Saturday 30 November 2013

ROSAK JALAN DIMUSIM HUJAN




Kemanakah PBT dalam menangani masalah ini. Permukaan Jalan Raya juga merupakan salah satu faktor dimana kemalangan boleh berlaku.
Laluan ini merupakan sering digunakan Lori-lori yang bersaiz besar dan berat....Pemantauan juga hendaklah selalu terutama tahap beban yang dibawa. Kerana Faktor beban yang berat ini lah yang merosakan permukaan jalanraya di laluan machang-pasir puteh ini.

Selain daripada itu, jalan di sekitar kuala krai jugak amatlah menyedihkan. Terutama jalan yang berhadapan PASARAYA PKT DAN PASARAYA PANTAI TIMUR. Permukaan Jalan di Dua kawasan terbabit Ibarat Malaysia Zaman Mundur...Zaman Gelap..adakah pihak PBT tidak nampak akan kerosakan tersebut atau ada masalah berkaitan lain-lain...MInta segera lah perbaiki keadaan Permukaan jalan di kawasan terbabit. Pengguna inginkan keselesaan dan keselamatan ketika memandu.

Masalah jalan rosak teruk
Keadaan jalan yang perlu diturap secara keluruhan akibat berlubang dan tidak rata.
Dipetik dari sinar harian
MACHANG - Isu jalan rosak, berlubang, tidak rata dan pelbagai masalah yang berkaitan menimbulkan bermacam kesulitan terutamanya kepada pengguna Lebuh Raya Machang-Pasir Puteh di sini.

Setiap kali musim hujan, jalan tersebut akan dipenuhi lubang yang membahayakan dan apabila diturap, ia menjadi tidak rata yang mana turut menimbulkan pelbagai masalah lain kepada pengguna.

Pengguna, Azwan Hussin berkata, isu jalan rosak bukan perkara asing namun ia tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia mampu membahayakan beribu-ribu nyawa yang menggunakannya terutamanya apabila melibatkan lebuh raya.

Lebuh raya itu perlu diturap semua secara keseluruhan dan cara turapan melibatkan lubang tertentu sahaja tidak berhasil, ia berulang setiap kali selepas musim tengkujuh.

Menurutnya, kerja menurap juga perlu dilakukan dengan berkesan bagi mengelakkan permukaan jalan tidak rata dan masalah lubang berulang semula.

“Permukaan jalan yang tidak rata ini menyebabkan pemandu memilih untuk mengelak dan masuk ke laluan bertentangan. Ia bukan sahaja tidak menyelesakan tetapi mampu merosakkan kenderaan jika menggunakan jalan yang rosak itu.

“Adakalanya tindakan pemandu mengelak jalan tidak rata ini menyebabkan mereka kemalangan apabila bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan,” katanya.

Saiful Alias pula berkata, keadaan permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang semula dipercayai akibat turapan yang tidak berkualiti dan ditambah dengan faktor cuaca.

Katanya, keadaan itu mengundang rungutan di kalangan pengguna, malah boleh menjadi punca kenderaan rosak dan kemalangan.

Menurutnya, lagi, jalan tersebut terutamanya berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 itu perlu diturap keseluruhannya.

