Wednesday, 5 March 2014

BAKTERIA INI MEMBUNUH DENGAN SENYAP-HATI-HATI



Bakteria Salmonella Dari Ayam & Telur


Seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng.

Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.


http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/telur-mentah1.jpg
Bakteria Salmonella Dalam Telur

Bakteria Salmonella Merebak Melalui Lalat


Bakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam Telur


Kehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranyapastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...