Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

Saturday, 11 January 2014

GAMBAR RASMI JERSI BARU KELANTAN THE RED WORRIOR 2014 TERSEBAR


Gambar rasmi jersi baru Kelantan The Red Warrior 2014 tersebar di internet. Dilaman sosial pada ketika ini, rekaan jersi kelab bola sepak Kelantan yang akan digunakan mulai tahun 2014 mulai tersebar secara meluas. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut mengesahkan bahawa foto yang tersebar adalah rekaan sebenar jersi The Red Warrior musim ini. Pada masa yang sama, pihak KAFA turut terkejut apabila jersi The Red Warriors yang bakal dilancarkan pada 15 Januari 2014 tersebar di laman sosial facebook sejak beberapa hari lalu.

jersi-baru-kelantan-2014

Penjelasan Isu Jersi Kelantan The Red Warrior 2014 Tersebar
Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd , Kevin Ramalingam ketika dihubungi mengesahkan jersi yang tersebar di laman sosial itu adalah reka bentuk yang akan dipakai oleh pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim 2014. Menurutnya, pihaknya terkejut bagaimana reka bentuk jersi tersebut boleh tersebar secara meluas sedangkan ia masih belum lagi dipertontonkan kepada umum. Masalah ini turut mendapat perhatian bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan dalam akaun facebook miliknya mengakui terkilan maklumat tersebut bocor. Menurut Annuar, KAFA memberi jaminan jersi tulen lebih berkualiti berbanding versi tiruan kerana menggunakan bahan khas.

Lagi Gambar Jersi Baru Kelantan 2014 Tersebar
kelantan-1 kelantan-2
 

Wednesday, 30 October 2013

LOKASI DAN HARGA TIKET KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA 2013


Harga lokasi beli tiket Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013. Menerusi makluman daripada persatuan bola sepak Malaysia (FAM), harga tiket Kelantan vs Pahang akan dijual pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. Untuk info, perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada 3 November 2013 (Ahad) bertempat di Stadium Shah Alam.

final-piala-malaysia-2013

Harga Tiket Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Dewasa: RM40
Kanak-kanak: RM5

Jadual Perlawanan Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Tarikh: 3 November 2013 (Ahad)
Lokasi : Stadium Shah Alam
Masa: 8:45 mlm

Lokasi Pembelian Tiket Di Kelantan
Tarikh : 30.10.2013 (rabu)
Masa : 3 petang
Tiket : rm40 terhad untuk 1 orang 5 keping
Kuota Tiket: 30 Ribu keping
Lokasi : Stadium sultan muhammad 4 (ssm4)

Lokasi Pembelian Tiket Shah Alam
Lokasi : Stadium Shah Alam
Tarikh : 31.10.2013 (khamis)
Masa : 9 pagi
Harga : rm40 dewasa rm5 kanak2 bawah 12 tahun
Jumlah tiket dijual : 15 ribu keping

Lokasi Pembelian Tiket Di Pahang
Lokasi : Stadium Darul Makmur
Tarikh : 30.10.2013 (rabu)
Masa : 10 pagi
Harga : rm40 dewasa,rm5 kanak-kanak bawah 12 tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...