HONDURAS - AMERIKA TENGAH. Ajaib dan aneh, itulah perkataan yang sesuai
untuk mengambarkan fenomena luvia de peces (rain of fish) yang berlaku
hampir setiap tahun di kawasan Yoro, di sini, kerana hujan yang turun
bukan sahaja membawa air tetapi turut membawa ikan turun bersama.
Fenomena ini berlaku sekitar bulan Mei dan Jun di mana penduduk
setempat akan meraikannya sehingga menjadikan ia festival wajib dan
menggelarkan fenomena ini sebagai ‘aguacero de pescado’.
Menurut penduduk setempat, hujan ikan ini membawa rahmat kepada mereka
dan percaya bahawa ia rezeki untuk penduduk miskin di kawasan tersebut.
Keanehan ini telah membuatkan fenomena ini dibukukan dan termasuk dalam
“Most Amazing Natural Phenomena” menerusi buku Lonely Planet: 1000
Ultimate Sights.
Penjelasan Fenomena
Menurut pakar meteorologi, pada bulan Mei dan Jun, kawasan tersebut sering dilanda ribut.
Dalam cuaca sedemikian, angin kuat seperti ribut taufan akan menghasilkan puting beliung atau tornado kecil.
Menurut laporan BBC, apabila tornado ini bergerak ke kawasan air,
organisma kecil seperti ikan atau katak akan ditarik ke atas dan dibawa
sehingga beberapa batu jauhnya.
Sebab itulah tidak mustahil ikan ini jatuh bersama hujan kerana
‘kekuatan’ tornado yang mampu membawa ia sehingga ke kawasan Yoro.
Namun begitu, masih timbul beberapa persoalan mengenai perkara tersebut
apabila kesemua ikan yang turun bersama hujan ini merupakan spesies
ikan air tawar sahaja, bersaiz kecil dan berada dalam keadaan yang masih
sempurna.
Dan persoalan ini masih belum dapat dirungkai secara saintifik sehingga
sekarang, namun sebagai orang Islam kita percaya bahawa ALLAH boleh
melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-NYA.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua