Sunday 30 March 2014

Saturday 29 March 2014

Wednesday 26 March 2014

Kisah dari Kisah - Kenangan tetap Kenangan....


ZAMAN BERGANTI ZAMAN

Bila masa masih Bayi....Indahnya dunia...Bebas sebebasnya.
Ia ibarat kain putih yang tunggu untuk dicorakkan


Meningkat dari Bayi Ke satu Usia..Masih lagi Bebas untuk Melakukan ape sahaja.Ingin Mencuba berada di dalam tahap ini.


Meningkat Dewasa.....Mula sibuk Dalam menguruskan kehidupan,Melalui Masalah akan timbullah Kehidupan, 

Life will be much sweeter with a problem ... try running it for sweetness in the future ....
Mula berkawan dalam Mencari Pengalaman hidup,Rencah kehidupan yang penuh berliku,pasti akan mengundang kemanisan


Terus berkawan dalam mengejar Cita-cita,demi Mengeratkan silaturahim antara insan
Teruskan Berkawan seramai Mungkin...pasti ada yang terbaik untuk diri sendiri..Kawan yang berguna untuk menasihati di kala waktu luang


Setelah Abis kesemua Fasa...maka Fasa terakhir Tiba...sekiranya ada Bekalan Syukur Ke hadratNya
Fasa yang amat penting Dalam mengenal diri


Pasti Setiap yang Muda akan menjadi Tua..dan Hidup ini Umpama roda yang Berputar seiring zaman

wassalam......Semoga kita semua tidak lalai dalam menguruskan kehidupan.......




PESAWAT MALINDO AIR TERBAKAR ENJIN







Gambar Pesawat Malindo Air Terbakar Ketika Bawa Pemain Bola Sepak Terengganu! : Baru sebentar Malindo Air mengesahkan pesawat Malindo Air telah secara tiba-tiba terbakar.
Berdasarkan semakan Berita Semasa Malindo Air merupakan hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dengan PT Lion Grup dari Indonesia.

Lagi Gambar Pesawat Malindo Air Terbakar Ketika Bawa Pemain Bola Sepak Terengganu!

Pemain Terengganu Zubir Azmi sempat berkongsi detik-detik cemas ketika berada di dalam pesawat Malindo Air OD1804 sekitar pukul 7:35 pagi tadi apabila salah satu enjin kapal terbang Malindo Air terbakar secara tiba-tiba. Pemain pasukan negeri Terengganu, dalam perjalanan pulang ke Rabu bagi meraikan kemenangan setelah berjaya menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang semalam.
Walaubagaimanapun, kapten pesawat Malindo Air berjaya mendaratkan Pesawat malindo Air dengan selamat di Lapangan Terbang Subang. Alhamdulillah.


Tuesday 25 March 2014

P - 3 ORION










  • Lockheed P-3 Orion
    Maritime patrol aircraft

  • The Lockheed P-3 Orion is a four-engine turboprop anti-submarine and maritime surveillance aircraft developed for the United States Navy and introduced in the 1960s. Lockheed based it on the L-188 Electra commercial airliner. Wikipedia


  • Length36 m

  • Wingspan30 m

  • Cruise speed750 km/h

  • First flightNovember 25, 1959

  • Engine typeAllison T56

  • Unit cost45,000,000–45,000,000 USD (2013)
  • Monday 24 March 2014

    Keriangan Jelas Terpancar...Itulah dunia kanak-kanak






    Kita semua pasti lalui alam kanak-kanak ini dalam meniti usia dewasa




    BILA BOSAN.....WAKIL JABATAN UKUR DAN PEMETAAN TERENGGANU



    WAKIL JABATAN UKUR DAN PEMETAAN TERENGGANU


    Apakah Yang diperkatakan Oleh mereka berdua yang membuat memek muka



    Perjalanan.........Dimana.....Kemana.....


    journey yang indah...............................

    pemandangan hadapan terminal utama KLIA




    Perjalanan yang penuh berliku,diharungi bersama....tingkat 29 kami redahi walaupun lif hanya setakat tingkat 27 sahaja



    KENANGAN DI MENARA KLIA




    Menara kawalan trafik udara KLIA







    Bersama Staf SPgD di atas Tingkat Yang paling Tinggi Di menara kawalan trafik uadara KLIA





    Hari Keluarga Pengikat Kasih Sayang












    HARI KELUARGA WARGA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
    SEKSYEN PANGKALAN DATA (SPgD )





    Sunday 23 March 2014

    JOM KEMPISKAN PERUT



    Pengurusan pemakanan atau diet yang lemah adalah punca terambil kalori lebih daripada yang sepatutnya. Jadi, tiada cara lain untuk kempiskan perut melainkan anda perlu menguruskan diet dengan sempurna.

