Monday, 23 December 2013

HELIKOPTER NURI MEMBUAT PENDARATAN CEMAS-6 GAMBAR


Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah. Masalah teknikal dipercayai menjadi punca helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi, dekat sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.25 pagi menyebabkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan.Difahamkan, helikopter yang dikendalikan Skuadron 3 TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan.

Sumber berkata, juruterbang berpangkat kapten yang mengendalikan helikopter itu dipercayai terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku keadaan angin kuat menyebabkan pesawat terbabit hilang kawalan lalu terhempas di kawasan berbatu di pulau berkenaan.Katanya, akibat itu, empat penumpang termasuk kru pesawat mengalami kecederaan dengan seorang anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) patah tangan manakala dua lagi rakannya tidak cedera.



 
 

Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan.
 
 
  
 
 
 
Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...