Wednesday 27 November 2013

ASHRAF MAKIN STABIL APABILA ALAMI TRAUMA DALAMA HIDUPNYA



Mastura Che Awang melayan Muhammad Ashraf Ikhwan sambil diperhatikan Pirhat Karim.
Mastura Che Awang melayan Muhammad Ashraf Ikhwan sambil diperhatikan Pirhat Karim.
"Saya masih belum bersedia untuk memaafkan dia. Hati ini masih marah dan sakit bila teringatkan peristiwa yang membuatkan saya hampir kehilangan Asyraf (anak)," luah Mastura Che Awang dalam pertemuan dengan MalaysiaGazette di rumahnya semalam.
Mastura merupakan ibu kepada Muhammad Ashraf Ikhwan Pirhat, bayi 10 bulan yang tercampak keluar selepas kereta yang dinaiki dilarikan seorang remaja di Dungun, Terengganu beberapa minggu lalu.
Ibu muda itu seolah-olah mahu melupakan tragedi itu, namun segala-galanya terlalu sukar untuk `dilepaskan'. Dia masih mengingati dengan jelas wajah remaja yang menculik mereka sekeluarga dan setiap kali teringat peristiwa itu, hatinya menjadi marah dan sakit.
Walaupun sebelum ini, keluarga remaja itu pernah menyatakan hasrat ingin bertemu dengannya untuk meminta maaf, namun beliau masih dia bersedia dan terkejut dengan permintaan tersebut.
"Ibu bapa budak itu tidak bersalah, jadi mereka tidak perlu meminta maaf. Tapi saya kesal dengan mereka yang tidak menjaga anak bermasalah seperti itu baik-baik.
"Saya sendiri sebagai seorang ibu, sekiranya melihat anak bermasalah saya akan pantau dan bantu anak bagi mendapatkan rawatan.
"Yang paling penting sekali kasih sayang ibu terhadap anak itu, bagi memastikan rawatan atau jagaan terbaik dapat diterima," ujarnya.
Ditanya perkembangan Ashraf, Mastura tidak putus-putus melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana keadaan puteranya semakin pulih dan kembali normal serta ceria seperti sebelum kemalangan.
Selepas membuat rawatan susulan pada pagi semalam, doktor pakar kanak-kanak gembira dengan perkembangan terkini bayi itu dan mengesahkan Ashraf hampir 95 peratus pulih.
Esok satu lagi rawatan susulan akan dibuat dengan pakar yang membedah Ashraf untuk melihat perkembangan kepalanya pula.
Ashraf menerima rawatan di Pusat Perubatan Sime Darby Ara Damansara sejak 12 November lalu telah menjalani pembedahan kecil di kepala bagi mengeluarkan cecair dan darah beku.
Dalam kejadian kemalangan 4 November lalu, kereta yang dinaiki oleh Pirhat Karim bersama isterinya, Mastura dan Ashraf dilarikan oleh seorang remaja ketika keluarga itu berada dalam kenderaan berkenaan.
Mereka menjadi tebusan kira-kira sejam dalam kereta yang dipandu sehingga 190 kilometer sejam itu terbabas akibat terlanggar lopak dan menyebabkan Ashraf tercampak keluar.
Selain Ashraf dan ibunya yang mengalami kecederaan parah, Pirhat turut mengalami kecederaan di bahu. - MalaysiaGazette
SUMBER DARI MALAYSIAGAZETTE..


 

Tuesday 26 November 2013

HATI-HATI DIJALANRAYA DI MUSIM HUJAN



Musim Tengkujuh telah Kembali di Pantai Timur. Negeri yang terlibat antaranya Kelantan ,Terengganu Pahang dan Kawasan yang berdekatan antara 3 negeri ini.

Maka Jalan raya pasti akan mengundang bahaya kepada para pengguna.
Dengan dengan permukaan jalanraya yang licin, ditambah pula dengan keadaan yang berlubang disana sini merbahayakan nyawa pengguna jalanraya.

Jalan raya di pantai timur terutama di negeri yang mempunyai jaringan jalan rayanya yang baik pon tidak boleh menjamin keselamatan pengguna semasa menggunakan jalan tersebut.

apabila hujan melanda, lubang yang terbentuk di atas jalan raya pasti akan digenangi air dan pasti membuatkan kita tidak nampak tahap kedalaman lubang yang terbentuk.

Dengan kelajuan 80km/jam pun pasti kereta atau motosikal yang melanggar lubang tersebut pasti akan mengundang musibah kepada pengguna jalanraya.

sekadar gambar hiasan
 
 
 
 
Lubang Yang terbentuk sekiranya tiada tindakan diambil bagi menampalnya,pasti akan ada yang terbabas dan mendatangkan kemalangan jiwa.
 
Pihak berwajib kene segera dalam membaiki jalan-jalan yang mengalami kerosakan permukaan dengan kadar segera. Ini adalah kerana pada musim hujan kerap kali kemalangan berlaku dengan pelbagai faktor.
 
sekiranya salah satu faktor dapat disegerakan permasalahan,kita sudah berjaya mengurangkan risiko kemalangan.
 
sekadar gambar hiasan
 

 

Sekadar Gambar Hiasan


 

Sunday 24 November 2013

SENARAI TIGA SUBJEK BARU UNTUK MURID DARJAH 4 TAHUN 2014


Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

subjek-baru

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
 

BORANG PENDAFTRAN PEMILIH PARLIMEN BELIA MALAYSIA ONLINE


Borang pendaftaran pemilih Parlimen Belia Malaysia secara online. Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia PBM adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

parlimen belia Malaysia

Objektif Parlimen Belia Malaysia
Parlimen Belia Malaysia ini adalah bagi memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan ahli persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.

Syarat Kelayakan Parlimen Belia Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 15 Hingga 50 Tahun
Borang Pendaftaran Parlimen Belia Malaysia Online

Kaedah Pemilihan Parlimen Belia Malaysia
Kaedah Pemilihan Parlimen Belia Malaysia adalah seperti berikut:-
    1. Struktur pemilihan APBM yang baru adalah mengikut negeri yang pada asalnya dipilih mengikut kawasan Parlimen.
    2. Keahlian PBM adalah seramai 119 orang iaitu mengikut taburan kepadatan populasi belia di setiap negeri. Rasional bilangan Ahli Parlimen Belia Malaysia adalah seorang APBM bagi setiap 100,000 belia (1:100,000). Pecahan APBM mengikut negeri adalah seperti:
belia

3. Kaedah pemilihan 119 Ahli PBM dilaksanakan secara online melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di www.parlimenbelia.gov.my.

4. Bagi memastikan kredibiliti dan kebolehupayaannya memproses pemilihan APBM, pihak ketiga akan dilantik untuk mengaudit sistem E-PBM.

5. Pemilihan Ahli PBM :
a) Seorang pengundi hanya boleh mengundi calon mengikut bilangan kuota.
b) Pengundi dan calon mestilah berdaftar dari negeri yang sama.

6. Pelantikan Ahli PBM :
a) Ahli PBM yang telah dipilih akan diperakukan pelantikannya oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
b) Tempoh pelantiikan APBM adalah 1 penggal (2 tahun).
 

Wednesday 20 November 2013

REMAJA YANG MENYUSAHKAN ORANG HADAPI 4 TUDUHAN


Remaja berdepan 4 pertuduhan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun untuk proses pendakwaan.
 
DUNGUN - Seorang remaja yang dipercayai anak tauke karpet dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun, di sini, pagi semalam atas tuduhan mencuri kenderaan dan mengurung orang dalam dua kejadian berasingan.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dalam pertuduhan pertama telah mencuri sebuah kenderaan jenis Grand Livina yang dimiliki Jarini Mohd Nawi, 27.

Kejadian berlaku pada 4 November 2013 lebih kurang jam 5.50 petang di Hentian R&R susur keluar Ajil itu membuatkan dia dituduh mengikut Seksyen 379 A.

Dalam pertuduhan kedua mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan pula, dia pada masa, tempat dan tarikh yang sama dituduh mengurung tiga orang dengan salah dalam sebuah kenderaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berasal dari Kemaman boleh dijatuhkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun berserta denda.

Pertuduhan kedua boleh disabitkan hukuman penjara maksimum satu tahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan ketiga pula, pada 4 November jam antara 6 dan 6.45 petang, tertuduh bertempat di Jalan Jerangau-Jabor Dungun telah mencuri sebuah Perodua Myvi daripada Nor Maizura Mustafar Kamar, 18.

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun hingga tujuh tahun serta denda.

Dia juga dalam pertuduhan keempat didakwa mengurung tiga orang dengan salah pada tarikh masa, tempat yang sama dengan pertuduhan ketiga dan jika sabit kesalahan, remaja ini boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda
tidak melebihi RM2,000 atau keduaduanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan ke atasnya, namun mahkamah menetapkan pada 11 dan 22 Disember nanti sebagai tarikh sebutan semula kes memandangkan tertuduh memerlukan laporan akhlak daripada perunding Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana pesalah masih di bawah umur.

Timbalan Pendakwaraya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memohon mahkamah agar tidak memberi jaminan ke atas tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius selain dapat memberikan kesan trauma kepada mangsa terlibat dan Majistret,
Hazwanie Husain Bustari membenarkan permohonan tersebut.

dipetik dari Sinar Harian.
 

Tuesday 19 November 2013

REMAJA MENGAKU CURI KENDERAAN DAN MENGURUNG ORANG



DUNGUN - Remaja lelaki yang melarikan dua kenderaan hingga menyebabkan kemalangan 4 November lepas, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap empat pertuduhan iaitu mencuri kenderaan dan mengurung orang secara salah.

Remaja berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari, yang dijalankan secara tertutup kerana tertuduh seorang juvana.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran AGN 8861, daripada Jarini Mohd Nawi, 27, jam 5.50 petang di Hentian Rawat dan Rehat susur Ajil, Kuala Berang, 4 November lepas.

Pertuduhan kedua dia didakwa mengurung tiga orang secara salah di dalam kenderaan sama iaitu Pirhat Karim, 34, Mastura Che Awang, 31, dan Muhammad Asyraf Ikhwan Pirhat, sembilan bulan, pada tempat dan hari yang sama dari 5.50 hingga 6.30 petang.

Bagi pertuduhan ketiga dia didakwa mencuri sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik Nor Maizura Mustafa Kamar, 18, dan bagi pertuduhan keempat mengurung mangsa dengan salah di dalam kenderaan itu dari jam 6 hingga 6.40 petang di Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, pada tarikh sama.

Dia didakwa mengurung Habibah Teh, 50, Azrul Fazli Mustafa Kamar, 14, Nur Anisya Qistina Khairul Nazri, 5, dan Muhammad Ariff Takumi Khairul Nazri, dua tahun.

Bagi dakwaan mencuri kenderaan dia dituduh mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.
Bagi kesalahan mengurung dia didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak ditemani anggota keluarga dan menetapkan 11 Disember dan 22 Disember ini sebutan semula kes untuk mendapatkan fakta penuh laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

BORANG PENDAFTARAN DAN KALENDAR ATVITI MUET 2014-ONLINE



Borang pendaftaran dan kalendar aktiviti jadual MUET 2014 secara online. Kepada calon yang akan mendaftar peperiksaan Malaysian English University Test (MUET), berikut adalah maklumat penting sebagai panduan anda. Peperiksaan MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November 2014.

MUET adalah wajib diambil bagi semua calon yang akan mengambil program Ijazah di IPTA atau IPTS. Peperiksaan MUET juga akan diadakan di Sekolah Kerajaan dan juga di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.

semakan muet

Borang Pendaftaran MUET 2014 Online
Nota: Calon dinasihatkan membeli nombor pin MUET di cawangan Bank BSN yang berdekatan sebelum membuat permohonan secara online.

Kalendar Aktiviti MUET 2014
muet 2014

 

Monday 18 November 2013

MUSIM TENGKUJUH KINI BERMULA-TERENGGANU,KELANTAN DAN PAHANG



Salam.

Negeri Di Pantai timur Terengganu,Kelantan dan Pahang Kini bersiap sedia dalam menghadapi musim Tenkujuh yang bakal tiba...
Rata-rata taburan hujan di Negeri pantai Timur Kini makin kerap dan dengan keadaan berangin pada sebelah petang.









Statistik dan Jangkaan Taburan Hujan Dari November 2013 Hingga Mac 2014



Pada amnya, taburan hujan yang normal dijangka berlaku di seluruh Negara sepanjang

tempoh musim Monsun Timur Laut 2013/14. Tiupan angin Timur dan Timur Laut yang

sederhana dengan kelajuan antara 10 km/j hingga 40 km/j pada fasa awal Monsun dijangka

akan meningkatkan aktiviti perolakan di kawasan Utara Semenanjung yang seterusnya akan

meningkatkan jumlah hujan di kawasan Utara Semenanjung. Sebaliknya beberapa buah

kawasan di Selatan Semenanjung seperti Pahang Selatan, Pahang Timur, Johor Timur dan

Johor Selatan pula akan menerima hujan di bawah paras normal pada November 2013.

Jumlah hujan dijangka turut meningkat di beberapa bahagian di Sabah seperti di Kudat,

Pantai Barat dan Pedalaman pada bulan November 2013.

8. Jumlah hujan yang minimum dijangka berlaku di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau

Pinang mulai Januari 2014 hingga Februari 2014 nanti. Manakala kawasan-kawasan seperti lembaran sungai

di Perak Utara, Kelantan dan Terengganu Utara pula dijangka menerima jumlah hujan yang

minimum pada bulan Februari dan Mac 2014. Jangkaan hujan dari bulan November 2013

hingga Mac 2014 di stesen-stesen meteorologi utama di seluruh negara.


Monsun Timur Laut dicirikan oleh tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara tetap

merentasi Laut China Selatan dan sampai ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pada musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan Pantai Sarawak dan

Pantai Timur Sabah akan mengalami beberapa episod hujan lebat yang menyeluruh dan

berterusan selama tiga hingga tujuh hari yang boleh mengakibatkan kejadian banjir di negerinegeri

Pantai Timur dan kawasan Selatan Semenanjung pada bulan November dan

Disember. Kejadian yang sama juga boleh berlaku di bahagian Utara dan Barat Sabah serta

bahagian Barat dan Tengah Sarawak pada bulan Januari dan Februari.

 Monsun Timur Laut yang normal diramal akan berlaku pada kali ini yang dijangka

bermula pada minggu kedua bulan November 2013 dan berakhir pada minggu ketiga bulan

Mac 2014. Dalam tempoh ini, diramalkan antara empat hingga lima episod hujan lebat akan

berlaku dengan episod pertama dijangka berlaku sekitar minggu ketiga bulan November 2013.

Walaupun Negara dijangka mengalami Monsun Timur Laut yang normal, namun setiap

kejadian hujan lebat tetap boleh menyebabkan kejadian banjir terutamanya di kawasan sungai.



pasti laris di musim hujan ini..hehhehe....



Saturday 16 November 2013

SEKELUMIT ILMU-SEKADAR PERKONGSIAN

CARA-CARA BERTAYAMMUN


1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
  • Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
  • Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.


Syarat Sah & Rukun Tayammum


Syarat-Syarat Sah Bertayammum
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu.
  • Tanah debu yang suci.
  • Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
  • Ada qasad / niat penggunaan tanah.
  • Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
  • Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
  • Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
  • Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.


Rukun Tayammum
  • Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
  • Menyapu Muka.
  • Menyapu Tangan.
  • Tertib.


Bahan Untuk Bertayammum


Debu tanah yang bersih iaitu:
  • Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
  • Tidak dikategorikan sebagai abu.
  • Suci dan tidak bernajis.
  • Tidak musta’mal.
  • Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.
Hikmah Bertayammum Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.



Tayammum


Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajibdisebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib .

Allah berfirman: “…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. …” (al-Maidah (5): 6).

SEMAKAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA SPYLN 2013


Semakan keputusan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara SPYLN 2013. Pihak JPA telah mengumumkan bahawa semakan SPYLN bagi sesi kedua 2013 telah ditangguh kepada selasa 26 November 2013. Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

jpa

Keputusan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara SPYLN 2013
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai 26 November 2013
Semoga berjaya.

