Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Monday, 9 June 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN EGTUKAR SESI JUN 2014 ONLINE- CIKGU JOM SEMAK



Semakan keputusan Egtukar sesi Jun 2014 secara online. Adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan pertukaran guru antara daerah, dalam Daerah dan penempatan pertukaran Guru Sesi Jun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia kini boleh disemak menerusi laman sesawang rasmi E-Operasi.
EGTUKAR
Semakan Keputusan Egtukar Sesi Jun 2014 Online
Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
Statistik Pertukaran Guru Sesi Jun 2014

Sekolah Menengah
menengah
Sekolah Rendah
rendah

Sunday, 23 February 2014

CARA GUNA SISTEM BUKU TEKS DIGITAL 1BESTARI.NET KPM ONLINE



Sistem Buku Teks Digital menerusi 1Bestari.Net Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Kementerian Pendidikan telahmelancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini.

Cara Akses Sistem Buku Teks Digital 1Bestari.Net KPM Online
Langkah 1: Sila layari LINK DISINI 
Cari alamat sekolah anda


Langkah 2: Cari Alamat Sekolah Anda dan klik pada URL Web Adress Sekolah anda
sabah-2

Langkah 3: Login menggunakan ID Yes yang dibekalkan oleh sekolah anda
KPM
Langkah 4: Dapatkan buku teks anda secara digital
FrogBook3

Nota Penting: Buku teks boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Saturday, 15 February 2014

DOWNLOAD JADUAL DAN KALENDAR RASMI PEPERIKSAAN STPM 2014 MALAYSIA



Kalendar takwim rasmi peperiksaan STPM 2014 Malaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual sempena peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi tahun 2014. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada semua calon STPM 2014 yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Kalendar Rasmi Peperiksaan STPM 2014 Malaysia

stpm


JADUAL DAN TARIKH PESTA BUKU MALAYSIA 2014



Jadual dan tarikh pesta buku Malaysia 2014. Berikut adalah jadual penuh karnival pesta buku yang akan berlangsung di sepanjang tahun 2014. Pesta buku merupakan antara karnival yang paling popular khususnya di negara ini dimana orang ramai boleh mendapatkan bahan ilmiah pada harga terendah atau promosi.


pesta

Jadual Dan Tarikh Pesta Buku Malaysia 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya
  • Tarikh: 28 Feb – 9 Mac 2014
  • Lokasi: Dewan Cempaka Sari, Presint 3,Kompleks Perbadanan Putrajaya
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
  • Tarikh: 19 – 23 Mac 2014
  • Lokasi: PICC
Big bad Wolf Book Sale
  • Tarikh: 15 – 23 Feb 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Read Malaysia
  • Tarikh: 21 – 30 Mac 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Tarikh: 24 April – 4 Mei 2014
  • Lokasi: PWTC

Wednesday, 5 February 2014

RAYUAN KEMASUKAN KE ILP 2014


Rayuan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian ILP 2014. Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM), pemohon yang gagal untuk mendapat tawaran ILP sesi januari 2014 boleh mengemukakan rayuan mulai 5 Februari 2014. Bagaimanapun, surat rayuan ke ILP 2014 perlu dihantar secara terus ke pusat Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

SEMAKAN KEPTUSAN RAYUAN SBP 2014 TING 1 AMBILAN KEDUA-ONLINE



Semakan keputusan rayuan SBP 2014 Tingkatan 1 Ambilan Kedua secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu Ambilan Kedua Tahun 2014 boleh dibuat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (Aplikasi Berkala) bermula 05 Februari 2014 (Rabu).

Semakan Keputusan SBP 2014 Tingkatan 1 Online

Semakan Rayuan SBP 2014 Tingkatan 1 Ambilan Kedua
Sila semak di http://www.moe.gov.my/ mulai 5 Februari 2014

 

Sunday, 2 February 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN UITM 2014/2015 ONLINE



Permohonan kemasukan UITM sesi akademik 2014/ 2015 secara online. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi sesi akademik 1 2014/ 2015.