    Ramai yang beranggapan pengurusan diet ini susah. Pada pandangan saya, diet akan jadi lebih mudah jika anda betul-betul memahami cara-cara berdiet.

    Mungkin sebelum ini anda tidak menghiraukan berapakah kalori makanan yang anda ambil. Asalkan sedap, masuk saja dalam mulut :) sedar-sedar perut dah menjadi buncit.

    Untuk menyelesaikan masalah ini, saya ada beberapa cadangan berdiet yang mudah untuk anda amalkan iaitu:

    • Teknik Menukar Makanan
    • Teknik Berkongsi Makanan
    • Berhati-hati Dengan Makanan Yang Mudah Bertukar Menjadi Lemak
    • Konsep Berhenti Makan Sebelum Kenyang
    • Makan Apa Saja Yang Anda Suka Seminggu Sekali

    Teknik Menukar Makanan

    Tukarkan makanan yang berkalori tinggi kepada makanan yang berkalori rendah. Cara diet ini lebih mudah daripada anda kurangkan makan atau skip makan malam. Jangan tahan lapar dong bak kata orang indon.

    Bandingkan kalori makanan sebelum membeli. Contohnya lihat perbezaan kalori roti putih classic Gardenia dengan roti 100% wholegrain Gardenia di bawah.

    kalori roti
    klik gambar untuk besarkan ...

    Jika anda tidak nampak, kalori roti putih classic Gardenia (2 keping) ialah 159 kalori. Manakala roti 100% wholegrain Gardenia (2 keping) ialah 124 kalori.

    Jika anda tukar daripada roti putih ke roti wholegrain dan makan 2 keping setiap pagi, anda dapat kurangkan 35 kalori sehari atau 1050 kalori sebulan!

    Itu baru tukar roti. Belum lagi anda tukar makanan lain. Di bawah saya cadangkan beberapa makanan yang perlu ditukar.

    • Roti putih tukar ke roti wholegrain (serat)
    • Susu penuh krim/susu manis tukar ke susu rendah lemak atau susu skim
    • Nasi lemak/nasi goreng tukar ke nasi putih biasa
    • Ayam/ikan goreng tukar ke ayam/ikan kukus atau bakar
    • Mi/bihun/kueh tiaw goreng tukar ke mi/bihun/kueh tiaw sup
    • Telur goreng tukar ke telur rebus/separuh masak
    • Sayur goreng/sup tukar ke ulam-ulaman
    • Kari bersantan tukar ke kari tidak bersantan

    Lebih banyak anda tukar, lebih banyak kalori dapat dikurangkan. Ingat, bandingkan kalori sebelum membeli. Anda ada cadangan makanan lain untuk ditukar?

    Anda Sedang Mencari Cara Kempiskan Perut?

    Cara kempiskan perut ialah ...


    DIET! bukan diet yang susah tu. Diet tu memang tak berkesan. Maksud saya ialah diet yang betul-betul mudah dan berkesan.

    Saya akan beritahu cara berdiet yang saya maksudkan. Tapi sebelum itu anda perlu tahu beberapa perkara sebelum kempiskan perut:

    Perut Buncit Disebabkan Genetik?


    Adakah anda berasa pelik melihat perut anda menjadi buncit? Pada hal lengan, kaki dan lain-lain semuanya ok. Jawapannya ialah anda mempunyai genetik lemak berkumpul dibahagian perut.

    Jangan risau, genetik ini adalah normal dan ia tidak boleh diubah. Sebentar nanti kita akan belajar bagaimana mengatasi masalah perut buncit.

