KUALA KRAI - Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai sehingga 17 darjah Celsius persis di London, United Kingdom minggu ini menyebabkan baju sejuk menjadi pakaian popular dan mendapat permintaan yang agak tinggi di jajahan itu berbanding sebelum ini.
Tinjauan Kosmo! semalam di bandar Kuala Krai semalam mendapati ramai antara penduduknya yang mengenakan baju sejuk, jaket atau sekurang-kurangnya berbaju dua lapis walaupun selepas pukul 10 pagi.
Seorang penjual pakaian di Pasar Besar Kuala Krai, Mohd. Rizwani Abdul Halim, 34, mengakui dia yang sebelum ini hanya 'memerap' baju-baju sejuk jualannya terpanggil untuk mempamer dan menjual pakaian itu sejak kelmarin.
"Cuaca sejuk ini memaksa ramai orang mencari pakaian sejuk dan secara tak langsung permintaan terhadapnya lebih banyak daripada kebiasaannya.
"Pada hari ini (semalam) saya telah menjual 20 helai baju sejuk yang dijual dengan harga antara RM10 hingga RM30 sehelai," katanya yang berniaga pakaian terpakai di sini semalam.
Memang di akui sejuk sehingga mencucuk tulang. Penulis berpeluang ke bandar Kuala Krai dan merasai sendiri akan cuaca sejuk ini. Persis berada di cameron higland walaupaun nampak panas dengan terik matahri,tetapi keadaan angin yang membuatkan tubuh menjadi sejuk...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua