Wednesday 29 January 2014

DINOSAUR PERNAH WUJUD DI JERTIH...





Jertih:Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.
Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit.
Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.

Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok.

Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.
Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti.

Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.

PAHALA YANG KITA TIDAK NAMPAK TETAPI IA BERTERUSAN



*SeTiAp Yg TeRjADi ADA HiKmAH Di SebALiKnYA*
~Semoga tubuh kita tak tercalar najis, iman tak tercalit noda, niat tak tergoda nafsu…insya Allah~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir! ilmu utk diri sndiri & saudara muslim
  • Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
  • Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
  • Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
  • Bantu mendidik seorang anak.
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
  • Berkongsi CD Quran atau Do'a.
  • Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarah kan ) .
  • Tempatkan water cooler di tempat umum.
  • Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

    Wallahualam...

RAHSIA FADHILAT SOLAT SUBUH BERJEMAAH






Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
 

Tuesday 28 January 2014

CARA MENYELESAIKAN MASALAH KAD DEBIT DITOLAK SELEPAS TRANSAKSI GAGAL



Masalah kad kredit mastercard atau visa dan akaun ditolak selepas transaksi pembayaran gagal. Kami ingin kongsikan pengalaman sewaktu pertama kali membeli belah menggunakan kad debit mastercard dan ianya gagal. Sewaktu membuat pembayaran, terpapar mesej dari mesin elektonik di kaunter pembayaran yang menyatakan Transaction Declined.

Oleh kerana gagal transaksi pertama, staff tersebut swap kad debit mastercard untuk kali kedua. Masalah sama tetap berulang. Jadi kami pun bercadang untuk mengeluarkan secara tunai di mesin ATM. Tapi terperanjat apabila jumlah yang di swap tersebut ditolak dari akaun bank.

kad debit

Penyelesaian
Tanpa melengahkan masa, terus hubungi pihak bank mengenai kejadian tersebut. Pihak bank memberikan jawapan yang positif, jika transaksi gagal, duit tersebut diletakkan dalam status Pending atau On Hold. Jika membeli ke pusat beli belah, baki duit yang gagal transaksi itu akan dipulangkan semula kedalam akaun simpanan dalam tempoh 2 Minggu hari bekerja.

Nota: Ternyata selepas dua minggu, duit tersebut dipulangkan semula ke akaun bank

Monday 27 January 2014

AIR TERJUN HILANG DIDALAM LUBANG MISTERI




Air terjun dalam gambar ni terletak di daerah Minnesota. Nampak macam air2 terjun yang lain tapi apa yang pelik pada air terjun ni sangat misteri. Air yang mengalir dari air terjun di sebelah kanan akan terus ke bawah dan kolam tetapi air yang di sebelah kiri gambar ni akan hilang dalam lubang tersebut.
Lubang misteri ni dikenali dengan Devil's Kettle. Air yang masuk dalam lubang ni tidak diketahui kemana mengalir. Ada yang cuba melemparkan pewarna dan barang2 untuk mengetahui dimana air ni akan mengalir tetapi belum ditemui alirannya. Tak mungkin ke alam lain. Sampai sekarang barang2 yang dilemparkan belum dijumpai lagi.

Cuba bayangkan korang termasuk dalam lubang ni dan sedar2 ada kat alam lain.

GAMBAR SERAM WANITA BERTUDUNG DI JETI JTLM PULAI TIOMAN



Gambar seram seorang wanita bertudung berdiri di Jeti JTLM pulau tioman. Seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di sini, tidak menyangka gambar yang diambil oleh rakannya ketika berada di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin, turut mempunyai imej yang pelik.

 
Anuar Safie, 38, berkata, imej menyerupai seorang wanita itu dirakamkan pada pukul 8 malam kelmarin oleh salah seorang rakannya sebelum mereka keluar menjalankan operasi penguatkuasaan di jeti berkenaan.
Menurutnya, semasa berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga itu sebelum rakannya memberitahu terdapat imej mencurigakan di belakang sebelah kanan wajahnya apabila merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurutnya, selepas imej berpakaian putih itu dirakamkan, dia dan rakannya terus terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilaluinya kepada rakan-rakan lain pada keesokannya. Anuar yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun dalam agensi itu mengakui telah beberapa kali menemui lembaga tersebut di depan matanya.

PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN ) SESAT DITEMUI



YAN: Seramai 20 orang termasuk pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikhuatiri sesat ketika menuruni puncak Gunung Jerai, di sini, selamat ditemui jam 10.03 malam tadi.
Kesemua mangsa terdiri daripada 18 pelajar perempuan KUIN bersama dua juru pandu lelaki dipercayai gagal turun selepas mendaki gunung berkenaan jam 10 pagi semalam.

