Wednesday 11 December 2013

PELUANG UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENJADI SAINTIS MUDA CUACA ANGKASA



Pelajar-pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 berpeluang untuk menjadi saintis muda cuaca angkasa dengan menyertai Pertandingan Inovasi Cuaca anjuran Angkasa.Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Institut Sains Angkasa Universiti Kebangsaan Malaysia (ANGKASA UKM).

Pertandingan Inovasi Cuaca Angkasa merupakan sebuah pertandingan di bawah program International Space Weather Initiative(ISWI) iaitu penyelidikan mengenai cuaca angkasa yang menggunakan instrumentrasi yang dikenali sebagai Sudden Ionospheric Disturbance (SID) yang boleh mengukur tahap gangguan cuaca angkasa di lapisan atmosfera bumi.
 
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sahaja. Bagi tujuan pendaftaran penyertaan, guru dikehendaki mendaftarkan nama sekolah untuk mendapatkan ID pertandingan di www.inovasisid2013.angkasa.gov.my mulai 1 Mei 2013. Setiap pelajar dalam kumpulan yang terpilih perlu menyiapkan soalan kaji selidik yang disediakan secara atas talian. Semua penyertaan haruslah dihantar dan diterima oleh penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan dan satu sekolah hanya boleh menghantar satu permohonan sahaja.
Sehubungan dengan itu, diharapkan pertandingan akan memberi pendedahan awal mengenai bidang sains angkasa dan teknologinya melalui pemantauan cuaca angkasa dan juga kesan-kesan aktiviti Matahari kepada Bumi.
 
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung pertandingan ini sila hubungi Urus setia pertandingan Puan Zulia Kurnia Dewi Nurlisman di talian 03-3180 4377 atau e-mel di zulia@angkasa.gov.my

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...