Monday, 10 March 2014

KEPAKARAN NELAYAN DIPERLUKAN DIDALAM MEMBANTU USAHA MENCARI MH307




Putrajaya: Semua nelayan terutama laut dalam di perairan Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis dan Perak sudah diarah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat sebanyak 1,788 bot nelayan laut dalam kategori C dan C2 laut di lima negeri itu. 


sekadar hiasan....cintoh bot laut dalam.

Katanya, tugas mereka adalah membantu pasukan penyelamat profesional kerana percaya nelayan yang mempunyai pengalaman luas di lautan. 

"Nelayan Indonesia juga memberi jaminan untuk membantu di Selat Melaka, selain sudah mendapat persetujuan daripada persatuan nelayan di Selatan Thailand dan Vietnam untuk sama-sama membantu,"katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Nelayan mempunyai pengalaman yang luas tentang ilmu laut ini. Laut adalah  taman permainan mereka. Kepakaran nelayan amat diperlukan didalam keadaan semasa kini..Diharap MH307 segera dijumpai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...