Wednesday 11 December 2013

TAMBAH BAIK SKIM 17



 KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan memberi keutamaan dalam penambahbaikan skim perkhidmatan awam kepada kira-kira 650,000 kakitangan gred 17 ke atas.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kumpulan itu terdiri daripada kumpulan pelaksana satu, melibatkan jawatan pembantu tadbir kerajaan, badan berkanun serta badan beruniform antaranya bomba, imigresen dan sebagainya.

"Kita minta kerajaan memberi keutamaan semakan semula gred gaji kakitangan gred 17 dan kita menjangkakan kenaikan gred gaji itu dapat dilaksanakan bermula sambutan Hari Pekerja iaitu pada 1 Mei tahun hadapan."Ini kerana terdapat kakitangan awam dalam gred tersebut yang sudah berkhidmat selama 15 tahun masih belum menerima sebarang kenaikan gred gaji," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perjumpaan khas di Wisma CUEPACS di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan 100 skim perkhidmatan awam akan dikaji semula awal tahun hadapan selepas 81 skim ditambah baik dalam bajet 2014.Sementara itu, Omar berkata, beliau menyambut baik langkah kerajaan memberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi kepada pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana."Usaha ini mampu memberikan motivasi kepada golongan muda untuk berkhidmat dengan lebih berkualiti dan melahirkan generasi akademik yang lebih cemerlang," jelasnya.

Dalam pada itu, Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan tabung kutipan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu."Kita akan menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa minggu hadapan untuk memohon mengadakan kutipan derma ikhlas di pejabat kerajaan seluruh negara," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...