Saturday 8 February 2014

ISU MYDIN JUAL SELUAR DALAM GAMBAR MASJID



Isu Mydin jual seluar dalam gambar masjid tersebar dilaman sosial. Insiden itu dilaporkan oleh seorang pengguna menerusi laman sosial dimana produk seluar dalam kanak-kanak yang mempersendakan islam dijual di pasaraya Mydin cawangan Jasin, Negeri Sembilan. Seluar dalam tersebut mengandungi cetakan gambar sebuah masjid dan dua orang lelaki memakai baju melayu lengkap dan jelas menyentuh sensitiviti umat islam. Ekoran insiden itu, ramai pengguna menerusi laman sosial mengecam produk tersebut kerana masjid merupakan tempat suci umat islam beribadah dan tidak harus dicetak atas seluar dalam.


Komen Pengguna Dilaman Sosial

Penjelasan Pihak Mydin Isu Jual Seluar Dalam Gambar Masjid
Susulan laporan tersebut, pihak Mydin telah mengeluarkan produk terbabit dari semua cawangan Mydin. ThunderStorm SDN BHD selaku pembekal produk tersebut turut meminta maaf kepada semua pengguna islam di Malaysia. Pihaknya turut memberi penjelasan bahawa mereka tiada niat untuk mempersendakan islam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...