 

Tuesday 12 November 2013

ADIK ASHRAF KINI STABIL



SUBANG JAYA – Bayi Muhammad Ashraf Ikhwan Pirhat, 9 bulan yang koma sejak 4 November lalu selamat tiba di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Ara Damansara pada jam 3.15 petang tadi.
Ashraf koma setelah mengalami kecederaan teruk di kepala hingga koma apabila terlibat dalam insiden remaja melarikan kereta yang dinaikinya di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi – Ajil.
Menurut bapa Ashraf, Pirhat Karim 34, sehingga pagi tadi Ashraf dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebelum diberi kebenaran daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan susulan di SDMC.
Manakala isterinya pula, Che Mastura Che Awang, 31, mengalami patah tangan kiri dan patah tulang rusuk, kini berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan keluar daripada hospital yang sama namun masih trauma.
“Setakat ini doktor beritahu tidak mahu komen banyak, Cuma doktor cakap, anak saya sudah semakin stabilselepas koma setelah mengalami kecederaan teruk di kepala,” katanya ketika ditemui ABN News hari ini.
Jelas Pirhat lagi, mereka berlepas dari Kuala Terengganu menaiki pesawat yang disewa khas tajaan Allianz General Insurance Berhad.
Pirhat adalah antara dua keluarga berdepan detik cemas apabila mereka `dilarikan’ bersama kereta masing-masing oleh seorang remaja lelaki dalam dua kejadian yang berlaku secara berturut-turut, bermula di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil.
Selepas kereta yang dinaiki keluarga Abdul Pirhat terbabas dan terbabit kemalangan, remaja itu bertindak menahan dan melarikan kereta lain yang juga dinaiki oleh sebuah keluarga.


Che Mastura bersama dengan Abdul Pirhat Disamping Bayi mereka Adik Ashraf Ikhwan di Wad Icu Hospital Ara Damansara.
 
 
 

 
Model Kapal Terbang sewa Khas yang membawa keluarga Abdul Pirhat ke Kuala Lumpur Semalam.
 




 
 

SOLAT JENAZAH


Solat Jenazah

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.



“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ



“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

Monday 11 November 2013

ADIK ASHRAF SELAMAT BERLEPAS DI KUALA TERENGGANU MENUJU KE SUBANG JAM 2.00 PM

Mastura Che Awang di sisi anaknya, Muhammad Ashraf Ikhwan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Gambar sebelum Mastura dibenarkan keluar.
BAYI lelaki berusia sembilan bulan, Muhammad Ashraf Ikhwan yang koma setelah tercampak keluar dari kereta Nissan Grand Livina, dilarikan seorang remaja di Dungun minggu lalu SELAMAT berlepas dari  Lapangan Terbang Kuala Terengganu  menuju ke Lapangan Terbang Subang  bagi mendapatkan rawatan rapi,Dengan Menaiki pesawat sewa Khas Dari Berjaya Air pada Jam 2.00 petang tadi
 
 
 

 
 
Menurut bapa bayi itu, Abdul Pirhat Karim, 34,"Kami membuat keputusan untuk membawa Ashraf ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi dari doktor pakar kanak-kanak di salah sebuah hospital pakar di sana.
"Proses pemindahan Ashraf akan dibuat setelah mendapatkan pelepasan doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,’’
Bayi malang itu akan diterbangkan dengan pesawat sewaan khas yang terbang dari Kuala Terengganu ke Subang.
Ketika ditanya keadaan semasa anaknya itu, Abdul Pirhat berkata, Ashraf masih belum sedar sepenuhnya tapi berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Tambah Abdul Pirhat, anaknya masih berada di bawah pengaruh ubat kerana trauma dan demam panas.
Minggu lalu, seorang remaja melarikan kereta dinaiki Abdul Pirhat sekeluarga di Dungun yang telah menyebabkan Ashraf tercampak keluar dari kereta apabila kereta tersebut hilang kawalan.
Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi – Ajil itu telah menyebabkan Abdul Pirhat dan isterinya, Mastura Che Awang, 31 cedera manakala anak mereka koma ekoran gegaran di bahagian kepala. --
 
 

 

Semoga Perjalanan Mereka selemat Tiba Di Subang Dan Adik ashraf segera mendapatkan rawatan yang terbaik...

