Wednesday, 25 December 2013

VIDEO IKAN NAIK KE DARAT DI PANTAI KAMPUNG TAMBISAN LAHAD DATU



Video ribuan ikan naik ke darat di pantai Kampung Tambisan Lahad Datu, Sabah. Pada 24 Disember 2013, penduduk kampung terutamanya di Tambisan Darat digemparkan dengan fenomena ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Fenomena tersebut juga dirakam oleh jurukamera amatur dan kini mendapat perhatian hangat khususnya dilaman sosial. Ramai pihak mendakwa bahawa ianya akan berlaku ancaman Tsunami namun Jabatan Metereologi menafikan dakwaan tersebut.

pantai

Punca Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. Pada 23 Disember 2013, Jabatan Metereologi mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

tambisan-lahad-datu

Video Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...