 



Difahamkan, pelajar terbabit yang kepenatan bermalam di puncak gunung sebelum berpecah kepada dua kumpulan ketika menuruni gunung.

Ketua operasi Ketua Zon 2 Kedah Penguasa Bomba II Nor Arifin Kamarin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Katanya, seramai 12 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Yan, 14 ranjer hutan dan seorang kakitangan KUIN naik ke puncak bagi mengesan kedudukan manga.

"Bomba menerima maklumat awal jam 6.50 petang selepas seorang daripada juru pandu yang berjaya turun membuat laporan polis di Balai Polis Yan.





"Pasukan pertama dengan kekuatan enam anggota tiba di lokasi pada jam 7 petang sebelum melihat isyarat asap dipercayai berdekatan Taman Rimba Gunung Jerai.

"Sebaik tiba di lokasi, taklimat operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan dengan bantuan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Perhutanan Daerah Yan, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum bergerak ke lokasi pada jam 8.50 malam," katanya ketika ditemui di kaki Gunung Jerai, di sini, sebentar tadi.




Sementara itu, Rektor KUIN Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, pihaknya memandang serius berhubung kejadian itu dan bercadang akan mewujudkan satu peraturan baru kepada setiap pelajar yang ingin mengadakan aktiviti luar.

"Saya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 7.30 petang daripada pihak Ketua Keselamatan KUIN dan menghubungi pasukan keselamatan bagi mengesahkan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat awal daripada pihak KUIN, pendakian yang dilakukan mereka adalah di luar pengetahuan pihak kolej.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dimaklumkan bahawa semua mangsa selamat dan sedang dibawa turun melalui laluan Seri Perigi," katanya.

Sunday 26 January 2014

SENARAI HARGA BARANG KAWALAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2014



Berikut adalah senarai harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina 2014. Skim kawalan harga sempena musim perayaan akan bermula pada 26 Januari hingga 9 Februari iaitu dalam tempoh berkuatkuasa selama 15 hari. Pelaksanaan skim ini dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah tambahan oleh kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barang keperluan sempena Tahun Baru Cina 2014 yang jatuh pada 31 Januari 2014. Peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim kawalan ini akan denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 bagi syarikat.

Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2014
harga barang kawalan

MUHASABAH DIRI

TAKZIRAH PAGI

 


 

 
 

 
 
 
 

Saturday 25 January 2014

KUALA KRAI DILANDA CUACA SEJUK





MOHD. RIZWANI menunjukkan sebahagian daripada baju sejuk yang dijual di gerainya di bandar Kuala Krai, Kelantan semalam.



KUALA KRAI - Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai sehingga 17 darjah Celsius persis di London, United Kingdom minggu ini menyebabkan baju sejuk menjadi pakaian popular dan mendapat permintaan yang agak tinggi di jajahan itu berbanding sebelum ini.
Tinjauan Kosmo! semalam di bandar Kuala Krai semalam mendapati ramai antara penduduknya yang mengenakan baju sejuk, jaket atau sekurang-kurangnya berbaju dua lapis walaupun selepas pukul 10 pagi.
Seorang penjual pakaian di Pasar Besar Kuala Krai, Mohd. Rizwani Abdul Halim, 34, mengakui dia yang sebelum ini hanya 'memerap' baju-baju sejuk jualannya terpanggil untuk mempamer dan menjual pakaian itu sejak kelmarin.
"Cuaca sejuk ini memaksa ramai orang mencari pakaian sejuk dan secara tak langsung permintaan terhadapnya lebih banyak daripada kebiasaannya.
"Pada hari ini (semalam) saya telah menjual 20 helai baju sejuk yang dijual dengan harga antara RM10 hingga RM30 sehelai," katanya yang berniaga pakaian terpakai di sini semalam.


Memang di akui sejuk sehingga mencucuk tulang. Penulis berpeluang ke bandar Kuala Krai dan merasai sendiri akan cuaca sejuk ini. Persis berada di cameron higland walaupaun nampak panas dengan terik matahri,tetapi keadaan angin yang membuatkan tubuh menjadi sejuk...

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2013 PADA 30 JANUARI 2014


Tarikh semakan keputusan STAM 2013 pada 30 Januari 2014. Menerusi kenyataan rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Berikut adalah cara semakan keputusan peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan juga calon persendirian.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/01/STAM-Sijil-Tinggi-Agama-Malaysia.jpg

Cara Semakan Keputusan STAM 2013
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mulai 30 Januari 2014 disekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
  • Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya.
Semakan STAM Guna SMS
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip:

Contoh: STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari 2014.

BERITA PALSU SALJI TURUN DI INDONESIA

Berita palsu salji turun di Indonesia pada bulan Januari 2014. Dilaman sosial kini kecoh dengan isu negara jiran Indonesia yang beriklim tropika dikhabarkan turun salji dan berita itu tersebar sejak beberapa hari yang lalu. Hasil siasatan pihak kami mendapati video laporan berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman “Chelms Ford News”adalah palsu. Video yang mendakwa Indonesia dilanda musim salji sebenarnya dimuat naik pada 9 Ogos 2013 lalu.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat, terdapat beberapa elemen yang meragukan seperti ketiadaan seorang saksi yang dapat ditemuramah untuk membuktikan dakwaan tersebut. Selain itu, tiada laporan rasmi oleh akhbar tempatan atau media antarabangsa mengenai fenomena salji di Indonesia. Terdahulu, akhbar Chelms Ford News juga pernah menyebarkan berita palsu mengenai negara Filipina turun salji pada 23 Julai 2013 lalu. Namun, ianya ternyata tidak benar setelah Jabatan Kaji Cuaca Filipina menafikan dakwaaan tersebut.

salji

 

Wednesday 22 January 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN BRIM 3.0 2014 - ONLINE


Semakan keputusan BR1M 3.0 secara online 2014 dan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Menerusi makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh diketahui mulai awal bulan Februari 2014. Pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014.

Borang Permohonan BR1M 3.0
Semakan Keputusan BR1M 3.0 Online 2014

Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.

Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.

Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014
Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.

GAMBAR DAN MAKSUD LOGO BARU JAKIM



Gambar dan maksud logo baru JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seiringan dengan perkembangan dan pembangunan negara, pihak Jakim dengan rasminya telah melancarkan logo korporat rasmi pada 21 Januari 2013. Secara keseluruhannya logo Jakim ini dibentuk selaras dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi Jakim yang tentunya berdasarkan kepada teras-teras ajaran Islam itu sendiri.

Gambar Logo Baru Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

jakim
Maksud Logo Baru Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCun3vhVDPp_n0LtBs7ji0hSoTi4OH-cznp-MV7ieiZdHM3RtJu4etzOI0YoErUWYz1uKubXVWpg2Mjyo8cobuxiidSQ4-xf6j64peCuQs4IUALRkfvAJvO77JT3dxDvYXRIlCeOg11Evn/s1600/LOGO+KOPRAT+BARU+JAKIM.jpg

SENARAI TERKINI HARGA BUAT PASSPORT MALAYSIA UNTUK KE LUAR NEGARA


Senarai terkini harga buat Passport Malaysia untuk ke luar negara. Passport merupakan permit atau dokumen perjalanan yang sangat penting terutamanya bagi individu yang ingin melancong ke luar negara. Berikut adalah panduan mengenai harga passport terkini khusus kepada individu yang merancang untuk melancong ke luar negara.

passport

Lokasi Buat Passport
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Bahagian Jabatan Imegresen Malaysia
Harga Buat Passport Mengikut Tempoh Tahun

Passport Tempoh 2 Tahun
  • Dewasa: RM100
  • Kanak-kanak: RM80
  • Warga Emas: RM80

Passport Tempoh 5 Tahun
  • Dewasa: RM300
  • Kanak-kanak: RM150
  • Warga Emas: RM150

Tuesday 21 January 2014

KISAH BILAL BIN RABAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW



Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'(


p/s : Adakah kita pernah menangis kerana rindukan Rasulullah SAW ?

NASIB SI JEPUN INI TIDAK BERADA DI HUTAN MALAYSIA SELEPAS PERANG TAMAT



Dipetik dari Sky News,19 Januari 2014, seorang tentera yang berasal dari Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam hutan Filipina selama lebih dari 30 tahun. Dia menolak untuk keluar dari hutan kerana tidak percaya Perang Dunia II telah tamat.

Tentera bernama Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun 1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.




Onoda merupakan seorang pegawai tentera yang bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di Filipina pada tahun 1944 lalu.

Onoda diperintahkan oleh komandannya untuk tidak pernah menyerah, rela bunuh diri untuk menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di dalam hutan sehingga bala bantuan datang.

Onoda bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walau Jepun telah kalah pada Perang Dunia II di tahun 1945.

Diketahuinya kehadiran Onoda terjadi pada tahun 1972. Dia bersama dua rakannya terlibat insiden tembak-menembak dengan tentera Filipina. Dua rakannya tewas dan Onoda berjaya melarikan diri.

Insiden itu mengejutkan Jepun. Lantas kerajaan Jepun menghantar wakil ke Filipina untuk menjemput Onoda untuk pulang ke Jepun, dan menjelaskan padanya bahawa Perang Dunia II telah tamat.




Dalam kenyataan akhbar selepas kembali ke Jepun, Onoda mengatakan bahawa tindakannya hidup selama 30 tahun di hutan bukan tindakan yang membuang-buang waktu.

"Tanpa pengalaman seperti itu, mungkin saya tidak boleh hidup sampai saat ini," kata Onoda pada media.

Selepas kembali ke Jepun pada tahun 1975, Onoda terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak lama kemudian, ia berhijrah ke Brazil menjadi ushawan ternakan lembu.

Namun, tentera komited tinggi itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 pada usia 91 Tahun.

 

 

Monday 20 January 2014

FENOMENA ZAMAN AIS MINI





Nasa
IMEJ matahari yang disiarkan oleh NASA menunjukkan hanya beberapa tompok letusan solar (dalam bulatan) kelihatan pada permukaan matahari.




KUALA LUMPUR - Fenomena zaman ais mini yang diramalkan berlaku 40 tahun lagi berkemungkinan besar tidak akan melibatkan Malaysia kerana kedudukannya di garisan Khatulistiwa yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Penasihat Kelab Astronomi USM, Prof. Madya Chong Hon Yew berkata, fenomena itu berlaku apabila aktiviti matahari berada di tahap yang minimum menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.
"Pakar matahari, Richard Harrison dari Makmal Rutheford Appleton di Oxfordshire, United Kingdom (UK) pernah menyatakan terdapat kebimbangan suhu (matahari) boleh jatuh begitu rendah, malah dalam tempoh kajiannya selama 30 tahun, beliau tidak melihat keadaan seperti itu dan ini merupakan sesuatu yang pelik.
"Pakar astronomi memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji perubahan ini dan saya tidak dapat memberikan ramalan negara mana yang akan terjejas kerana kita masih belum tahu fenomena itu benar-benar akan berlaku dalam tempoh 40 tahun akan datang ataupun tidak," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN ILKA SESI 2014/2015-ONLINE


Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA Sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan online ke Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Calon lepasan SPM dan setaraf yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk mengikuti Program Diploma Politeknik/ ILKA sesi Jun 2014.

politeknik

Borang Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015 Online
Borang permohonan boleh dilayari menerusi http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Syarat Am Permohonan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Tarikh Tutup Permohonan
7 April 2014

Tarikh Keputusan Politeknik Dan ILKA Sesi 2014/ 2015
Bulan May 2014 (akan dikemaskini)

Pendaftaran Pelajar Baru
2 Jun 2014


 

Sunday 19 January 2014

GAMBAR KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRES DI LEBUH RAYA PLUS 19 JANUARI 2014


Gambar kemalangan maut bas ekspres di lebuhraya PLUS pada 19 Januari 2014. Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres persiaran milik syarikat Meridian Holidays telah berlaku di KM 107 lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran Plaza Tol Yong Peng Utara pada jam 1.50 petang. Menerusi laporan jumlah kematian, 3 orang kini disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Punca kemalangan dipercayai akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan. Bas persiaran tersebut turut dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

kemalangan-maut

Senarai Nama Mangsa Meninggal Dunia
  1. Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21
  2. Mohd Amirul Asyraff Yaakub
  3. Mohammad Zikri Othman, 10
Gambar Kemalangan Bas Ekspress Di Plus 19 Januari 2014
kemalangan 3kemalangan
kemalangan-2
kemalangan-4 kemalangan-5 kemalangan-6 kemalangan-7
kemalangan-9

PEROGOL KENA BAKAR HIDUP-HIDUP




Mahkamah jalanan atau justice street biasanya lebih kejam , ganas dan tidak berperikemanusiaan.


Seringkali kita mendengar sebuah insiden di mana seorang pelaku kejahatan diadili oleh masyarakat atau penduduk kampung dengan cara di arak keliling kampung, dipukul hingga luka parah di baling dengan batu , bahkan ada juga yang dibakar hidup-hidup.

Kisah dua orang lelaki ini di katakan telah melakukan kesalahan merogol kemudian di tangkap masyarakat dan diadili dengan cara yang sangatkejam.

Setelah dipukul hingga berdarah, tidak cukup hanya itu saja, setelah tidak berdaya pesalah diikat pada sebatang pokok dibakar hidup-hidup.







 

SEMAKAN DAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN SECARA E-PAYMENT-ONLINE


Mutiara Kata :

i. "Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Baginda
Rasullullah S.A.W tentang saudaranya yang mati dengan meninggalkan hutang. Jawab Baginda :
Dia terpenjara dengan hutangnya dan bayarlah."
ii. "Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan Allah akan memudahkan
pembayarannya, dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu."
(Riwayat Al-Bukhari)



PANDUAN

Pinjaman

Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.



Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh.
iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.



Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
menerima Notis Pembayaran Penuh).
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak dengan mengemukakan :
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan
 
Tindakan Peminjam

1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
ditetapkan.
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
bukti pembayaran.
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
alamat penjamin.
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman.
 
SILA KLIK PAUTAN KE
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...