ADIK ASHRAF AKAN DITERBANGKAN KE KUALA LUMPUR HARI INI.



BAYI lelaki berusia sembilan bulan, Muhammad Ashraf Ikhwan yang koma setelah tercampak keluar dari kereta Nissan Grand Livina, dilarikan seorang remaja di Dungun minggu lalu akan dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi.
Menurut bapa bayi itu, Abdul Pirhat Karim, 34, anak sulungnya itu akan dipindahkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara dengan menggunakan pesawat sewa khas pada tengah hari INI.
"Kami membuat keputusan untuk membawa Ashraf ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan rapi dari doktor pakar kanak-kanak di salah sebuah hospital pakar di sana.
"Proses pemindahan Ashraf akan dibuat setelah mendapatkan pelepasan doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,’’
Adik Ashraf itu akan diterbangkan dengan pesawat sewaan khas yang terbang dari Kuala Terengganu ke Subang.
Ketika ditanya keadaan semasa anaknya itu, Abdul Pirhat berkata, Ashraf masih belum sedar sepenuhnya tapi berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Tambah Abdul Pirhat, anaknya masih berada di bawah pengaruh ubat kerana trauma dan demam panas.
Minggu lalu, seorang remaja melarikan kereta dinaiki Abdul Pirhat sekeluarga di Dungun yang telah menyebabkan Ashraf tercampak keluar dari kereta apabila kereta tersebut hilang kawalan.
Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi – Ajil itu telah menyebabkan Abdul Pirhat dan isterinya, Mastura Che Awang, 31 cedera manakala anak mereka koma ekoran gegaran di bahagian kepala. --
 
Semoga perjalanan ke Kuala Lumpur Berjalan dengan Lancar,Kami sentiasa memberi sokongan penuh dari pihak keluarga Che Mastura  bt Che Awang dan Pirhat Karim,Doa kami sentiasa bersama anda sekeluarga.


 

PERATURAN BARU PERNIAGAAN SECARA ONLINE MULAI 1 JULAI 2013



Peraturan baru perniagaan jual beli secara online mulai 1 Julai 2013 di Malaysia. Tujuan sebenar undang-undang ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan penipuan ketika membuat transaksi secara online. Peraturan ini diguna pakai kepada semua peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian seperti laman sosial ataupun laman web. Peraturan ini akan dilaksanakan dibawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012.

Kpdnkk

Tujuan atau Objektif Peratuan Baru Perniagaan Online
  • Untuk mengelakkan sebarang penipuan ketika membuat transaksi secara online.
  • Meningkatkan tahap keselamatan berniaga secara online.
  • Mengelakkan barangan palsu.
  • Memastikan perniagaan secara online di Malaysia lebih diyakini.
Peraturan Wajib Yang Perlu Dipatuhi Perniaga Online
Antara perkara yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ialah:
  • Nama perniagaan
  • Nama syarikat dan nama orang yang menjalankan perniagaan;
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat;
  • Alamat e-mail dan premis dan nombor telefon;
  • Butiran mengenai ciri utama barang atau perkhidmatan.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan, cukai dan kos-kos lain
  • Kaedah pembayaran
  • Terma-terma syarat
  • Anggaran masa penghantaran atau perkhidmatan kepada pembeli.
Kriteria Laman Yang Perlu Ikut Peraturan
  • Peraturan ini diguna pakai kepada individu yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau pasar dalam talian termasuk media sosial seperti Facebook dan pengendalian pasar dalam talian.
  • Pasar dalam talian adalah tapak web di mana barang atau perkhidmatan dipasarkan oleh pihak ketiga bagi maksud perdagangan manakala pengendali pasar dalam talian bererti seseorang yang menyediakan pasar dalam talian contohnya mudah.my atau lelong.com.my.
Kesalahan atau Denda Jika Langgar Peraturan
  • Kegagalan mematuhi peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.
  • Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. Selain itu, pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM200,000.