    Kalori Berlebihan Penyebab Perut Buncit


    Anda tahu apa itu kalori? Ringkasannya kalori ialah nilai tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak. Kita perlukan kalori untuk dapatkan tenaga.

    Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza bergantung pada jantina, umur, tinggi, berat dan aktiviti seseorang. Keperluan kalori saya mungkin tidak sama dengan keperluan kalori anda.

    Masalah perut buncit disebabkan terlebih mengambil kalori. Contohnya jika anda memerlukan 1500 kalori sehari tetapi anda mengambil 2000 kalori sehari, anda berisiko untuk mempunyai perut yang buncit.

    Jika perut anda sekarang buncit, bermakna anda sudah pun terlebih mengambil kalori sebelum ini. Tugasan anda sekarang ialah mencari jalan

    Berapa banyak kalori yang anda perlukan? – Jumlah kalori kita bergantung pada jantina, umur, aktiviti, tinggi dan berat badan. Contohnya:
    1. Anda perlukan lebih kalori daripada ibu anda (faktor umur)
    2. Kalori wanita kurang dari lelaki (faktor jantina)
    3. Ahli sukan mengambil lebih kalori daripada orang biasa (faktor aktiviti)
    4. Orang tinggi dan berat perlukan lebih kalori berbanding orang rendah dan ringan (faktor tinggi dan berat)
    Abaikan dahulu perkara di atas. Terdapat formula yang anda boleh gunakan untuk mengira jumlah kalori anda.
    Sekarang, kita tanya pada Sarah: Berapa kalori yang awak perlukan? – Dengan pantas Sarah ambil pen, kertas dan kalkulator – mengira jumlah kalorinya di atas meja.
    Sarah perlukan 1800 kalori sehari (anda mungkin perlukan kalori yang berbeza. Dapatkan bantuan pakar). Kita akan gunakan jumlah kalori Sarah untuk contoh seterusnya.
    Jadi, keperluan kalori Sarah ialah 1800 kalori. Ada 3 ‘kemungkinan kalori’.
    Kalori Ambil = Kalori Keperluan
    Yang pertama, ambil kalori sama dengan keperluan. Sekiranya Sarah mengambil 1800 kalori, sama dengan keperluan kalorinya iaitu 1800 kalori juga, badan Sarah tidak akan menyimpan lemak kerana kalori yang diambil habis digunakan. Jadi, tiada perubahan pada perut Sarah.
    Kalori Ambil > Kalori Keperluan
    Yang kedua, ambil kalori lebih dari keperluan. Jika Sarah mengambil kalori lebih daripada 1800 kalori, lebihan kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak. Akibatnya perut semakin buncit.
    Kalori Ambil < Kalori Keperluan
    Yang ketiga, ambil kalori kurang dari keperluan. Jika Sarah mengambil kurang daripada 1800 kalori, badan Sarah akan mula membakar lemak untuk dapatkan tenaga. Hasilnya, perut Sarah semakin kempis. Bagaimana ia berlaku? Berapa banyak perlu dikurangkan? Saya akan jawab pada bab seterusnya.

