Tuesday 31 December 2013

SEKITAR BANJIR DI BINTULU 29 DISEMBER 2013


Gambar banjir sekitar di Bintulu Sarawak pada 29 Disember 2013. Beberapa kawasan di negeri Sarawak telah dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan. Antara empat kawasan yang terjejas akibat banjir adalah di Miri, Betong Bintulu dan Sri Aman. Bintulu merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas dimana paras air naik hingga melebihi paras lutut sejak awal jam 6.00 petang. Insiden banjir di Bintulu Sarawak turut dikongsikan oleh beberapa pengguna menerusi laman sosial.


Gambar Banjir Di Bintulu Sarawak 29 Disember 2013



Monday 30 December 2013

KOLEKSI UCAPAN SMS SELAMAT TAHUN BARU 2014 MALAYSIA


Koleksi ucapan SMS selamat tahun baru 2014 Malaysia. Ambang tahun baru akan menjelang tidak lama lagi dan dikesempatan ini marilah kita memberikan ucapan selamat tahun baru kepada keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai. Semoga tahun baru 2014 adalah tahun yang lebih baik dari sebelumnya.

tahun-baru-2014

Koleksi Ucapan SMS Selamat Tahun Baru 2014
Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda.
Harap anda dan keluarga anda selamat dan bahagia.
Selamat Tahun Baru 2014

Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin. Selamat Tahun Baru 2014 semua!
Ucapkan selamat tinggal pada 2013 dan selamat datang 2014.

Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu dan harapan bahwa kita selalu menjadi teman yang baik.
Selamat Tahun Baru 2014.

Detik,demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru telah menyambut kita,tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan
Selamat tahun baru 2014.

Tiada kata yang seindah lantunan syair.
Tiada mutiara yang secantik bidadari.
Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya, kerana tak lama lagi kita akan melewati detik pergantian yang banyak di tunggu jutaan manusia di dunia.
Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata
Selamat tahun baru 2014.

Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2014, harapan baru dan perubahan.

Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2014. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.

hari berganti
bulan berganti
tahun pun berganti
tahun baru harapan baru
tetap semangat
masa lalu adalah kenangan
hari ini adalah goresan
hari esok adalah harapan
selamat tahun baru 2014
selamat tinggal kenangan
selamat datang harapan

let sun bring you hope
let stars bring you rightness
let love bring you happiness
let my message bring you the dream come true
happy new year 2014
wish you all the best

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesanan
buka pesanan dapat ucapan
SELAMAT TAHUB BARU 2014!!!

Cinta di bulan Febuari
Kedamaian di bulan MaC
Ketenangan di bulan April
Kesenangan di bulan Mei
Kegembiraan di bulan Jun hingga November
Dan keuntungan di bulan Disember
Semoga TAHUN BARU 2014 INI Tuhan memberimu…
12 bulan kebahagian
52 minggu kegembiraan
365 hari kejayaan
8760 jam kesihatan
52600 mInit keuntungan
3153600 detik keceriaan

Yesterday is memory. Today is a gift. Tommorow is a Hope. Let’s begin New Year 2014 with faith, love, peace and new hope.

No regret about the past…
No fear about the future…
New hopes & dreams in 2014…
Thankful to God for His blessings in 2014…
Happy New Year !!

Only open HEARTS receive LOVE
only open MINDS receive WISDOM
only open HANDS receive GIFTS
and..
only SPECIAL FRIENDS receive my Happy New Year greeting .
HAPPY NEW YEAR 2014 !!!

JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI
Jernihkan PIKIRAN
Sambutlah Tahun Baru

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesan
buka pesan dapat ucapan
selamat tahun baru

Aku senantiasa berdoa agar kamu mengalami minggu yang manis
Isnin yang bahagia
Selasa yang menyenangkan
Rabu yang penuh kejayaan
Khamis yang berkesan
Jumaat yang menakjubkan
Sabtu yang penuh cinta
akhir kata,tahun baru yang ceria penuh dengan senyum harapan
Selamat tahun baru

biarlah bunga jatuh dari tangkainya
biarlah malam berganti pagi
dan biarlah tahun telah berganti..
tapi rasa sayangku padamu takkan sesekali berganti menjadi benci
Selamat menyambut tahun baru

Pujukkan hatimu saat malam menghampir
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu
buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan
Semoga Tahun Baru lebih bermakna untukmu

Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru

Sebentar lagi kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul Selamat Tahun Baru
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah ditahun lama ini mari kita perbaiki di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!

Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui
Coretan demi coretan telah memenuhi
kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Selamat tahun baru. Semoga lebih berjaya

Matahari menyelinap dibalik bukit
sembunyikan kenangan hidup
menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda
sebentar lagi ‘kan menjelang
Selamat datang sms tahun baru 2014
harapan baru dan perubahan

Minum kopi di cangkir
Cangkirnya berwarna putih
HEPI New YEaR 2014
wahai kekasih hati

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN KHAS SEKOLAH RM100 15 JANUARI 2014



Tarikh pemberian bantuan khas sekolah RM100 mulai 15 Januari 2014. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2014, kerajaan akan meneruskan pemberian intensif bantuan khas awal persekolahan bernilai RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Ini meliputi semua murid dari tahun satu sehingga pelajar tingkatan lima. Objektif utama pemberian bantuan persekolahan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa untuk membeli alat tulis, baju dan juga kelengkapan murid pada awal persekolahan.

Bantuan-pelajar-sekolah

Tarikh Pemberian Bantuan Sekolah RM100 Mulai 15 Januari 2014
Pemberian bantuan khas RM100 bagi setiap sekolah di seluruh negeri akan diagihkan mulai 15 Januari 2013. Pengagihan bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat.

BERITA PALSU IKAN PAUS TERDAMPAR MENDARAT DI PANTAI KELANTAN



Berita palsu ikan paus terdampar mendarat di pantai Kelantan. Pada 27 Disember 2013, kecoh dilaman sosial apabila beberapa keping foto ikan paus didakwa mendarat di pantai Kelantan. Berikutan itu, ramai pengguna dilaman sosial telah berkongsikan fenomena pelik tersebut. Untuk pengetahuan anda, foto yang tersebar bukannya berlaku di Kelantan, tapi berlaku di Kuala Penyu Pantai Sabah pada Ogos 2012 tahun lalu. Untuk artikel sebenar insiden ikan paus mendarat di Sabah.

Berita Palsu Ikan Paus Terdampar Di Pantai Kelantan ikan paus di kelantan ikan paus

Artikel Sebenar Gambar Ikan Paus Terdampar Di Sabah Bukan Kelantan
Foto yang tersebar bukan kejadian ikan paus terdampar di Kelantan tapi terjadi di Kuala Penyu Pantai Barat Sabah pada 4 Ogos 2012.

BERITA PALSU AMARAN TSUNAMI JEPUN BAKAL MELANDA SABAH DAN BRUNEI



Berita palsu amaran Tsunami Jepun bakal melanda di Sabah dan Brunei telah tersebar. Pada 26 Disember 2013, telah tersebar khabar angin kononnya Tsunami yang berpusat di Jepun bakal berlaku dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo. Khabar itu tersebar susulan sekeping gambar laut bergelora kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook. Hal ini mencetuskan kebimbangan terutamanya penduduk di Sabah. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menafikan dakwaan tersebut dan setakat ini tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi yang boleh menyebabkan Tsunami.

Petikan Berita Palsu Amaran Tsunami Yang Tersebar
amaran-tsunami tsunami 2
Berita Palsu Amaran Tsunami Jepun Di Sabah Dan Brunei
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial. Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami. Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook. Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.

 

GUNUNG STONG KUALA KRAI TAGIH NYAWA PENDAKI


Kuala Krai: Raungan pilu ibu bapa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang maut akibat lemas selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, dekat sini, ketika melihat pemandangan waktu senja membuatkan pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai diselubungi suasana hiba, semalam.
Dua warga emas lingkungan 60-an itu dilihat berpelukan sambil menangis selepas dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian menimpa anak mereka.





 


Dalam kejadian kelmarin, mangsa, Lee Jun Jie, 23, bersama 22 pelajar dari universiti terbabit tiba di Dabong, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, sebelum dibawa beberapa pemandu pelancong rakyat tempatan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di Kem Baha sebagai satu aktiviti luar universiti berkenaan.



  Selepas tiba di kem berkenaan kira-kira jam 7 malam, mangsa yang berasal dari Thoh Yi Drive, Singapura dan mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, meninjau pemandangan waktu senja sebelum tergelincir akibat tebing licin berikutan hujan sebelum itu.


 



Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam air terjun Stong yang jaraknya kira-kira 10 meter dari tebing tempat dia terjatuh dan terus hilang.


Sunday 29 December 2013

PENAMPAKAN ENTITI KETIKA UBAHSUAI KUARTERS



Pada Minggu ini, Seorang kawan telah menghantar sekeping gambar yang menarik untuk dikongsi.
Menurut kata kawan, Gambar tersebut diambil ketika melakukan kerja-kerja menaik taraf sebuah kuarters kerajaan. Si Kontraktor telah mengambil Gambar akan kerja-kerja yang telah siap di Jalankan bagi tujuan catatan rekod.

Apabila si kontraktor melihat kembali akan segala gambar yang diambil. Beliau terkejut apabila melihat ada suatu entiti ada bersama gambar tersebut.

Kesahihan gambar entiti ini tidaklah dapat dipastikan. perlukan kajian lebih terperinci.

Jangan terkejut apabila melihat dan jangan cuba-cuba bayangkan ia berada di rumah anda.



 
Inilah keadaan gambar entiti terbabit.


 

Saturday 28 December 2013

BERITA PALSU IKAN NAIK PELANTAR MINYAK SEKITAR PERAIRAN TERENGGANU TERSEBAR



Berita palsu ikan naik Pelantar Minyak sekitar perairan di Terengganu tersebar. Pada 25 Disember 2013, kecoh dilaman sosial apabila telah berlakunya fenomena ribuan ikan naik ke pelantar minyak justeru menggemparkan pekerja disitu. Menerusi khabar tersebut yang disertakan sekeping foto, dilaporkan ikan lumba-lumba, ketam dan segala kehidupan laut lari ke persisiran pantai di Terengganu.

Hasil siasatan mendakwa gambar yang tersebar sangat meragukan berikutan imej yang kabur dan langsung tidak kelihatan kelibat ribuan ikan seperti yang dilaporkan. Selain itu, tiada bukti yang kukuh seperti rakaman video dan sebagainya untuk menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Laporan Yang Tersebar Ikan Naik Di Pelantar Minyak Di Terengganu
pelantar minyak
palsu-1 palsu-2
palsu-5

Berita Palsu Ikan Naik Pelantar Minyak Di Terengganu
palsu-4
palsu-3

Wednesday 25 December 2013

VIDEO CARA HACK SISTEM TOUCH N GO GUNA TELEFON PINTAR



Video cara hack godam sistem Touch N Go guna telefon pintar atau smartphone tersebar. Dilaman sosial, sebuah video telah menjadi viral apabila seorang individu dikatakan telah berjaya melepasi sistem debit plaza tol Touch N Go hanya menggunakan telefon pintar. Rakaman berdurasi 52 saat itu dipercayai dimuat naik pada 17 Disember 2013 oleh pengguna youtube bernama Haboque Ferus. Sementara itu, pihak Touch n Go telah menyedari kewujudan video berkenaan dan siasatan sedang dijalankan mengenai isu terbabit.

hack

Pertikaian Hack Touch N Go Guna Telefon Pintar Dilaman Sosial
Isu tersebut menjadi perdebatan hangat dikalangan pengguna dilaman sosial apabila ada yang mendakwa video tersebut dimuat naik hanya kerana populariti atau publisiti. Sesetengah pihak mendakwa ia hanyalah helah dengan meletak Kad Touch n Go disebalik telefon pintar berkenaan. Namun, ada juga pihak yang percaya bahawa individu tersebut telah benar-benar menggodam sistem Touch n Go dan tidak mustahil jika perkara itu berlaku.

