Masalah kad kredit mastercard atau visa dan akaun ditolak selepas transaksi pembayaran gagal. Kami ingin kongsikan pengalaman sewaktu pertama kali membeli belah menggunakan kad debit mastercard dan ianya gagal. Sewaktu membuat pembayaran, terpapar mesej dari mesin elektonik di kaunter pembayaran yang menyatakan Transaction Declined.
Oleh kerana gagal transaksi pertama, staff tersebut swap kad debit mastercard untuk kali kedua. Masalah sama tetap berulang. Jadi kami pun bercadang untuk mengeluarkan secara tunai di mesin ATM. Tapi terperanjat apabila jumlah yang di swap tersebut ditolak dari akaun bank.
Penyelesaian
Tanpa melengahkan masa, terus hubungi pihak bank mengenai kejadian tersebut. Pihak bank memberikan jawapan yang positif, jika transaksi gagal, duit tersebut diletakkan dalam status Pending atau On Hold. Jika membeli ke pusat beli belah, baki duit yang gagal transaksi itu akan dipulangkan semula kedalam akaun simpanan dalam tempoh 2 Minggu hari bekerja.
Nota: Ternyata selepas dua minggu, duit tersebut dipulangkan semula ke akaun bank
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua