Berita palsu amaran Tsunami Jepun bakal melanda di Sabah dan Brunei telah tersebar. Pada 26 Disember 2013, telah tersebar khabar angin kononnya Tsunami yang berpusat di Jepun bakal berlaku dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo. Khabar itu tersebar susulan sekeping gambar laut bergelora kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook. Hal ini mencetuskan kebimbangan terutamanya penduduk di Sabah. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menafikan dakwaan tersebut dan setakat ini tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi yang boleh menyebabkan Tsunami.
Petikan Berita Palsu Amaran Tsunami Yang Tersebar
Berita Palsu Amaran Tsunami Jepun Di Sabah Dan Brunei
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial. Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.
Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami. Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook. Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua