Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

NAGA DI KULIM : VIDEO PALSU

Berita palsu rakaman video penemuan Naga di Kulim Kedah tersebar. Pada 17 Jun 2014, pengguna dilaman sosial digemparkan dengan insiden rakaman objek terbang yang menyerupai seekor naga. Untuk pengetahuan, video yang tersebar secara viral itu adalah palsu kerana menggunakan teknik kesan visual khas (Special effect). Boleh dilihat pergerakan makluk yang terbang itu agak janggal dan kekok. Selain itu, video asal rakaman tersebut dipercayai dimuat naik dilaman youtube sejak 21 Oktober 2013 yang kononnya berlaku di England dan bukannya di Kulim Kedah. Namun apa yang pasti, rakaman yang mendakwa insiden berlaku di England adalah tidak benar sama sekali.
naga
Rakaman Video Naga Di Kulim Kedah Tersebar
Video Asal Rakaman Naga Di England (Palsu)
Rakaman yang sama dikatakan berlaku di England juga adalah tidak benar sama sekali.
video lama

Thursday, 24 April 2014

KEMANAKAH SIFAT KEMANUSIAN....



ZALIMNYA MANUSIA




LOS ANGELES - Seekor burung undan yang cedera selepas kantung pada paruh haiwan itu dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab berjaya diselamatkan oleh Badan Penyelamat Burung Antarabangsa.
Burung itu dijumpai dalam keadaan lemah di Long Beach di sini pada 16 April lalu.
Badan Penyelamat Burung Antarabangsa percaya kantung haiwan itu dipotong dengan pisau atau objek tajam menyebabkan ia tidak dapat mencari makanan.
Pihak berkuasa California kini menawarkan ganjaran sebanyak AS$2,500 (RM8,170) kepada individu yang dapat memberi maklumat berhubung mereka yang melakukan perbuatan tersebut. - AP


Wednesday, 25 December 2013

VIDEO IKAN NAIK KE DARAT DI PANTAI KAMPUNG TAMBISAN LAHAD DATU



Video ribuan ikan naik ke darat di pantai Kampung Tambisan Lahad Datu, Sabah. Pada 24 Disember 2013, penduduk kampung terutamanya di Tambisan Darat digemparkan dengan fenomena ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Fenomena tersebut juga dirakam oleh jurukamera amatur dan kini mendapat perhatian hangat khususnya dilaman sosial. Ramai pihak mendakwa bahawa ianya akan berlaku ancaman Tsunami namun Jabatan Metereologi menafikan dakwaan tersebut.

pantai

Punca Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. Pada 23 Disember 2013, Jabatan Metereologi mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

tambisan-lahad-datu

Video Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...