Wednesday, 1 January 2014

AMARAN KATEGORI KETIGA-ANGIN KENCANG DAN DAN LAUT BERGELORA



AMARAN KATEGORI KETIGA
                         AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA                                                 Di Perairan Laut China Selatan


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.   
sekadar Gambar Hiasan
 
 
 
sekadar gambar hiasan
 
   II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.  III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak & Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 2 Januari 2014. Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 2 Januari 2014. Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter ini berbahaya kepada semua bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.  SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang Layang dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.  II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 03 Januari 2014. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini  a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North, Palawan & Bunguran dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 2 Januari 2014. Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Sabah (Kudat), Reef South & Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 2 Januari 2014. Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 2 Januari 2014. Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter ini berbahaya kepada semua bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Sumber dari Jabatab Meteorologi Malaysia

 

Dikemaskini pada 02 Januari 2014, jam 10:56AM

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...