Video Cara Hack Touch N Go Guna Telefon Pintar Tersebar

Antara Video Yang Pernah Dimuat Naik Oleh User Yang Sama

VIDEO IKAN NAIK KE DARAT DI PANTAI KAMPUNG TAMBISAN LAHAD DATU



Video ribuan ikan naik ke darat di pantai Kampung Tambisan Lahad Datu, Sabah. Pada 24 Disember 2013, penduduk kampung terutamanya di Tambisan Darat digemparkan dengan fenomena ribuan ikan ‘naik’ ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Fenomena tersebut juga dirakam oleh jurukamera amatur dan kini mendapat perhatian hangat khususnya dilaman sosial. Ramai pihak mendakwa bahawa ianya akan berlaku ancaman Tsunami namun Jabatan Metereologi menafikan dakwaan tersebut.

pantai

Punca Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. Pada 23 Disember 2013, Jabatan Metereologi mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

tambisan-lahad-datu

Video Ikan Naik Ke Darat Di Pantai Kampung Tambisan Lahad Datu

Monday 23 December 2013

HELIKOPTER NURI MEMBUAT PENDARATAN CEMAS-6 GAMBAR


Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah. Masalah teknikal dipercayai menjadi punca helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi, dekat sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.25 pagi menyebabkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan.Difahamkan, helikopter yang dikendalikan Skuadron 3 TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan.

Sumber berkata, juruterbang berpangkat kapten yang mengendalikan helikopter itu dipercayai terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku keadaan angin kuat menyebabkan pesawat terbabit hilang kawalan lalu terhempas di kawasan berbatu di pulau berkenaan.Katanya, akibat itu, empat penumpang termasuk kru pesawat mengalami kecederaan dengan seorang anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) patah tangan manakala dua lagi rakannya tidak cedera.



 
 

Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan.
 
 
  
 
 
 
Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian

Saturday 21 December 2013

RAWATAN SINOTRON-RAWATAN ALTERNATIF



Bagi Kanak-kanak atau bayi yang Batuk berpanjangan dalam tempoh 1-2 minggu berturut-turut, Diingatkan agar jangan dibiarkan ia berterusan kerana Daripada batuk tersebut kanak-kanak atau bayi akan mengalami kahak yang terkumpul dan boleh mengakibatkan mendapatkan penyakit lain pula seperti Asma (Lelah ) dan sebagainya.
 
Selain daripada Ubat-ubatan biasa, Kini terdapat satu lagi rawatan alternatif yang dapat membantu menghilangkan kahak dan batuk bagi bayi.
rawatan yang dikenali sebagai rawatan sinotron.
Kini terdapat banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan ini.
memerlukan kira-kira 10 minit hingga 15 minit mengikut tahap sakit seseorang. bagi bayi ia akan membuatkan ia tidak rasa selesa,ini adalah kerana sinotron ini mengeluarkan haba dan sedikit suam-suam kepanasanya.
Bayi akan menangis apabila alat ini dihalakan kepadanya. dengan Bunyi yang dikeluarkan alat ni pasti membuatkan bayi berasa tidak selesa. Tetapi demi Kesihatan bayi kita..Sabar adalah kunci utama.
 
Selain batuk rawatan ini juga dapat dirawat dengan kaedah ini ialah resdung, gout, sakit otot, sakit lutu,sakit sendi, asma, stroke, sakit kepala dan beberapa pemyakit fizikal yang ringan seperti terseliuh.
 

Alatan Lengkap untuk Rawatan sinotron





alat yang dihalakn kepada badan bayi
 
 
 
 
 

SENARAI RANKING SEKOLAH SBP TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN PMR 2013



Senarai ranking sekolah SBP terbaik berdasarkan keputusan PMR 2013. Umum sudah mengetahui bahawa semakan keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2013 telah pun diumumkan pada khamis 19 Disember 2013. Berikut adalah kedudukan Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP) diseluruh Malaysia berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik PMR 2013.

sbp-terbaik

Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik Keputusan PMR 2013
1. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0154)
2. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0231)
3. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0255)
4. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0266)
5. SM Sains Miri (GPS 1.0275)
6. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0301)
7. SM Sains Hulu Selangor (GPS 1.0310)
8. Sekolah Dato’ Abdul Razak (GPS 1.0323)
9. SM Sains Kota Tinggi (GPS 1.0335)
10. SM Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0363)
11. SM Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0390)
12. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0426)
13. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0502)
14. SM Sains Tuanku Syed Putra (1.0526)
15. SM Sains Rembau (GPS 1.0535)
16. SM Sains Pasir Puteh (GPS 1.0542)
17. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0606)
18. SM Sains Selangor (GPS 1.0615)
19. SM Sains Tapah (GPS 1.0622)
20. SM Sains Johor (GPS 1.0653)
21. SM Sains Kuala Selangor (GPS 1.0654)
22. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa (GPS 1.06671)
23. SM Sains Tuanku Ja’afar (GPS 1.0698)
24. SM Sains Tengku Abdullah (GPS 1.0740)
25. SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0741)
26. SM Sains Kubang Pasu (GPS 1.0743)
27. SM Sains Teluk Intan (GPS 1.0840)
28. SM Sains Kuching (GPS 1.0893)
29. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.0896)
30. SM Sains Banting (GPS 1.0904)
31. SM Sains Pokok Sena (GPS 1.0937)
32. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.0939)
33. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.0942)
34. SM Sultan Abdul Halim (GPS 1.1010)
35. SM Sains Machang (GPS 1.1012)
36. SBPI Integrasi Rawang (GPS 1.030)
37. SM Sains Lahad Datu (GPS 1.1086)
38. SM Sains bagan Datoh (GPS 1.1092)
39. SM Sains Kepala Batas (GPS 1.1092)
40. SB Integrasi Batu Rakit (GPS 1.1153)
41. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (GPS 1.1213)
42. SM Sains Sabah (GPS 1.1241)
43. SBPI Sabak Bernam (GPS 1.1270)
44. SM Sains Sembrong (GPS 1.1278)
45. SBPI Kubang Pasu (GPS 1.1323)
46. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1325)
47. SBPI Kuantan (GPS 1.1411)
48. SM Sains Labuan (GPS 1.1431)
49. SBPI Temerloh (GPS 1.1506)
50. SBPI Tun Abdul Razak (GPS 1.1582)
51. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1628)
52. SM Sains Dungun (GPS 1.1140)
53. SM Agama Persekituan Labu (GPS 1.1786)
54. SM Sains Setiu (GPS 1.1823)
55. SBPI Selandar (GPS 1.22212)
56. SBPI Jempol (GPS 1.12263)
57. SM Sains Sultan Iskandar (GPS 1.1342)

Analisis Gred Purata Sekolah (GPS) Bagi SBP PMR 2013

Sila klik untuk paparan lebih jelas
sbp

Wednesday 18 December 2013

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENCEN KAKITANGAN AWAM 2014



Jadual rasmi tarikh pembayaran gaji pencen kakitangan awam 2014. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah pun mengeluarkan jadual tarikh bayaran pencen bagi penjawat awam yang telah bersara. Jadual ini dijangka akan memberi manfaat kepada seluruh pesara kerajaan di Malaysia.

Jadual Pembayaran Pencen Kakitangan Awam 2014
pence-2014
Semakan Penyata Pencen Kakitangan Awam 2014

Maklumat Lanjut Pembayaran Pencen 2014

GAMBAR PUTING BELIUNG DI JB


Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena

Gambar Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013
puting-beliung-4
puting beliung 2 puting beliung 3 puting beliung
puting beliung 7 puting beliung 8 puting beliung 10 puting beliung 11 puting beliung 12 puting beliung9 putingbeliung3

Video Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013

ATURAN MAKAN MAB

Aturan Makan MAB
JIKA PERIOD NORMAL & TERATUR, MULAKAN MAB HARI KE 3,4@ 5 PERIOD...

JIKA PERIOD TAK TERATUR... BOLEH TERUS MULAKAN MAB BILA DAPAT..
MKN SEBIJI SEHARI SELAMA 21 HR, SETIAP KALI HABIS SBTL KENA REST 6 HR..
**RUJUK NO.6 dibawah**

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan hari ke 44 lepas bersalin

2. Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period.. MAB juga boleh makan bersama pil

4. Bagi yang sedang merancang menggunakan cara IUD, kaedahnya seperti berikut:
i) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan
ii)Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period. Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan sama ada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja

5. Bagi yang sedang merancang menggunakan Injection, Kaedahnya seperti berikut:-
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada hari ke 3,4 @ 5
ii)Bagi yang tak period, dapat MAB boleh terus makan. Selepas expired injection, boleh putuskan utk terus sambung injection atau MAB sahaj

6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, REHAT selama 6 hari dan hari ke 7 rest sambung botol ke 2 dan begitulah seterusnya. Contohnya: Jika pil yang terakhir makan hari Sabtu, maka sambung semula botol ke 2 pada hari Sabtu minggu seterusnya. Jika makan pagi, botol ke 2 pun teruskan ambil pagi.. begitu juga jika ambil malam.

Cara nak sambung botol seterusnya utk mudah faham spt dibawah;
last mkn ahad smbg ahad,

last mkn isnin smbg isnin,
last mkn selasa smbg selasa
last mkn rabu smbg rabu
last mkn khamis smbg khamis
last mkn jumaat smbg jumaat
last mkn sabtu smbg sabtu

7. Bagi kes lupa makan, cara adalah seperti berikut:-

i) Lupa makan waktu malam, pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih juga lupa, maka malam kena ambil 2 biji sekali.
ii) Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih lupa, maka pagi esok kena ambil 2 biji sekali.

Peringatan
Utk mengambil MAB bagi MERANCANG KELUARGA, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam, jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk dijadikan family planning.

Jika sedang makan MAB didatangi period, JANGAN BERHENTI!!, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 6 hari sebelum sambung semula botol seterusnya.

Jika puan2 mematuhi aturan makan ini, insyaallah ianya dapat membantu sebagai kaedah family planning yang berkesan.. selamat mencuba. sekian
**di awal pengambilan MAB ni tidak boleh campur makan dengan ubat/produk berasaskan herba.. dikhuatiri akan menjejaskan kesan MAB..

Bagi yang ingin makan MAB sbg IKHTIAR UTK HAMIL, cara makan dan aturannya sama sahaja, cuma bezanye ialah jangkamasa/tempoh pengambilan shj. Maknanye bg kes mahu hamil, anda hanya perlu makan 2 hingga 4 atau 6 botol bagi tujuan merawat dan menyuburkan kembali rahim puan. Bergantung pada t/balas badan masing2, ada yg cepat ada yg lambat

MAB Sebagai Family Planning Semulajadi


Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning........

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek
just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.

Tuesday 17 December 2013

BRIM 2014 DIBUKA ISNIN INI HINGGA 31 JANUARI



KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.


 

Monday 16 December 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH SENI 2014-ONLINE


Semakan keputusan kemasukan sekolah seni 2014 tingkatan 1 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sek Seni Malaysia Ambilan 2014 telah dibuka mulai 17 Disember 2013. Berikut adalah cara semakan sekolah seni 2013 secara online bagi kemasukan tingkatan 1.

sekolah-seni

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2014 Tingkatan 1 Online

Untuk membuat semakan, sila layari http://www.moe.gov.my/

SEMAKAN KEPUTUSAN KRK,KAA,SMKA DAN SABK UNTUK TINGKATAN 1-ONLINE


Semakan keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK Sekolah Kawalan Tingkatan 1 tahun 2014 Online. Menerusi makluman rasmi dari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia, Semakan tawaran ke sekolah kawalan setiap negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi. Berikut adalah cara semakan sekolah kawalan secara online dan sms.

sekolah-kawalan

Singkatan Maksud Sekolah Kawalan Kerajaan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)
Semakan Keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK 2014 Online
Semakan boleh dibuat menerusi laman http://public.moe.gov.my

Semakan Keputusan KRK, KAA, SMKA dan SABK 2014 SMS
Semakan guna SMS dengan menaip MOE SKKAWALAN Angka Giliran UPSR da kemudian SMS ke 15888

(contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001 ke 15888).

 

Sunday 15 December 2013

SENARAI KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR



Senarai kawasan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur (KL) mulai 17 Disember 2013 hingga 22 Disember 2013. Punca gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad).

bekalan air

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli. Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL Disember 2013

WILAYAH KUALA LUMPUR:
1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Menjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

Saturday 14 December 2013

KALAU DEMAM JANGAN CARI PANADOL!


KALAU DEMAM JANGAN CARI PANADOL!

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran.

Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
sini

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.

Nasihat Paling Ideal : Tinggalkan Panadol…..Kembalilah Kepada Perubatan Sunnah ….Kekal Abadi Manfaat Dunia & Ukhrawi :)

Tips: Senyum dan salam adalah budaya hidup di dalam syurga.
Penghuni Syurga sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam sesama mereka.
Senyum itu indah, salam itu mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...