Video cara hack godam sistem Touch N Go guna telefon pintar atau smartphone tersebar. Dilaman sosial, sebuah video telah menjadi viral apabila seorang individu dikatakan telah berjaya melepasi sistem debit plaza tol Touch N Go hanya menggunakan telefon pintar. Rakaman berdurasi 52 saat itu dipercayai dimuat naik pada 17 Disember 2013 oleh pengguna youtube bernama Haboque Ferus. Sementara itu, pihak Touch n Go telah menyedari kewujudan video berkenaan dan siasatan sedang dijalankan mengenai isu terbabit.
Pertikaian Hack Touch N Go Guna Telefon Pintar Dilaman Sosial
Isu tersebut menjadi perdebatan hangat dikalangan pengguna dilaman sosial apabila ada yang mendakwa video tersebut dimuat naik hanya kerana populariti atau publisiti. Sesetengah pihak mendakwa ia hanyalah helah dengan meletak Kad Touch n Go disebalik telefon pintar berkenaan. Namun, ada juga pihak yang percaya bahawa individu tersebut telah benar-benar menggodam sistem Touch n Go dan tidak mustahil jika perkara itu berlaku.
Video Cara Hack Touch N Go Guna Telefon Pintar Tersebar
Antara Video Yang Pernah Dimuat Naik Oleh User Yang Sama
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua