Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts
Wednesday, 9 April 2014
Wednesday, 19 March 2014
RUMAH MAMPU MILIK PULAU REDANG HAMPIR SIAP
PULAU REDANG - Kerajaan negeri Terengganu yakin projek pembangunan 160 unit rumah pangsa mampu milik di sini yang mengalami kelewatan semasa pembinaan mampu disiapkan pada akhir tahun ini.
Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said berkata projek perumahan yang dibina di atas tapak seluas 1.7 ha sudah hampir 40 peratus siap dan dijangka boleh diduduki seawal tahun hadapan.
"Projek rumah pangsa mampu milik ini merupakan projek perumahan pertama kerajaan negeri di Pulau Redang. Tujuannya ialah untuk membantu rakyat.
Namun demikian, kami masih belum menetapkan harga bagi satu unit rumah bagi tujuan penjualan kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas melihat tapak projek rumah pangsa di pulau itu hari ini.
Beliau berkata projek perumahan dengan kos RM32 juta itu dengan setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air mampu memberi keselesaan kepada rakyat di sini, terutamanya kepada generasi muda yang baru berumahtangga.
"Kita sedia maklum yang tanah di pulau ini sangat terhad dan kita mendapati sebuah rumah di sini didiami oleh empat buah keluarga. Dengan siapnya projek perumahan mampu milik ini, kita serba sedikit dapat membantu mereka," katanya lagi.
Beliau berkata projek perumahan mampu milik itu akan dilengkapi sebuah gelanggang futsal, sebuah dewan serbaguna, dua rumah sampah, pencawang elektrik dan loji kumbahan.
Ahmad berkata pembangunan perumahan mampu milik itu merupakan projek yang sesuai memandangkan di kawasan sekitarnya terdapat klinik kesihatan, balai polis dan kemudahan awam yang lain.
Namun, beliau berkata pihak kerajaan negeri juga berhasrat untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di pulau ini kerana para pelajar di sini terpaksa menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah di tanah besar.
Pembinaan rumah pangsa mampu milik dan kerja berkaitan bermula pada April 2012.
Difahamkan antara punca kelewatan pembinaan projek itu adalah kerana masalah pengangkutan bahan binaan dari tanah besar ke pulau itu semasa musim tengkujuh di antara Oktober hingga Februari. - Bernama
Monday, 24 February 2014
PERBEZAAN ANTARA FREEHOLD DAN LEASEHOLD
PERBEZAAN ANTARA FREEHOLD DAN LEASEHOLD
FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan). Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah. Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakalaGeran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun. Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat? Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan. Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan. Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut. Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik. No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 –
Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal). Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti!..
Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan. Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
Apakah pula HAKMILIK SEMENTARA?
Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya. Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad? Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234. Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada ‘Hakmilik Sementara‘ manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah. Terdapat sebahagian mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan ‘sementara’ yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza. Semoga penerangan ini dapat memberikan pencerahan kepada masalah tersebut.
Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianyapegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik sementara ini bukanlah dokumen hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan. Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.
Diharapkan sedikit penerangan ringkas mengenai 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih belum jelas mengenainya. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila berikan di ruangan komen di bawah.
DAFTAR BORANG PERMOHONAN SKIM MYHOME(MAMPU MILIK)
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Pertama (Mampu Milik) : Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak…
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?
- Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
- Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
- Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
- Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan?
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada pembeli rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi?
- Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
- Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
- Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara & Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome?
- Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
- Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
Tuesday, 11 February 2014
BANDAR BARU TUMPAT KELANTAN
Rakyat Tumpat dan Sekitarnya beruntung dengan adanya perumahan terbesar di kelantan ini.....
Lubuk rezeki bakal berkembang disini
berdekatan dengan kawasan bebas cukai Pangkalan Kubur
Tetapi progress, untuk kerja menyiapkan rumah-rumah tersebut dipercepatkan.
ini adalah kerana kebanyakkan pembeli dikawasan terbabit adalah dikalangan kakitangan awam.



Tuesday, 29 October 2013
RUMAHKU SYUGAKU
RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

JOM PAKAT MOHON SEKIRANYA YANG BELUM MEMPUNYAI RUMAH. REBUT PELUANG YANG ADA.
DOWNLOAD DI http://www.spnb.com.my/bm/corporate/notice.htm
JOM PAKAT MOHON SEKIRANYA YANG BELUM MEMPUNYAI RUMAH. REBUT PELUANG YANG ADA.
DOWNLOAD DI http://www.spnb.com.my/bm/corporate/notice.htm
RUMAH MESRA RAKYAT-SPNB

Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini. POH 25 Feb. — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).
Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini hari ini.
Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM65,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya. — BERNAMA
CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT-spnb
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, perlu ada syarat-syarat di bawah, sila lihat syarat pemohonan Rumah Mesra Rakyat 1malaysia. Permohan boleh di buat melalui Jabatan Rumah Mesra Rakyat.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
- Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.
Subscribe to:
Posts (Atom)



