Sunday, 11 May 2014

HUJAN METEOR KEMBALI..- RAKYAT MALAYSIA BERPELUANG MELIHATNYA PADA 23 DAN 24 MEI 2014


RAKYAT MALAYSIA BERPELUANG MELIHAT HUJAN METEOR LAGI PADA 23 DAN 24 MEI INI.


 




Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini. Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu. "Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataan hari ini. Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu. 

Diharapkan tiada pencemaran cahaya dan pencemaran alam pada tarikh terbabit.
Diharap langit malaysia pada waktu itu terang benderang dan dapat kita semua menyaksikan Hujan meteor ini..InsyAllah...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas sokongan anda semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...