. Daripada foto yang dikongsikan oleh saksi, dapat dilihat daging setiap penyu tersebut telah disiat dan bangkainya dibuang ke laut. Untuk info, penyu adalah salah satu spesis hidupan laut yang terancam dan semakin pupus. Adalah satu kesalahan besar jika membunuh hidupan marin yang terancam dan kes boleh disiasat dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.








Tuesday 15 April 2014

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH-15 APRIL 2014





Satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar 'bulan berdarah' berlaku semalam.
Gerhana tersebut yang menyebabkan bulan kelihatan merah seperti darah boleh disaksikan oleh penduduk di selatan dan utara Benua Amerika.
Fenomena 'bulan berdarah' kali ini merupakan yang pertama daripada empat gerhana serupa yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang.
Gerhana itu berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. - Agensi

Monday 14 April 2014

SYABAS BUAT BOMBA BACHOK-BESAR JASA MEREKA BUAT PENDUDUK KG KUBANG TELAGA



Fakaruddin Berahim (kiri) bersama anggotanya mengisi air ke dalam tangki bagi pengurusan jenazah Zakari Mat Hassan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, Kelantan, semalam.


BACHOK 13 April - Ketiadaan bekalan air di Kampung Kubang Telaga di sini sejak lebih tiga bulan lalu menyebabkan sebuah keluarga terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menguruskan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal semalam.

Jenazah Zakari Mat Hassan, 66, yang meninggal dunia kira- kira pukul 3.15 petang itu dimandikan selepas tiga jam dengan bantuan bekalan air daripada pihak bomba.
Menurut abang iparnya, Mohd. Salleh Zakaria, 63, Zakari sebelum itu bermain wau di padang berdekatan dan mandi di parit berhampiran memandangkan ketiadaan bekalan air di rumahnya.

“Dia (Zakari) yang tiba di rumah kemudiannya mengadu sakit dada sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kubang Telaga, Rosle Abdul Kadir berkata, dia yang dimaklumkan me­ngenai kejadian itu terpaksa mengadakan perbincangan dengan penduduk apabila sukar mendapatkan bekalan air bersih untuk memandikan jenazah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dengan keadaan air perigi yang hampir keseluruhannya kering akibat kemarau manakala jarak sungai yang jauh dari rumah Allahyarham telah menimbulkan kesulitan untuk menyempurnakan jenazah.

“Saya terpaksa menghubungi bomba dan penyelamat Bachok dan memohon mereka menghan­tar bekalan air bagi urusan me­nyem­purnakan jenazah.
“Alhamdulillah pasukan bomba bersama jenteranya yang tiba pada pukul 6 petang berjaya meleraikan kebuntuan semua pihak termasuk ahli keluarga Zakari mendapatkan bekalan air," katanya.

Tambahnya, jenazah yang dimandikan itu kemudian disema­dikan di tanah perkuburan Islam berhampiran kira- kira pukul 10 malam tadi.
Dalam pada itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Fakaruddin Berahim berkata, ia adalah kes pertama pada tahun ini dalam urusan memandikan jenazah.

“Keadaan bekalan air sejak kebelakangan ini semakin kritikal. Kami banyak dapatkan sumber air terbuka (sungai dan parit) berbanding pili bomba yang ketiadaan," katanya.


COLGATE ROADSHOW- KOTA BHARU 25-26 APRIL 2014






Pacific KB Mall, Kota Bahru, Kelantan

25 - 26 April

12.30pm to 3.30pm , 5.30pm to 8.30pm



BAWA ANAK,IBU,KAKAK,ADIK,AYAH DAN SEMUA
JOM CHEK GIGI

BUDAK MAUT VAN TERJUN LOJI KUMBAHAN-JOHOR BHARU


Johor Bahru: Seorang murid tadika Kemas berusia empat tahun maut manakala lima lagi cedera apabila van sekolah dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, tengah hari tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran.

Lima lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Danial Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Md Gefri, 6; dan Sakinah Roslan, 5.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada van yang diparkir menggelongsor dan merempuh pagar sebelum terjunam ke dalam kolam kumbahan berkenaan.
Foto

Difahamkan, wanita pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di situ bagi mengambil semua mangsa dari tadika Kemas berhampiran.

Sunday 13 April 2014

PROGRAM BULAN MADU KALI KEDUA-TERENGGANU








“Program ‘bulan madu kali kedua’ untuk pesara yang dianjurkan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) wajar diteruskan,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah.
Katanya, program ini amat berguna kepada pasangan pesara dan mendapat respons baik daripada golongan itu.
“Daripada maklum balas yang diterima, program tersebut amat sesuai untuk golongan pesara malah turut memberi manfaat kepada kehidupan seharian mereka.
“Jabatan dan agensi kerajaan yang mengendalikan program ini diharap dapat bersatu padu menjayakan dan dapat meneruskannya pada masa akan datang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 PPKM Bahagian Terengganu, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato’ Mohd Yasim Awang.
Turut hadir, Presiden PPKM, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh dan Yang Dipertua PPKM Negeri Terengganu, Dato’ Syed Abu Bakar Abdullah.
Mazlan berkata, selain program tersebut PPKM turut aktif mengadakan aktiviti lain yang bermanfaat untuk ahlinya seperti kursus Celik IT (Teknologi Maklumat) yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian golongan itu.

FESTIVAL kENYIR 2014



29 April - 29 May, 2014 - Pengkalan Gawi, Tasik 
Kenyir

Kenyir Fest promotes Kenyir Lake, the biggest man-
made lake in Southeast Asia. The festival is filled 
with exciting activities for a month, from helicopter 
ride, fishing, power boat and "raja serama", cycling 
expedition, remote control boat demonstration
, paintball, folk sports, cultural performances and 
arts, tax-free sale and more.

Visitors can also go for island hopping such as herbal 
garden, tropical garden, mahseer sanctuary, orchid 
garden and more. Apart from it, you can enjoy the
 beauty of Kenyir Lake famed for its bounty of flora
 and fauna.






DUA puluh kedai jualan barangan bebas cukai beroperasi selama sebulan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sempena Festival Kenyir 2014 yang bermula 29 April hingga 29 Mei depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd. Jidin Shafee berkata, kerjasama pihak penganjur, syarikat jualan barang bebas cukai berdaftar dan Kastam telah digerakkan bagi merealisasikan hasrat itu.
Katanya, ia adalah satu percubaan yang baik ke arah menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan pelancongan bebas cukai pada 2015.
“Festival Kenyir satu-satunya acara dipilih Kementerian Pelancongan untuk diadakan di negeri ini sebagai acara di dalam Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014.
“Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran setengah juta pengunjung sepanjang sebulan festival itu berlangsung,” katanya baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mohd Jidin berkata, senarai kedai itu masih belum ditetapkan kerana masih dalam perbincangan peringkat akhir. Namun katanya, pelbagai barangan berjenama peralatan dapur, makanan dan pakaian terkenal akan dibuka sepanjang tempoh itu.
“Tempoh percubaan ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan berjenama dengan harga yang lebih murah seperti yang terdapat di lokasi bebas cukai seluruh negara,” katanya.
Festival Kenyir melibatkan lebih 50 acara yang meliputi pertandingan, pertunjukan, pameran dan persembahan.
Antara program menarik, Kenyir Fishing Challage, Pesta Makanan Terengganu, Pertandingan Fotografi Tasik Kenyir, Fun Race ATV, Mountain Bike Challange, Fun Race Motocross, Sukan Rakyat, paint ball, pameran Vespa, Motosikal Klasik, Yamaha LC dan Super Bike, pertandingan Raja Serama dan Treasure Hunt Festival Kenyir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...