- Bahagian bumbung SMK Seri Nilam yang runtuh petang semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kerana pelajar berada di surau sekolah bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, punca bumbung bangunan tiga tingkat itu runtuh berkemungkinan disebabkan oleh kekudanya yang telah reput.
“Saya difahamkan bangunan itu berusia hampir 10 tahun dan mungkin punca runtuh disebabkan kayu pada bahagian bumbung sudah reput.
“Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika itu pelajar sedang menunaikan solat Zohor.
"Serpihan besar runtuhan bumbung juga tidak jatuh terus ke bawah menyebabkan kenderaan guru yang diletakkan di bawah turut terselamat,” katanya kepada Sinar Harian.
Hashim berkata, buat masa ini pihaknya akan mengosongkan bangunan dan kawasan sekitar demi keselamatan warga sekolah.
“Tindakan segera akan dilakukan bersama pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini supaya tidak mengganggu proses pembelajaran di sekolah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas sokongan anda semua