Saturday 21 March 2015

Ikan Turun Bersama Hujan



  • Yoro dilanda 'hujan ikan' setiap tahun 
  •  Fenomena luvia de peces (rain of fish)
HONDURAS - AMERIKA TENGAH. Ajaib dan aneh, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan fenomena luvia de peces (rain of fish) yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Yoro, di sini, kerana hujan yang turun bukan sahaja membawa air tetapi turut membawa ikan turun bersama.
 
Fenomena ini berlaku sekitar bulan Mei dan Jun di mana penduduk setempat akan meraikannya sehingga menjadikan ia festival wajib dan menggelarkan fenomena ini sebagai ‘aguacero de pescado’.
 
Menurut penduduk setempat, hujan ikan ini membawa rahmat kepada mereka dan percaya bahawa ia rezeki untuk penduduk miskin di kawasan tersebut.
 
Keanehan ini telah membuatkan fenomena ini dibukukan dan termasuk dalam “Most Amazing Natural Phenomena” menerusi buku Lonely Planet: 1000 Ultimate Sights.
 

Penjelasan Fenomena
 
Menurut pakar meteorologi, pada bulan Mei dan Jun, kawasan tersebut sering dilanda ribut.
 
Dalam cuaca sedemikian, angin kuat seperti ribut taufan akan menghasilkan puting beliung atau tornado kecil.
 
Menurut laporan BBC, apabila tornado ini bergerak ke kawasan air, organisma kecil seperti ikan atau katak akan ditarik ke atas dan dibawa sehingga beberapa batu jauhnya.
 
Sebab itulah tidak mustahil ikan ini jatuh bersama hujan kerana ‘kekuatan’ tornado yang mampu membawa ia sehingga ke kawasan Yoro.
 
Namun begitu, masih timbul beberapa persoalan mengenai perkara tersebut apabila kesemua ikan yang turun bersama hujan ini merupakan spesies ikan air tawar sahaja, bersaiz kecil dan berada dalam keadaan yang masih sempurna.
 
Dan persoalan ini masih belum dapat dirungkai secara saintifik sehingga sekarang, namun sebagai orang Islam kita percaya bahawa ALLAH boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-NYA.

Saturday 14 March 2015

Juruterbang Wanita Bergaya di LIMA 13 Langkawi




  • Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian
EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model. 

Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa. 

Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun  China yang ke 60 pada tahun 2009.

Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.

"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.

Saturday 7 March 2015

HUJUNG mINGGU ANDA kEMNA??

Salam....

Sudah lama benar rasanya tidak menulis dalam blog ini....Disebabkan oleh faktor kekangan masa dirumah dan juga dipejabat,
Masa untuk diri sendiri seakan tersekat......ERmm...Bagi merehatkan badan yang dah cukup letih..pada hujung minggu lepas  10 Mach 2015...membawa anak-anak dan isteri ke suatu tempat yang ala-ala resort tepi pantai...tapi kedudukanya agak jauh dengan pantai..hihihih
Bukit Keluang Beach Resort di kg bukit keluang Besut Terengganu.
Suasana disana Agak kering mungkin disebabkan faktor cuaca pada bulan Mach ini..Panas Kering...

Post gambar Lu sekeping..


Check in sini ler...rasanya ni gambar lama kat resort tu kot...Kerana keadaan sebenar sudah banyak pokok sekelilingnya..Nampak redup..


Keadaan bilik2.....


Boleh la sekiranya ingin merehatkan minda dan badan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...