Monday, 3 February 2014

GAMBAR GUNUNG KINABALU DISELAPUTI FROS DAN BUKANYA SALJI


Gambar gunung Kinabalu Sabah sebenarnya diliputi fros dan bukannya salji. Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter. Fenomena embun yang membeku pada waktu pagi itu dilihat seperti fenomena salji. Hakikatnya, salji tidak akan berlaku di Malaysia yang mempunyai iklim tropika. 

Terdahulu, Jabatan Metereologi Malaysia mengesahkan bahawa penurunan suhu di beberapa negeri di Malaysia adalah disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin Monsun Timur Laut dan ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku.
Gambar Gunung Kinabalu Diliputi Fros
fros

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...