UITM

Cara Permohonan UITM 2014/ 2015
1. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 13 Januari 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 13 Januari 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
2. Sila layari http://www.online.uitm.edu.my/ untuk borang permohonan.

Syarat Kemasukan UITM
● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
● Bumiputera Warganegara Malaysia
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM

Senarai Program UITM 2014/ 2015
  • Bagi program Diploma dan Sarjana Muda sepenuh masa dari kategori/lepasan selain di atas sila pohon melalui http://upu.mohe.gov.my
  • Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
  • Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my
program

Saturday, 25 January 2014

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2013 PADA 30 JANUARI 2014


Tarikh semakan keputusan STAM 2013 pada 30 Januari 2014. Menerusi kenyataan rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Berikut adalah cara semakan keputusan peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan juga calon persendirian.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/01/STAM-Sijil-Tinggi-Agama-Malaysia.jpg

Cara Semakan Keputusan STAM 2013
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mulai 30 Januari 2014 disekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
  • Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya.
Semakan STAM Guna SMS
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip:

Contoh: STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari 2014.

Monday, 20 January 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN ILKA SESI 2014/2015-ONLINE


Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA Sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan online ke Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Calon lepasan SPM dan setaraf yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Diploma Politeknik/ ILKA sesi Jun 2014.

politeknik

Borang Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online
Borang permohonan boleh dilayari menerusi http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Syarat Am Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Tarikh Tutup Permohonan
7 April 2014

Tarikh Keputusan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
Bulan May 2014 (akan dikemaskini)

Pendaftaran Pelajar Baru
2 Jun 2014


 

Sunday, 19 January 2014

SEMAKAN DAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN SECARA E-PAYMENT-ONLINE


Mutiara Kata :

i. "Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Baginda
Rasullullah S.A.W tentang saudaranya yang mati dengan meninggalkan hutang. Jawab Baginda :
Dia terpenjara dengan hutangnya dan bayarlah."
ii. "Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan Allah akan memudahkan
pembayarannya, dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu."
(Riwayat Al-Bukhari)



PANDUAN

Pinjaman

Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.



Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh.
iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.



Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
menerima Notis Pembayaran Penuh).
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak dengan mengemukakan :
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan
 
Tindakan Peminjam

1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
ditetapkan.
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
bukti pembayaran.
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
alamat penjamin.
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman.
 
SILA KLIK PAUTAN KE
 
 

Sunday, 12 January 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN MRSM 2014 TINGKATAN 1 DAN 4 ONLINE


Semakan keputusan kemasukan MRSM 2014 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Menerusi makluman rasmi dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), semakan keputusan ke tingkatan Satu (1) MRSM 2014 akan dibuka mulai 14 Januari 2014. Semakan keputusan MRSM 2014 ke Tingkatan Empat (4) pula dijangka akan dibuka pada bulan Februari 2014. Berikut adalah cara semakan keputusan MRSM 2014 secara atas talian (Online) atau sistem pesanan ringkas (SMS).

MRSM-2014

Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1
Tarikh rasmi: 14 Januari 2014
Pendaftaran: 3 Februari 2014

Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1
Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 4
Tarikh rasmi: Minggu pertama bulan Februari 2014
Pendaftaran: Minggu kedua bulan Februari 2014

Permohonan e-Rayuan MRSM 2014 Tingkatan 1 Dan 4
Pelajar yang tidak berjaya menerima tawaran ke MRSM 2014 boleh mengemukakan rayuan secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2014.

Saturday, 11 January 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN EGTUKAR SESI JANUARI 2014-ONLINE-TAHNIAH



Semakan keputusan rayuan Egtukar sesi Januari 2014 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan rayuan pertukaran guru antara negeri bagi sesi Januari 2014 akan diumumkan mulai jumaat 10 Januari 2014. Kepada guru yang telah mengemukakan surat rayuan pertukaran secara bertulis sebelum 31 Disember 2013, anda kini boleh membuat semakan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Januari 2014 Online

Semakan Keputusan Rayuan Egtukar Sesi Januari 2014
Tarikh Keputusan Rayuan Egtukar Sesi Januari 2014
  • 10 Januari 2014

Monday, 6 January 2014

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN MUET SESI MAC 2014



Semakan status pendaftaran MUET Sesi Mac 2014. Sukacitanya dimaklumkan bahawa calon yang telah mengemukakan permohonan untuk menduduki peperiksaan MUET bagi sesi MAC 2014 boleh membuat semakan status pendaftaran mulai 3 Januari 2014. Semakan pendaftaran boleh disemak menggunakan perkhidmatan SMS seperti yang tertera dibawah.

Semakan Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Guna SMS
muet

Kalendar Muet Sesi 2014
muet 2014

Sunday, 5 January 2014

SEMAKAN KEPTUSAN KOLEJ VAKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2014-ONLINE


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online. Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui pada minggu kedua bulan Januari 2014.

sekolah-teknik-2014

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014
Semakan keputusan dijangka akan diumumkan pada minggu kedua bulan Januari 2014. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak kami akan kemaskini tarikh semakan dari masa ke semasa.

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online
Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman seawang http://www.moe.gov.my/

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar

Monday, 30 December 2013

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN KHAS SEKOLAH RM100 15 JANUARI 2014



Tarikh pemberian bantuan khas sekolah RM100 mulai 15 Januari 2014. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2014, kerajaan akan meneruskan pemberian intensif bantuan khas awal persekolahan bernilai RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Ini meliputi semua murid dari tahun satu sehingga pelajar tingkatan lima. Objektif utama pemberian bantuan persekolahan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa untuk membeli alat tulis, baju dan juga kelengkapan murid pada awal persekolahan.

Bantuan-pelajar-sekolah

Tarikh Pemberian Bantuan Sekolah RM100 Mulai 15 Januari 2014
Pemberian bantuan khas RM100 bagi setiap sekolah di seluruh negeri akan diagihkan mulai 15 Januari 2013. Pengagihan bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat.

Saturday, 21 December 2013

SENARAI RANKING SEKOLAH SBP TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN PMR 2013



Senarai ranking sekolah SBP terbaik berdasarkan keputusan PMR 2013. Umum sudah mengetahui bahawa semakan keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2013 telah pun diumumkan pada khamis 19 Disember 2013. Berikut adalah kedudukan Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP) diseluruh Malaysia berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik PMR 2013.

sbp-terbaik

Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik Keputusan PMR 2013
1. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0154)
2. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0231)
3. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0255)
4. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0266)
5. SM Sains Miri (GPS 1.0275)
6. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0301)
7. SM Sains Hulu Selangor (GPS 1.0310)
8. Sekolah Dato’ Abdul Razak (GPS 1.0323)
9. SM Sains Kota Tinggi (GPS 1.0335)
10. SM Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0363)
11. SM Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0390)
12. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0426)
13. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0502)
14. SM Sains Tuanku Syed Putra (1.0526)
15. SM Sains Rembau (GPS 1.0535)
16. SM Sains Pasir Puteh (GPS 1.0542)
17. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0606)
18. SM Sains Selangor (GPS 1.0615)
19. SM Sains Tapah (GPS 1.0622)
20. SM Sains Johor (GPS 1.0653)
21. SM Sains Kuala Selangor (GPS 1.0654)
22. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa (GPS 1.06671)
23. SM Sains Tuanku Ja’afar (GPS 1.0698)
24. SM Sains Tengku Abdullah (GPS 1.0740)
25. SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0741)
26. SM Sains Kubang Pasu (GPS 1.0743)
27. SM Sains Teluk Intan (GPS 1.0840)
28. SM Sains Kuching (GPS 1.0893)
29. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.0896)
30. SM Sains Banting (GPS 1.0904)
31. SM Sains Pokok Sena (GPS 1.0937)
32. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.0939)
33. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.0942)
34. SM Sultan Abdul Halim (GPS 1.1010)
35. SM Sains Machang (GPS 1.1012)
36. SBPI Integrasi Rawang (GPS 1.030)
37. SM Sains Lahad Datu (GPS 1.1086)
38. SM Sains bagan Datoh (GPS 1.1092)
39. SM Sains Kepala Batas (GPS 1.1092)
40. SB Integrasi Batu Rakit (GPS 1.1153)
41. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (GPS 1.1213)
42. SM Sains Sabah (GPS 1.1241)
43. SBPI Sabak Bernam (GPS 1.1270)
44. SM Sains Sembrong (GPS 1.1278)
45. SBPI Kubang Pasu (GPS 1.1323)
46. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1325)
47. SBPI Kuantan (GPS 1.1411)
48. SM Sains Labuan (GPS 1.1431)
49. SBPI Temerloh (GPS 1.1506)
50. SBPI Tun Abdul Razak (GPS 1.1582)
51. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1628)
52. SM Sains Dungun (GPS 1.1140)
53. SM Agama Persekituan Labu (GPS 1.1786)
54. SM Sains Setiu (GPS 1.1823)
55. SBPI Selandar (GPS 1.22212)
56. SBPI Jempol (GPS 1.12263)
57. SM Sains Sultan Iskandar (GPS 1.1342)

