Monday, 3 February 2014

ISU NASI LEMAK PENERBANGAN MAS CETUS KONTROVERSI


Isu nasi lemak penerbangan MAS cetus kontroversi. Semua ini bermula apabila Chef Wan yang dalam penerbangan menuju ke Bangkok dihidangkan dengan Nasi Lemak yang serba kekurangan. Chef Wan turut kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis. Ianya cukup memalukan kerana ianya dihidangkan oleh syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dan makanan tersebut melambangkan identiti negara kepada pelancong asing.

Kenyataan Chef Wan Menerusi Facebook Pada 29 Januari 2014
CHefwan2

Penjelasan MAS Isu Nasi Lemak
MAS dalam satu kenyataannya, Pihak MAS akan terus mempertingkatkan mutu penyediaan makanan mereka. Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi berkenaan ketika penerbangan ke Bangkok dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan Malaysia Airlines.

Komen Pramugara MAS Hangatkan Lagi Kontroversi
Seorang pramugara MAS menghangatkan lagi kontroversi apabila membidas kenyataan Chef Wan yang mengkritik isu penyediaan tidak sempurna nasi lemak MAS. Menurutnya, krew penerbangan tidak sempat potong timun kerana kekangan masa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAIugCAVVsmF9Z3aw69KOYcZir7ZPgHtA_zo4Pp0jHcJaqLBFFjz5vzvdxqIZ8m8P6AJCDQgBIm-qXeZTO-qlL543hLL6QT-kKpcu9LSH_XBT_1l3noZ3Tic6KYg755U_kCWuV3MR3BFQ/s1600/pramugari+mas+mengamuk+dikritik+Chef+Wan.png

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...