Tuesday 8 April 2014

CARA ORANG KAMPUNG CHENDERING TERENGGANU HILANGKAN HAMIS KAMBING



Salam Semua...pernah merasa daging kambing? pasti ramai orang tidak menyukai akan daging kambing disebabkan baunya yang hamis. Tetapi ada caranya dalam menangani bau terbabit.

Orang Kg Chendering di Kuala Terengganu ada cara tersendiri bagi menghilangkan bau hamis kambing.

Daging Kambing ini banyak Khasiatnya. Kita semua telah dimomokan dengan makan banyak daging kambing boleh menyebabkan kadar kolestrol tinggi, itulah kesilapan sesetengah orang melayu kita tentang daging kambing. Membuat andaian tanpa mengkaji terlebih dahulu.

oklah..kita ikuti bagaimana mahu menghilangkan bau hamis kambing:-
Hihihii....


pertama kalinya mestilah ada kambing.


Kambing Hendaklah disembelih terlebih dahulu mengikut hukum syarak

aktiviti melapah.....



Aktiviti Menepung Kunyit kat atas badan Kambing bagi menghilangkan bulu-bulu halus kambing yang melekat pada daging semasa proses melapah tadi.

Seterusnya aktivi membakar secara sambil lalu akan badan kambing yang telah di sakut tepung kunyit tadi,
Ini adalah bagi menghilangkan bau dan bulu halus kambing yang masih tertinggal.
Mesti gunakan pelepah kelapa kering,ini adalah kerana ia bahan semulajadi,ditambah dengan bau yang asli kelapa....

 Ini adalah terakhir sekali..aktiviti memotong kepada skala kecil untuk dimasak...Kesemua daging terbabit akan di basuh dengan tepung terlebih dahulu,bagi membuang bau hamis dan habuk-habuk pelepah kelapa tadi. Selepas itu,boleh lah dimasak selepas dibersihkan...JOm pekene Daging Kambing..TERbaik!!!!!







No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...