Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

MAT KILAU PAHLAWAN NEGARA



PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.


Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Mat Kilau Mandi Embun

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Gambar semasa mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau
Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

Monday, 21 January 2013

Sebuah Filem Hebat.....

Prebet Lapok....

Sebuah filem sekitar tahun 80an yang berjaya menaikkan semangat patriotik Rakyat Malaysia



Filem arahan Aziz Satar ini dilakonkan oleh A.R Badul dan Tawil...dua kombinasi yang serasi dengan lakonan tawil yang bersahaja....

Kepada Penonton alaf baru cuba-cuba lah menonton filem ini kerana ia amat bermutu,penuh dengan nasihat dan amat berguna untuk dijadikan pedoman dan pembakar semangat.



Suara Panggilan ku
Dengarlah suara panggilan ku
Marilah warganegara
Tugas utama tugas mulia
Menjadi tentera kita

Marilah pemudi pemudaku
Bersatu bertambah mutu
Menjunjung titah rukun negara
Itulah tugas tentera

Marilah kita berikrar
Bersatu dan berbakti
Tentera di darat laut udara
Marilah contohi

Lihatlah di sini tanah air ku
Di sini kita berjumpa
Warganegara para belia
Bersatu dalam tentera


(Ulang rangkap 2, 3 & 4)

rukun negara, titah baginda, panji-panji mulia .....


Hoi Kawan-kawan

Hoi kawan-kawan
Apa guna duduk diam saja
Senangkan hati
Ayuh mari menyanyi

Hoi kawan-kawan
Jangan takut jadi tentera
Baik di darat atau laut
Udara tentera bersedia

Jikalau kita dalam tentera
Mestilah bersiap sedia
Jangan lah asyik ingat bini
Musuh datang kau kentut cabut lari

Hoi dengar kawan
Jangan muram termenung-menung
Adat kekasih kena tinggal
Kini kau dah pula jadi baral

Hoi mari kita
Bergembira beramai-ramai
Pergi berjuang
Pertahankan tanah yang permai

Hoi ayuh kawan
Terus maju hayunkan tangan
Berbaris kita tegak sedia
Menghancurkan musuh negara

Bila ku sudah tamat nanti
Tentu ku naik pangkat lagi
Tapi ingat bila jumpa musuh
Jangan kecut jangan cuba nak cabut

Hoi kawan-kawan
Mari kita senangkan hati
Mari menyanyi bergembira
Jadi tentera yang berjasa
Berbaris kita tegak sedia
Menghancurkan musuh negara!!!!



Kuala Lumpur suatu Masa.....

Kuala Lumpur Sebelum Kegemilangan.....

 Kuala Lumpur sebelum mencapai kemajuan pesat.....


Kuala Lumpur ketika masih muda....masih baru...




Kuala Lumpur Kini.....




kuala lumpur 2011 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Tuesday, 15 January 2013

Asal Usul Nama Kampung Chendering


Menurut kata-kata orang tua terdahulu:-

Nama asal usul Mukim Chendering diambil dari perkataan "China Ring". Mengikut cerita lisan, pada sewaktu dahulu seorang pedagang berbangsa Cina yang dipanggil Ring telah dijumpai di hujung tanjung dekat dengan pantai. Daripada perbualan dari mulut ke mulut,lama ke lamaan nama pedagang cina tersebut telah menjadi cendering"cina mana.....tu la cina ring"kata orang-orang tua terdahulu.

Monday, 14 January 2013

chendering dahulu

Zaman Kegemilangan Bus Mini






Untuk ke Chendering Dari Bandar Kuala Terengganu sila amik bas No.13....Tambang Hanya 50cent....sentisa penuh sampai tangga....sekarang semua dah tiada lagi....


Kenangan dulu-dulu anak bangsa alaf baru pasti tidak merasa berhimpit-himpit dalam sebuah bus mini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...