    Sebelum ini saya terangkan 3 ‘kemungkinan kalori’. Dalam kes kempiskan perut, kita akan gunakan kemungkinan yang ketiga iaitu kurangkan pengambilan kalori supaya badan boleh membakar lemak di perut.
    Pertama sekali, berapa banyak kalori yang anda perlu kurangkan? – Mengikut kajian, jumlah yang paling selamat ialah kurangkan 500 kalori sehari.
    Kita ambil contoh kalori Sarah. Keperluan kalori Sarah ialah 1800 sehari. Sarah perlu kurangkan 500 kalori. Bermakna, 1800 tolak 500 bersamaan dengan 1300.
    Jadi, Sarah perlukan 1300 kalori sehari untuk kempiskan perut.
    Bagaimana kurangkan kalori boleh membakar lemak? – Begini caranya. Andai kata hari ini Sarah mengambil 1300 kalori sahaja, sedangkan keperluan tenaga asal Sarah ialah 1800 kalori sehari. Jadi, badan Sarah akan menggunakan ‘tenaga simpanan’ iaitu dengan membakar lemak untuk support keperluan tenaga asal Sarah.
    Oleh kerana Sarah kurangkan 500 kalori, badan sarah akan membakar lemak sebanyak 500 kalori juga. 1 gram lemak bersamaan dengan 9 kalori. Bermakna, badan sarah membakar lemak sebanyak 55.56 gram lemak sehari.
    Jika Sarah teruskan selama sebulan (30 hari), Sarah akan berjaya kurangkan lemak sebanyak 1666 gram atau 1.6 kg.
    Soalan: Bolehkah saya kurangkan lebih daripada 500 kalori sehari?
    Teorinya, lebih banyak kalori dikurangkan lebih banyak lemak akan dibakar. Nampak macam betul. Sebenarnya, teori ini salah.
    Lemak lambat bertukar menjadi tenaga. Mengikut kajian, lemak memerlukan lebih kurang 6 jam untuk bertukar menjadi tenaga. Jika anda kurangkan lebih daripada 500 kalori, ini yang akan berlaku:
    “Kelmarin, sepanjang hari Sarah tidak makan. Esok paginya pula, Sarah memandu kereta ke tempat kerja. Sampai sahaja di parking kereta, badan Sarah berasa lemah kerana kekurangan tenaga. Sarah perlu berehat selama 6 jam (biasanya manusia akan tertidur jika badan kekurangan banyak tenaga) untuk menunggu badan membakar lemak untuk dapatkan tenaga. Selepas 6 jam, barulah Sarah berasa sedikit bertenaga untuk naik ke ofis.”
    Ada lagi – Kurangkan lebih 500 kalori juga menyebabkan anda kehilangan banyak otot dan mengalami kesan sampingan seperti pening, badan menggigil dan rasa mual.
    Oleh itu, 500 kalori adalah maksima yang anda boleh kurangkan.
    Sekarang, Sarah sudah tahu jumlah kalorinya iaitu 1800 kalori sehari. Kemudian Sarah kurangkan 500 kalori. Jadi, tenaga yang Sarah perlu ambil untuk kempiskan perut ialah 1300 kalori.
    Langkah seterusnya – makan ikut kalori. Saya akan jelaskan bagaimana Sarah menguruskan pengambilan kalorinya sebanyak 1300 kalori.

    gardenia wholegrain
    klik gambar untuk besarkan.
    Setiap makanan memberi tenaga. Contohnya 2 keping roti ‘Gardenian 100% WholeGrain’ membekalkan tenaga sebanyak 124 kalori.
    Anda perlu tahu jumlah kalori di dalam setiap makanan. Biasanya anda boleh jumpa maklumat kalori di pek makanan. Contohnya pek roti di atas.
    Bagaimana dengan makanan yang tiada pek? – seperti ikan, ayam, daging dan lain-lain? – Mudah sahaja. Anda boleh dapatkan senarai jumlah kalori berbagai-bagai jenis makanan di dalam panduan kuruskan badan seperti ebook DietKamikaze.
    dietkamikaze
    Muka surat 30, ebook DietKamikaze. Ada formula cara mengira kalori (berapakah jumlah kalori anda?) dan senarai kalori berbagai-bagai jenis makanan.
    Selepas itu anda perlu makan mengikut keperluan kalori anda. Contoh di bawah adalah bagaimana Sarah menguruskan pengambilan kalorinya sebanyak 1300 kalori sehari.
    Sarapan Pagi:
    2 Keping Roti Wholegrain = 124 Kalori
    1 Biji Telur Goreng = 100 Kalori
    Segelas Milo Suam = 174 Kalori
    Makan Tengah Hari:
    Nasi Putih (Secawan) = 180 kalori
    Ayam Goreng (Seketul) = 255
    Sayur (Secawan) = 50 kalori
    Minum Petang:
    Air soya (Segelas) = 60 kalori
    Karipap (Sebiji) = 120 kalori
    Makan Malam:
    Oat + Susu (Semangkuk) = 237 kalori
    Jumlah Kalori Yang Diambil = 1300 Kalori