Analisis Gred Purata Sekolah (GPS) Bagi SBP PMR 2013

Sila klik untuk paparan lebih jelas
sbp

Monday, 16 December 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH SENI 2014-ONLINE


Semakan keputusan kemasukan sekolah seni 2014 tingkatan 1 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sek Seni Malaysia Ambilan 2014 telah dibuka mulai 17 Disember 2013. Berikut adalah cara semakan sekolah seni 2013 secara online bagi kemasukan tingkatan 1.

sekolah-seni

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2014 Tingkatan 1 Online

Untuk membuat semakan, sila layari http://www.moe.gov.my/

SEMAKAN KEPUTUSAN KRK,KAA,SMKA DAN SABK UNTUK TINGKATAN 1-ONLINE


Semakan keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK Sekolah Kawalan Tingkatan 1 tahun 2014 Online. Menerusi makluman rasmi dari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia, Semakan tawaran ke sekolah kawalan setiap negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi. Berikut adalah cara semakan sekolah kawalan secara online dan sms.

sekolah-kawalan

Singkatan Maksud Sekolah Kawalan Kerajaan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)
Semakan Keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK 2014 Online
Semakan boleh dibuat menerusi laman http://public.moe.gov.my

Semakan Keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK 2014 SMS
Semakan guna SMS dengan menaip MOE SKKAWALAN Angka Giliran UPSR da kemudian SMS ke 15888

(contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001 ke 15888).

 

Wednesday, 4 December 2013

SISTEM PERTUKARAN GURU ONLINE


PERTUKARAN GURU KINI ONLINE


Kementerian Pendidikan memandang serius dakwaan isu pertukaran guru melalui orang tengah seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris baru-baru ini.
Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian berkenaan, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci dakwaan terbabit.
''Kementerian ingin memaklumkan bahawa prosedur pertukaran guru adalah berdasarkan kriteria utama seperti keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dipohon dan keperluan opsyen atau mata pelajaran di negeri yang dipohon," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Isnin lalu, akhbar tabloid terbabit melaporkan guru sekolah sanggup membayar sejumlah wang bagi memastikan mereka berjaya ditukarkan ke negeri yang dipilih.
Tambah kenyataan itu, selain kriteria utama, kementerian tersebut juga mempertimbangkan kelulusan pertukaran berdasarkan faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan kepada guru berkenaan.
Katanya, kementerian turut mengambil beberapa langkah tambahan secara telus dan terbuka iaitu guru yang tidak berpuas hati termasuk yang ingin membuat rayuan permohonan mereka boleh datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai-pegawai terlibat.



Bagi yang ingin Mengisi Secara Online Boleh Klik disini:-
http://apps.moe.gov.my/epgo/




 

Sunday, 24 November 2013

SENARAI TIGA SUBJEK BARU UNTUK MURID DARJAH 4 TAHUN 2014


Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

subjek-baru

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...