Saturday 9 November 2013

PENJENAYAH LARIKAN 3 BERANAK DI DUNGUN


DUNGUN: Sepasang suami isteri serta bayi lelakinya berusia sembilan bulan bukan saja ketakutan kereta dinaiki dilarikan seorang penjenayah malah nasib malang sekali lagi menimpa mereka selepas kereta yang dipandu penjenayah itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Gajah Mati, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kereta yang dinaiki tiga beranak terbabit, Pirhat Karim, 35, dan isteri Che Mastura Che Awang, 32, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.
Kereta jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa sebelum itu dipandu adik iparnya, yang berusia 30-an dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan dan berhenti rehat di kawasan itu kerana adik ipar mangsa hendak membuang air.

Mangsa tiga beranak itu yang duduk di bahagian belakang kenderaan dikatakan tidak turun dari kenderaan itu sebelum seorang lelaki berusia 17 tahun memasuki keretanya dan bertindak memecut laju ke arah Kuantan.

FotoKEADAAN kereta yang dilarikan suspek remuk selepas melanggar sebuah kereta Proton Waja dan lori tanah di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur. FOTO Rosli Ilham

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, adik ipar mangsa yang menyedari kenderaan serta ahli keluarganya itu dilarikan kemudiannya segera ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan polis.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Besi dan Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) yang menerima laporan kejadian itu bertindak untuk membuat sekatan jalan raya.

“Dalam usaha membuat sekatan jalan raya, polis menerima pangggilan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta itu adalah sebagaimana yang dilaporkan hilang,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan bayi kepada pasangan itu cedera tercampak keluar dari kenderaan manakala suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan dikatakan berpura-pura meminta bantuan daripada pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang melalui kawasan itu.

“Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit bersama ayahnya keluar membantu sebelum suspek masuk ke dalam kereta terbabit dan memecut ke arah Kuala Terengganu dengan turut melarikan sama empat lagi penumpang yang juga ahli keluarga pemandu kereta terbabit,” katanya.
Katanya, bapa kepada pemandu kereta Perodua Myvi terbabit dikatakan dibantu seorang pengguna jalan raya di situ kemudiannya bertindak mengejar kereta anaknya yang dilarikan suspek itu.

"Hasil perhubungan berterusan bapa gadis terbabit, dua kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Balai Polis Batu Rakit berjaya memintas kereta yang dilarikan suspek sebelum berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang,” katanya.

“Kami bersyukur kesemua ahli keluarga mangsa selamat dan saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya

CARA MUDAH BAYAR BALIK PTPTN ONLINE


Cara mudah buat Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN secara Online. Bagi pelajar yang telah tamat pengajian dan meminjam PTPTN, pembayaran perlu dibuat setelah 6 bulan tamat pengajian. Bayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan tidak akan dikenakan kos upah. Kos upah adalah kos yang dikenakan ke atas pembiayaan pendidikan seperti dinyatakan di dalam perjanjian yang ditandatangani.

Kos upah akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan atau yang mana lebih awal. Kadar kos upah 1% setahun, kadar rata (flat rate) dikenakan bagi tempoh bayaran balik mulai 1 Jun 2008 dan dikira atas baki pembiayaan pendidikan.

ptptn

SALURAN AGENSI/EJEN
Kaunter
  • Ibu Pejabat PTPTN
  • Pejabat PTPTN Negeri (Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah)
  • One Stop Centre PTPTN, KL Sentral
  • One Stop Centre PTPTN, Putrajaya
  • Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
  • Pos Malaysia Berhad
  • Ibu Pejabat LHDNM
Potongan Gaji
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Peminjam/ penerima biaya perlu menghantar borang permohonan/ surat/ e-mel berserta nama dan alamat majikan ke PTPTN
    • Borang permohonan potongan gaji boleh di dapati di laman web PTPTN
Perbankan Internet
Portal Rasmi PTPTN (e-FES) Melalui
Financial Processing Exchange (FPX)
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Maybank
  • Hong Leong Bank
  • RHB Bank
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...