Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

Wednesday, 9 July 2014

Ular Gergasi dibunuh penduduk






Penduduk kampung mempertahankan tindakan mereka membunuh seekor ular sepanjang 7.62 meter di Kampung Benito, Juarez, negeri Tabasco, Mexico, baru-baru ini. - AGENSI

MEXICO CITY 30 Jun - Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak.

Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan.

"Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya.

Wednesday, 16 April 2014

ZALIMNYA MANUSIA....SEDIH MELIHAT PENYU-PENYU YANG HAMPIR PUPUS NI DIBUNUH KEJAM



Gambar penyu dibunuh kejam di sekitar kepulauan Bum-Bum dan Kulapuan, Semporna Sabah. Menerusi laman sosial, kecoh dengan penyebaran beberapa keping foto yang mendakwa beberapa ekor penyu telah dibunuh kejam demi kepentingan tertentu. Daripada foto yang dikongsikan oleh saksi, dapat dilihat daging setiap penyu tersebut telah disiat dan bangkainya dibuang ke laut. Untuk info, penyu adalah salah satu spesis hidupan laut yang terancam dan semakin pupus. Adalah satu kesalahan besar jika membunuh hidupan marin yang terancam dan kes boleh disiasat dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.








Sunday, 19 January 2014

GAMBAR KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRES DI LEBUH RAYA PLUS 19 JANUARI 2014


Gambar kemalangan maut bas ekspres di lebuhraya PLUS pada 19 Januari 2014. Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres persiaran milik syarikat Meridian Holidays telah berlaku di KM 107 lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran Plaza Tol Yong Peng Utara pada jam 1.50 petang. Menerusi laporan jumlah kematian, 3 orang kini disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Punca kemalangan dipercayai akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan. Bas persiaran tersebut turut dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

kemalangan-maut

Senarai Nama Mangsa Meninggal Dunia
  1. Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21
  2. Mohd Amirul Asyraff Yaakub
  3. Mohammad Zikri Othman, 10
Gambar Kemalangan Bas Ekspress Di Plus 19 Januari 2014
kemalangan 3kemalangan
kemalangan-2
kemalangan-4 kemalangan-5 kemalangan-6 kemalangan-7
kemalangan-9

Wednesday, 15 January 2014

PELAJAR UNIMAS HILANG DITEMUI MATI



Siti Najwa Atikah Binti Azhar pelajar UNIMAS hilang ditemui mati. Siti Najwa dilaporkan hilang sejak 4 hari lalu bermula pada 11 Januari 2014. Berita mengenai kehilangan Siti Najwa mula disebarkan dilaman sosial pada ahad 12 Januari 2014. Namun pada 14 Januari 2014, mayat mangsa yang juga pelajar tahun pertama Universiti malaysia Sarawak (UNIMAS) ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang. Mayat mangsa dipercayai ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas berita kehilangannya dihebahkan.
siti najwa atikah

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu. Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Biodata Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati
  • Nama Penuh: Siti Najwa Atikah Binti Azhar
  • Kad Pengenalan: 940102075514
  • Umur: 19 Tahun
  • Asal: Pulau Pinang
  • Bidang Pengajian: Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Sarawak ( Tahun Pertama)

Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial
mati

Gambar Lokasi Penemuan Mayat Siti Najwa Atikah
mayat
mayat ditemui

Saturday, 9 November 2013

PENJENAYAH LARIKAN 3 BERANAK DI DUNGUN


DUNGUN: Sepasang suami isteri serta bayi lelakinya berusia sembilan bulan bukan saja ketakutan kereta dinaiki dilarikan seorang penjenayah malah nasib malang sekali lagi menimpa mereka selepas kereta yang dipandu penjenayah itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Gajah Mati, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kereta yang dinaiki tiga beranak terbabit, Pirhat Karim, 35, dan isteri Che Mastura Che Awang, 32, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.
Kereta jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa sebelum itu dipandu adik iparnya, yang berusia 30-an dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan dan berhenti rehat di kawasan itu kerana adik ipar mangsa hendak membuang air.

Mangsa tiga beranak itu yang duduk di bahagian belakang kenderaan dikatakan tidak turun dari kenderaan itu sebelum seorang lelaki berusia 17 tahun memasuki keretanya dan bertindak memecut laju ke arah Kuantan.

FotoKEADAAN kereta yang dilarikan suspek remuk selepas melanggar sebuah kereta Proton Waja dan lori tanah di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur. FOTO Rosli Ilham

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, adik ipar mangsa yang menyedari kenderaan serta ahli keluarganya itu dilarikan kemudiannya segera ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan polis.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Besi dan Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) yang menerima laporan kejadian itu bertindak untuk membuat sekatan jalan raya.

“Dalam usaha membuat sekatan jalan raya, polis menerima pangggilan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta itu adalah sebagaimana yang dilaporkan hilang,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan bayi kepada pasangan itu cedera tercampak keluar dari kenderaan manakala suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan dikatakan berpura-pura meminta bantuan daripada pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang melalui kawasan itu.

“Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit bersama ayahnya keluar membantu sebelum suspek masuk ke dalam kereta terbabit dan memecut ke arah Kuala Terengganu dengan turut melarikan sama empat lagi penumpang yang juga ahli keluarga pemandu kereta terbabit,” katanya.
Katanya, bapa kepada pemandu kereta Perodua Myvi terbabit dikatakan dibantu seorang pengguna jalan raya di situ kemudiannya bertindak mengejar kereta anaknya yang dilarikan suspek itu.

"Hasil perhubungan berterusan bapa gadis terbabit, dua kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Balai Polis Batu Rakit berjaya memintas kereta yang dilarikan suspek sebelum berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang,” katanya.

“Kami bersyukur kesemua ahli keluarga mangsa selamat dan saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya

Tuesday, 5 November 2013

ANGKARA SYAITAN BERTOPENG....


Kuala Terengganu: Seorang remaja bertindak gila apabila melarikan sebuah Nissan Grand Livina yang masih ada penumpang di dalamnya sebelum merempuh lori muatan tanah dan kemudian merampas pula sebuah Perodua Myvi yang dinaiki satu keluarga dalam drama rampasan kenderaan selama kira-kira dua jam, petang kelmarin.
Difahamkan remaja berusia 17 tahun terbabit sebelum itu cuba merampas kunci sebuah Proton Pesona di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu tetapi dihalang pemilik kenderaan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, suspek dikatakan tiba-tiba memasuki Nissan Grand Livina terbabit dan memecut laju menghala ke arah Kuantan selepas pemilik kenderaan itu bersama isterinya keluar untuk membuang air kecil di tandas R&R berkenaan.

Ketika kejadian, kenderaan berkenaan mempunyai penumpang iaitu pasangan Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan.

FotoKENDERAAN Pirhat hancur selepas berlanggar lori muatan tanah.
FotoCHE Mastura dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Foto

Difahamkan, pemilik kenderaan iaitu adik ipar mangsa yang juga anggota polis berusia 20-an, bergegas ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan apabila menyedari kejadian berkenaan...

 

Wednesday, 2 October 2013

TERBARU - PELUMBA BASIKAL TERENGGANU MAUT KEMALANGAN



DUNGUN - Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini.

Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan.

Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.

Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. - Bernama

Monday, 16 September 2013

POLIS TEMBAK ISTERI DAN BAPA MERTUA



Lans Korporal Fadzli Omar merupakan polis yang tembak isteri dan bapa mertua sebelum bunuh diri. Terkini, suspek tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik. Suspek didakwa menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergi ke rumah mertua di Jalan Ja’amat.

Suspek turut menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri. Kejadian yang berlaku 7.30 malam Sabtu ketika seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri.

Gambar Lans Korporal Fadzli Omar
Lans-Korporal-Fadzli-Omar

Laporan Kejadian
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer. Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Video Laporan Kes Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua

Gambar Kejadian Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri
kes polis tembak 1 kes polis tembak2 kes polis tembak3

Wednesday, 21 August 2013

KEMALANGAN DI GENTING


Punca Bas Kemalangan Jatuh Gaung Di KM 3.6 Jalan Genting Highlands-Karak pada 21 ogos 2013. Terkini, tragedi nahas terburuk telah berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas ekspres henti-henti Genting Highlands pada pukul 2.30 petang.

Pihak bomba menjangkakan seramai 49 mangsa yang berada dalam bas tersebut ketika kejadian itu berlaku. Punca awal kemalangan dipercayai pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas kedalam gaung. Usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

bas genting kemalangan

Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013

Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang

update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba
Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.

Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung

bas genting kemalangan

kemalangan genting 1

bas genting kemalangan 5

genting 6

bas genting kemalangan 4

kemalangan genting 3

bas genting

Tuesday, 5 March 2013

FOTO MAYAT PENCEROBOH SULU YANG DITEMBAK MATI



Koleksi foto mayat penceroboh Sulu yang ditembak mati di Semporna. Insiden tembak menembak telah berlaku di Kampung Sri Jaya Simunul pada 2 Mac 2013 yang lalu. Kumpulan lelaki bersenjata ini dipercayai menggunakan taktik helah untuk memperdayakan pihak berkuasa dan menyebabkan 6 Anggota Polis Terkorban sekaligus.
Photo: Foto: MOHD. HAZLI HASSAN
Photo: Mayat penceroboh masih tidak diusik dan menunggu pihak berkuasa datang untuk menjalankan siasatan. Foto:MOHD.HAZLI HASSAN
Fakta Kematian 6 Anggota Polis Di Semporna- Penceroboh penuh dengan muslihat
Dalam Kenangan- Takziah kepada keluarga 6 Anggota Polis Yang Terkorban
polis
 
Sama-samalah Kita sedekahkan Al fatihah buat parajurit kita yang gugur di medan perang demi mempertahankan Negara bertuah Ini...Al-Fatihah.
semoga Roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...