    Ini lah 3 langkah untuk kempiskan perut. Semuanya mengenai kalori (kira kalori, kurangkan kalori dan makan ikut kalori). Seringkali kita tengok jika seseorang itu mahu kempiskan perut, biasanya mereka tidak makan pagi dan malam. Ini lah diet mereka.
    Walaupun mereka kurangkan makan, tetapi mengambil kalori lebih daripada yang diperlukan, perut mereka tidak akan kempis. Mereka berasa hairan: “Aku dah tak makan pagi dan malam. Kenapa perut aku masih buncit?”.
    Berlainan dengan anda, jika anda makan ikut kalori, walaupun anda makan lebih 6 kali sehari pun (termasuk makan pagi, malam dan tengah malam), perut anda tetap akan kempis.
    Kesimpulannya, ia bukan mengenai berapa banyak anda makan, tetapi ia mengenai berapa banyak kalori yang anda ambil.
    who-logo
    Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), adalah sebuah badan yang memantau kesihatan manusia sejagat.
    Untuk pengetahuan anda, segala maklumat yang anda baca di dalam segmen Oh Kempiskan Perut ini adalah berdasarkan kajian saintifik oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO). Kajian saintifik ini sudah diguna pakai oleh beribu orang di seluruh dunia untuk mengempiskan perut dan menguruskan badan.

    sit up
    Jika perut anda terlalu besar, atau pun anda mahu kempiskan perut dengan cepat, apa yang saya akan ceritakan mungkin berguna.
    Pernah tak anda buat senaman sit-up? Ada rasa sakit tak? Sebenarnya senaman sit-up digunakan untuk melatih otot di bahagian perut. Ia kurang efektif untuk membakar lemak.
    Bila saya sebut kurang efektif, saya tidak maksudkan senaman sit-up tidak bagus. Ia masih bagus dan berguna. Jika anda sedang amalkan senaman sit-up – teruskan. Cuma tambahkan beberapa senaman yang lain.
    Kita masih bincangkan mengenai kalori. Senaman yang saya maksudkan ialah senaman yang membakar banyak kalori.
    Kenapa senaman ini boleh cepatkan proses kempiskan perut? – Begini caranya. Anda sudah kurangkan 500 kalori. Jadi, badan akan membakar 500 kalori lemak untuk support keperluan kalori asal anda. Kemudian, anda buat senaman yang membakar 500 kalori lagi.
    Bermakna, anda sudah membakar 500 kalori daripada kurangkan kalori dan 500 kalori daripada senaman. Jumlah keseluruhannya ialah 1000 kalori lemak dibakar setiap hari.
    Seperti yang anda tahu, 1 gram lemak bersamaan dengan 9 kalori. Jika anda membakar 1000 kalori sehari, bermakna anda sudah membakar 111.11 gram lemak sehari. Jika anda teruskan selama sebulan (30 hari), anda akan membakar 3333.33 gram atau 3.33 kg lemak.
    Jika anda tidak bersenam, anda masih boleh kempiskan perut dengan mengurangkan pengambilan kalori. Tetapi, jika anda mahu cepat, tambahkan dengan senaman.
    Di bawah adalah contoh senaman dan sukan yang membakar 500 kalor ke atas:
    • Jogging (75 minit) = 525 kalori
    • Berbasikal (70 minit) = 525 kalori
    • Badminton (95 minit) = 523 kalori
    • Bola Sepak (65 minit) = 520 kalori

    Seperti yang saya katakan sebelum ini, “Perut buncit tidak akan berlaku sekiranya anda mengambil jumlah tenaga yang betul”. (ulang ayat ini sebanyak 3 kali)
    Selepas anda berjaya kempiskan perut, kira semula jumlah kalori yang anda perlukan. Kemudian, makan ikut kalori. Anda masih boleh makan apa sahaja yang anda suka, tetapi jangan lupa seimbangkan diet anda.
    Sebelum saya mengakhiri segmen Oh Kempiskan Perut, di bawah saya sediakan ringkasan langkah-langkah kempiskan perut:
    1. Kira kalori anda – Berapakah kalori anda?
    2. Kurangkan Kalori – Selepas tahu jumlah kalori anda, kurangkan 500 kalori supaya badan boleh membakar lemak.
    3. Makan ikut kalori – Anda perlu tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan uruskan pemakanan anda mengikut keperluan kalori.
    4. Senaman membakar kalori – Jika anda mahu hasil yang cepat.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...