Saturday 11 January 2014

GAMBAR RASMI JERSI BARU KELANTAN THE RED WORRIOR 2014 TERSEBAR


Gambar rasmi jersi baru Kelantan The Red Warrior 2014 tersebar di internet. Dilaman sosial pada ketika ini, rekaan jersi kelab bola sepak Kelantan yang akan digunakan mulai tahun 2014 mulai tersebar secara meluas. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut mengesahkan bahawa foto yang tersebar adalah rekaan sebenar jersi The Red Warrior musim ini. Pada masa yang sama, pihak KAFA turut terkejut apabila jersi The Red Warriors yang bakal dilancarkan pada 15 Januari 2014 tersebar di laman sosial facebook sejak beberapa hari lalu.

jersi-baru-kelantan-2014

Penjelasan Isu Jersi Kelantan The Red Warrior 2014 Tersebar
Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd , Kevin Ramalingam ketika dihubungi mengesahkan jersi yang tersebar di laman sosial itu adalah reka bentuk yang akan dipakai oleh pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim 2014. Menurutnya, pihaknya terkejut bagaimana reka bentuk jersi tersebut boleh tersebar secara meluas sedangkan ia masih belum lagi dipertontonkan kepada umum. Masalah ini turut mendapat perhatian bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan dalam akaun facebook miliknya mengakui terkilan maklumat tersebut bocor. Menurut Annuar, KAFA memberi jaminan jersi tulen lebih berkualiti berbanding versi tiruan kerana menggunakan bahan khas.

Lagi Gambar Jersi Baru Kelantan 2014 Tersebar
kelantan-1 kelantan-2
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...