Sunday, 19 January 2014

SEMAKAN DAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN SECARA E-PAYMENT-ONLINE


Mutiara Kata :

i. "Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Baginda
Rasullullah S.A.W tentang saudaranya yang mati dengan meninggalkan hutang. Jawab Baginda :
Dia terpenjara dengan hutangnya dan bayarlah."
ii. "Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan Allah akan memudahkan
pembayarannya, dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu."
(Riwayat Al-Bukhari)



PANDUAN

Pinjaman

Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.



Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh.
iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.



Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
menerima Notis Pembayaran Penuh).
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak dengan mengemukakan :
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan
 
Tindakan Peminjam

1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
ditetapkan.
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
bukti pembayaran.
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
alamat penjamin.
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman.
 
SILA KLIK PAUTAN KE
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...