Tuesday 3 December 2013

KADAR TARIF ELEKTRIK TNB NAIK LAGI JANUARI 2014


Kadar harga tarif bil elektrik TNB naik lagi mulai 2014 di Malaysia. Kenaikan itu akan berkuat kuasa serta merta mulai 1 Januari 2014. Perkara mengenai kenaikan tarif elektrik itu juga telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen.

kenaikan-bil

Tarif Elektrik Semenanjung Malaysia 2014
Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Tarif Elektrik Sabah/ Labuan Malaysia 2014
Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.

Tarif Elektrik Sarawak 2014
Bagaimanapun Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
Faktor Kenaikan Tarif Elektrik Mulai 2014
  • Kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj)
  • Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj)
  • kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj)
  • Semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...