Wednesday 4 December 2013

SISTEM PERTUKARAN GURU ONLINE


PERTUKARAN GURU KINI ONLINE


Kementerian Pendidikan memandang serius dakwaan isu pertukaran guru melalui orang tengah seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris baru-baru ini.
Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian berkenaan, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci dakwaan terbabit.
''Kementerian ingin memaklumkan bahawa prosedur pertukaran guru adalah berdasarkan kriteria utama seperti keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dipohon dan keperluan opsyen atau mata pelajaran di negeri yang dipohon," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Isnin lalu, akhbar tabloid terbabit melaporkan guru sekolah sanggup membayar sejumlah wang bagi memastikan mereka berjaya ditukarkan ke negeri yang dipilih.
Tambah kenyataan itu, selain kriteria utama, kementerian tersebut juga mempertimbangkan kelulusan pertukaran berdasarkan faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan kepada guru berkenaan.
Katanya, kementerian turut mengambil beberapa langkah tambahan secara telus dan terbuka iaitu guru yang tidak berpuas hati termasuk yang ingin membuat rayuan permohonan mereka boleh datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai-pegawai terlibat.



Bagi yang ingin Mengisi Secara Online Boleh Klik disini:-
http://apps.moe.gov.my/epgo/




 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...