Sunday, 20 January 2013

"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

JIBAM
"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

begitulah tagline novel Jibam yang ditulis oleh Ujang ni, sangat menyentuh hati sesiapa yang membacanya..mula kenal novel jibam masa tingkatan 4..masa tu  kongsi baca dengan kawan2 sekelas...seminggu sorang pinjam...novel jibam ni bukan sebarangan Novel...novel yang penuh dengan pengajaran,pengalaman dan pedoman.....



tapi apa yang aku dapat dari tagline ni adalah sebenarnya seperti memberitahu akan jangan la terlalu cepat menghukum sesorang tanpa usul periksa..Kelak makan diri sendiri...Manusia yang terlalu tamakkan harta dunia sehingga sanggup membunuh rakan sendiri demi kepentingan peribadi....sanggup menuduh.menghina,mengeji akan kekurangan jibam sehingga dia sendiri yang mengalaminya...suasana di kg belulang juga banyak mengingatkan kita pada zaman penerokaan hutan untuk dijadikan kampung atau tanah rancangan...syabas jibam..sebuah novel untuk para remaja untuk motivasi kan diri.

Sinopsis



Suman berpindah ke penempatan baru, meneroka tanah2 oleh kerana mahu lari dari realiti pahit yang bercanggahan dengan agama bilamana dia dianggap dukun yang hebat oleh orang kampungnya sebelum ini, mampu menghilangkan luka dengan amalan2 tertentu. Tidak mahu menjadi riak dan takbur, dia berpindah, namun di kampung barunya, Piah, isterinya, telah melahirkan anak, namun anak ketiganya ini berbeza dengan anak2 yang sebelum ini, 'istimewa' adalah perkataan yang tepat untuk anaknya ini. Tuk Ngah Sudin, kawan baiknya yang dibawa menumpang ditanah yang diteroka, pada mulanya bersyukur, kemudian telah berniat jahat untuk merampas tanah rakannya itu demi dibuat harta peninggalan buat anaknya, dan rancangannya berhasil, dia telah membunuh rakannya itu dengan menolaknya jatuh ke lereng yang penuh dengan buluh2 tajam, membunuh rakannya itu serta merta. Dengan bantuan anaknya yang juga pegawai daerah, kebanyakan tanah2 Suman telah diletakkan dibawah namanya di dalam geran, menjadikan dia pemilik tanah2 tersebut. Beberapa tahun selepas itu, Kadir aak Suman yang kedua mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan ingin mengesyaki ayahnya itu hilang gara2 Tuk Ngah Sudin, Fakir, anak sulung Suman pula tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut, di dalam kepalanya hanyalah ada Miah, anak Tuk Ngah Sudin yang ingin dikahwininya walaupun terpaksa menggadai tanah ayahnya untuk belanja kahwin. Jibam, anak bongsu Suman pula tidak habis2 di tindas oleh orang kampung, dipukul, dibuli, dibelasah semahu2nya kerana kecacatannya oleh insan2 yang dahulunya menumpang ditanah Suman seperti Usin Singai, Tuk Ngah Sudin. Namun segala misteri kehilangan Suman terjawab, apabila Usup Kidung, rakan baik Suman, menemui mayatnya jauh di dalam hutan, namun bukti - bukti yang dijumpai tentang penglibatan Tuk Ngah Sudin tidak dihebohkan, kerana mahu mengelakkan dari pertumpahan darah berlaku antara Tuk Ngah Sudin dan anak2 Suman, Fakir dan Kadir. Tuk Ngah Sudin yang semakin tidak waras akibat rasa takutnya terhadap rahsianya yang akan terbongkar akhirnya gila dan menjadi kawan baik Jibam yang dahulu dibenci, kini Jibam tidak lagi berseorangan
 
Novel terbaik dari Ujang buat semua....amik pengajaran dan jadikan pedoman..
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...